Thursday 7 August 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PAS PUSAT

PAS  Pusat merancang untuk mengadakan Hari Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bermula 15 OGOS – 16 SEP 2014 dengan mengatur program berikut:-

Pertandingan mencipta logo hari kemerdekaan;

Pada 15 dan 16 OGOS 2014 akan diadakan pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan oleh Presiden PAS di Temerloh, PAHANG;

Pada 30 OGOS 2014 diadakan program wacana kemerdekaan di UNISEL dan sambutan malam kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KUALA LUMPUR; dan
Pada 16 SEP 2014 diadakan sambutan hari Malaysia di SARAWAK (lokasi belum diperolehi).

PROGRAM-PROGRAM

Antara program yang diatur untuk menarik kehadiran orang ramai  seperti berikut:-
Debat Perdana Kemerdekaan Malaysia.
Wacana Kemerdekaan.
Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Kemerdekaan.
Pertandingan Menulis Rencana Kemerdekaan.
Pameran Kemerdekaan.
Konvoi Bermotor Jelajah Kemerdekaan.
Jelajah Teater Kemerdekaan.
Jejak Pejuang Kemerdekaan.
Konvoi Kemerdekaan Ameerah.
Karnival Hijau Muda.
Larian AMAL.

PROGRAM  SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

Program  Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 yang dirancang PAS di seluruh negara seperti berikut:-

15 dan 16 OGOS,  Majlis Pelancaran Program Sambutan Bulan Kemerdekan 2014, Pelancaran Konvoi Bermotor Jelajah Kemerdekaan di  Temerloh, PAHANG.

Program sama akan didakan di KUALA TERENGGANU (17 OGOS),  Kota Bharu, KELANTAN [18 dan 19 OGOS],    KEDAH [20 dan 21 OGOS], PERAK [22 dan 23 OGOS],  NEGERI SEMBILAN [24 OGOS], MELAKA [25 OGOS], JOHOR [26 dan 27 OGOS], PAHANG [28 OGOS],  KUALA LUMPUR [29 OGOS].

30 OGOS,  Majlis Sambutan Malam Ambang Merdeka 2014 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, KUALA LUMPUR.

31 OGOS dan 1 SEP , Pameran Kemerdekaan di SACC Mall, Shah Alam, SELANGOR, Konvoi Kemerdekaan Ameerah dan Karnival Hijau Muda.

16 SEP, Majlis Sambutan Hari Malaysia 2014 dan Penutup Program Bulan Kemerdekaan 2014 di SARAWAK.

1 comment:

Anonymous said...

salam admin.. yg menulis rencana kemerdekaan tu kan, peraduan ni on the spot masa event ke atau akan ada diiklankan dulu posternyer?? mohon pencerahan