Saturday 21 June 2014

Bila PAS Berwajah Anwar Buat Keputusan Sokong Azmin Ali

Pertembungan kuasa di Selangor sebenarnya hanyalah melibatkan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Azmin Ali masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia sebenarnya sudah jauh tercicir. Perbuatan curang dan sikap angkuh terhadap PAS yang melibatkan Azmin Ali selama ini, dibalas menerusi pendedahan tentang penipuan undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang menyaksikan, Khalid Ibrahim mendahului Azmin Ali menerusi peti-peti undi selepas pendedahan dibuat.

Seperti biasa, apabila memperkatakan tentang PAS Selangor, mahu tidak mahu nama Khalid Samad perlu diperkatakan. Inilah orang yang paling kuat munafiq dan parasitnya dalam jemaah. Walaupun dia merupakan ahli, pemimpin dan kepimpinan PAS Selangor, bahkan menjadi Ahli Parlimen Shah Alam atas jenama PAS, hakikatnya Khalid Samad sebenarnya berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Apa-apa sahaja yang menjadi musuh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, merupakan musuhnya walaupun musuh itu bukanlah musuh PAS Selangor.

Khalid Ibrahim mengetuai Hanipa Maidin, peguam PAS yang turut dikenali dengan amalan dan pegangan Syiahnya, Dr. Mariah Mahmud dan Che Rosli Che Mat dikatakan telah bersetuju untuk mendesak Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Dari awal lagi, ketika kemelut kepimpinan negeri Selangor berlaku tempoh hari, sudah ada desakan agar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan jawatan Menteri Besar Selangor dipulangkan kepada PAS. PKR merupakan parti minoriti di Selangor dan jawatan Menteri Besar Selangor, bukanlah hak mutlak PKR.

Bagaimanapun, ketika suara-suara tersebut kedengaran, selain dibidas oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, turut membidas adalah orang-orang seperti Khalid Samad dan Mariah Mahmud. Dikatakan, PAS tidak lapar dengan jawatan Menteri Besar, sebaliknya bersetuju untuk menjadi pecacai kepada PKR. PAS bagi mereka tidak berkelayakan menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan kata-kata lain, PAS ketandusan pemimpin-pemimpin yang layak untuk jawatan tersebut.

Selepas Dr. Rani, PAS sebenarnya berkaliber dengan ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Perumahan iaitu Ir. Iskandar Samad. Sepatutnya puak yang diketuai oleh Khalid Samad, menyorong nama Iskandar Samad untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Apatah lagi Iskandar Samad telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai ADUN Cempaka dan Exco Kerajaan Negeri kecuali kekangan kewangan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim.

Kemenangan selesa Iskandar Samad di DUN Cempaka pada PRU-13 lalu, sepatutnya menjadi bukti bahawa dia merupakan calon terbaik untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Mengapa pula, keempat-empat pemimpin PAS Selangor itu, lebih melihat Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang lebih sesuai walaupun laluan Azmin Ali untuk jawatan tersebut dihalang oleh Istana Selangor?

3 comments:

Melayu Selangor said...

Gua Melayu UMNO Selangor. Gua sokong Iskandar jadi MB Selangor.

Anonymous said...

Istana tak suka Azmin. Mulut celupar macam sial.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Alhamdulillah, tuan keluarkan isu ini. Terima kasih.

Suara orang bawahan macam saya terutama yang menyokong Ulama memang tidak akan dilayan.

Malah akan disindir oleh ahli pas yang lain disebabkan tidak sokong pkr dan dap.

terlampau banyak keburukan ahli pas yang berpaksikan pkr dan dap, sanggup jadi barua mengkritik Islam dan Melayu demi politik peliwat dan kafir dap.

Tolonglah bangunkan semula golongan Ulama untuk menentang si munafik dan parasit dalam pas ini. Mereka lebih teruk dari kafir apabila mengkritik hukum Allah, menghina perjuangan organisasi Islam, tidak ambil berat bangsa Melayu walaupun hanya melayu sahaja yang menyokong pas, kafir tidak pernah terima parti pas, itulah kenyataan dan realiti.

Terima kasih sekali lagi untuk artikel ini.