Sunday 23 March 2014

UBN Tak Payah Beranganlah Nak Menang Di DUN Kajang... Petunjuk Awal, BN Kalah Dengan Majoriti Besar

Macam biasalah, setiap kali pilihanraya, UBN akan menampilkan kehebatan fantasi dan mimpi-mimpi mereka. Rata-rata pemimpin UBN akan menyatakan, kemenangan berpihak kepada mereka.

Dalam PRK DUN Kajang, Presiden dan Timb. Presiden UBN bercakap berdasarkan realiti apabila menyatakan Chew Mei Fun mempunyai peluang tipis untuk menang di Kajang bertanding dengan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim yang merupakan calon parachute untuk Kerusi berkenaan.

Namun berbeza pula dengan budak-budak hingusan UBN yang kerja mereka tidaklah seberapa tapi lagak mereka mengalahkan orang yang sudah berpengalaman puluhan tahun. Salah seorang daripada mereka adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro.

Penyangak dan penyamun yang dari miskin papa nak beli susu pun pinjam kawan, tiba-tiba kaya raya, berkereta besar dengan body guard dan mula bersembang di restoran-restoran mahal selepas diberikan pangkat dan jawatan oleh Menteri Besar Perak, mengeluarkan kenyataan dengan penuh yakin.

PAS sebenarnya patut bersyukur kerana UMNO dianugerahkan pemimpin-pemimpin pelapis seperti Azwan Bro yang bukan sahaja akan menjahanamkan partinya lebih awal dari hayat tetapi juga akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional dipandang sebagai sampah kotor yang perlu dihindarkan.

Dari segi kerja, pengampu-pengampu Azwan Bro sudah tentu akan mengatakan ketua mereka telah mengetuai dan memimpin kerja-kerja meraih undi dan sokongan untuk gabungan berkenaan. Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan Bro dan program-program yang melibatkan Pemuda UMNO sebenarnya adalah salah satu daripada kaedah money laundering yang berleluasa dan membarah dalam UMNO.

Penggunaan Tweeter, Facebook, blog dan lain-lain kaedah media, sebenarnya adalah untuk melindungi perbuatan khianat mereka. Pemuda UMNO contohnya, cukup berminat dengan acara Futsal. Sebutlah apa program Pemuda UMNO yang tidak ada acara futsal.

Sibuk main futsal, alih-alih Azwan Bro kata 48% Melayu Kajang akan memenangkan Barisan Nasional.

Kenyataannya serba melawakkan. Hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya dengan kenyataan Azwan Bro itu. Dan sememangnya telah ditakdirkan bahawa di dalam UMNO, dipenuhi oleh orang-orang bodoh yang mudah menaruh kepercayaan kepada orang bodoh berlagak pandai seperti Azwan Bro.

Harap-harap sangatlah Azwan Bro akan terus mengeluarkan kenyataan. Kita pun dah lama tak bergelak tawa kerana terlalu serius memikirkan banyak perkara termasuklah yang terbaru adalah insiden kehilangan pesawat MH370.

3 comments:

Anonymous said...

aku dari ribuan tahun hingga kini org umno ,tapi bila perasuah KJ JADI KP DAN DITAMBAH DGN CILI AZWAN BROKER JDI NKP , KAHANCURAN SUDAH JELAS , DI TAMBAH LAGI CILI KJ AMBIL PENGANGAK DAP PEMBANTU , -INI BUKAN LAGI GILA TAPI SASAU,,,,NJIB AMBIL DIA JDI MENTRI BELIA LAGI HARU DAN KELABU ,,,,UMNO NENUJU KE JALAN MAUT .....................

Anonymous said...

Kenyataan akhbar KJ hari ini mengutuk anwar sebab memalukan negara di peringkar antarabangsa.Tapi tak de pulak nak suruh polis tangkap anwar macam dia suruh polis tangkap raja bomoh. Memang hancurlah UMNO sebab dah lah PM pengecut, KP pun pengecut.Setakat berani dengan orang kerdil saja. -Tampar Buaya-

berasiam said...

TDM banyak kali akui sering salah pilih orang sebagai timbalannya. DSN pula sentiasa salah pilih orang untuk banyak jawatan dalam kerajaannya. Daripada bukan menteri, kj dijadikan menteri. Dah sah2 Noh Omar kelentong pasal calon2 Selangor PRU-13, dinaikkan pangkat jadi pengerusi perhubungan negeri. Hishammuddin yang gagal di KDN diberi peluang ketuai 2 kementerian.

Mungkin molek juga kalau DSN berhenti tapi siapa nak jadi ganti........