Tuesday 24 June 2014

Akhirnya SHAARI SUNGIP Tunjuk Belang Sebenar Bila Pesuruhjaya PAS Selangor Dikecamnya Semata-mata Kerana Anwar Ibrahim

Cubaan Iskandar Samad untuk meredakan keadaan dan mengurangkan persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat Selangor, nampaknya telah dilihat oleh sekutu-sekutu Anwar Ibrahim, terutama sekali yang berada di dalam PAS sebagai cubaan menghalang Anwar Ibrahim daripada melantik isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Pada ketika kebanyakan ahli-ahli PAS Selangor yang berfikiran waras mahukan jawatan Menteri Besar diserahkan kepada PAS memandangkan PAS adalah yang paling layak, para pemimpin PAS pro-Anwar Ibrahim pula melihat ini adalah peluang terbaik mereka untuk menyakau dan menyamun harta benda di Selangor dengan sewenang-wenangnya.

Shaari Sungib yang diketahui merupakan konco rapat Anwar Ibrahim bersama-sama bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, membidas Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Cempaka dan orang yang paling layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor kerana tidak bersetuju dengan pandangan puak pro-Anwar Ibrahim.

Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS yang diketuai oleh Khalid Samad sedang melancarkan serangan untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi menjayakan rancangan KAJANG MOVE yang menyaksikan Wan Azizah menang dalam PRK Kajang pada Mei lalu. Wan Azizah disebut-sebut sebagai Menteri Besar Selangor apabila Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah meliwat oleh Mahkamah Rayuan serta dikenakan hukuman penjara 5 tahun, tidak lagi berkelayakan untuk jawatan berkenaan.

PKR tidak boleh mengharapkan DAP kerana sebarang campurtangan DAP dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu, akan hanya menimbulkan kecurigaan memandangkan rekod DAP tidak begitu baik selepas apa yang berlaku di Perak pada 2008-Februari 2009 dahulu. Lagipun dengan 15 kerusi DUN Selangor yang dikuasai oleh PAS, membuatkan PAS jauh lebih berkredibiliti dan berwibawa berbanding PKR yang hanya mendapat 14 kerusi dengan sebahagian besarnya dimenangi atas ehsan PAS.

Shaari Sungib berang apabila Iskandar menyatakan, sepatutnya jawatan Menteri Besar Selangor itu dikembalikan kepada rakyat untuk memilih. Shaari berpendapat, Pakatan Rakyat itu sendiri adalah mewakili rakyat.

Pemecatan Khalid Ibrahim pula menurut Shaari adalah urusan dalaman parti yang tidak ada kena-mengena dengan rakyat.

Permusuhan antara Khalid Ibrahim dan Shaari Sungib dengan Iskandar Samad tercetus apabila Iskandar Samad yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor menggugurkan mereka daripada jawatan Naib Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pada 2013.

Golongan pro Anwar Ibrahim dalam PAS sekarang ini sedang giat menjalankan kempen melanggar Iskandar Samad dan cuba mengaitkannya dengan menantu TG Presiden.

6 comments:

berasiam said...

Shaari Sungip aka Abu Urwah adalah daripada kumpulan seteru Anwar dan PAS pada awal 1990-an. setelah Anwar dipecat, barulah kumpulan ini bersekutu dengan Anwar setelah menyusupi PAS terlebih dahulu. Kononnya mereka ini Islam profesional yang berkelulusan jurutera, doktor dan sebagainya yang berkelulusan luar negara. Kerana kagum dengan kelulusan mereka agaknya, PAS meraikan mereka. Mereka bukanlah orang Anwar atau PAS dalam erti kata sebenar tetapi mempunyai kepentingan kelompok sendiri iaitu JIM, dahulunya IRC.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Saya mendapat info yang parti kafir sedang rancak mencari calon wanita berbangsa Melayu serta bertudung dan mempunyai perwatakan menarik untuk memancing undi Melayu.

Seperti yang pernah beritahu, mereka sudah lama plan untuk political mileage bila bertahalul siyasi dengan pas, kini apabila sudah mesra dengan bangsa Melayu hasil pertolongan pas, mereka sedia untuk mencorak sendiri dan bersedia meninggalkan pas. sungguh mudah dibaca politik kafir ini. kita hanya kuda tunggangan tanpa memberi impak positif kepada kita, malah menjahanamkn pas.

Cuma saya berharap sangat, agar kita boleh membendung usaha kafir itu membawa masuk gadis2 bertudung Melayu untuk dipromosikan untuk parti kafir seperti mereka lakukan di prk teluk intan.

kafir tidak pernah ikhlas dengan Melayu dan Islam, sangat memalukan gadis bertudung menjadi kuda tunggangan kafir untuk meraih politik rasis bangsa mereka.

Tolonglah ada wakil kita menyedarkan gadis2 seperti ini tentang bahanya parti kafir ini terhadap bangsa Melayu, agama Islam serat negara Malaysia. kalau masa prk teluk intan, calon gadis Melayu tue secara terang2 tolak hkum Islam, memperlekejakn syariat islam, bayangkan apa pula yang akan dilakukan oleh gadis2 Melayu bertudung yang bangga dipromosikan oleh parti kafir ini.

Nauzubillah Min Zalik.
Semoga kita semua diampunkan oleh Allah.

Anonymous said...

Yoolahhh tuu...oiiii...mcm betoiiii sesangat....

Anonymous said...

Salam tuan Admin,

Saya minta pandangan tuan Admin berkenaan isu terbaru, iaitu pembinaan gereja ekslusif di hadapan mentari court, sunway.

sebelum ini, tapak ini telah disediakan untuk membina Surau oleh kerajaan UBN sebelum ini, tetapi ketika pr memerintah selangor, pembinaan Surau ini telah dibatalkan hanya kerana memenuhi tuntutan kafir dalam pr. malunya pemimpin pas dan pas itu sendiri kerana tiada kuasa langsung untuk membela Islam dan tewas kepada kafir demi menjaga politik.

kini taak itu akan dibangunkan gereja yang sangat ekslusif di atas tanah YANG DIRANCANG KERAJAAN UBN UNTUK PEMBINAAN SURAU. Jika tiada pemimpin pas berani bersuara untuk mempertahankan tanah tersebut, sangat malang pengundi Melayu Islam yang tertipu mengundi pas, kerana menganggap pas mempertahankan Islam.

UBN dah sediakan tempat Surau, tetapi kita gadaikan untuk kafir. Siapa yang lebih hina antara kita dan UBN?
tolonglah suruh pemimpin pas di atas tue berani sikit mempertahankan Islam di Selangor ini.
Nauzubillah.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Harap tuan highlightkan issue terbaru yang berlaku di Bangi dimana pelbagai cabaran umat Islam hadapiwalaupun nak kumpul dna untuk Masjid.

Highlightkan sekali betapa payahnya kariah ketika mahu mendpatkan bantuan dari pas sendiri dan tentangan kafir dap.
harap Tuan dapat tanyakan kat parti kita ini yang semakin bercelaru, kalau isu berkaitan kristian, cepat2 pemimpin pas backup walaupun mencabar Islam, contoh yb shah alam sampai sanggup masuk gereja semata2 mahu menenagkan kristian.

tapi bila issue berkaitan Islam dan bangsa Melayu, sunyi sepi walaupun khemah2 di Masjid ini telah dirobohkan.

Islam atau kafir yg pas bela?

Anonymous said...

Pas memang total bodo dari dulu lagi.. pas bodo for all.. takbiiiirr...