Monday, 6 April 2015
Takut Tapi Masih Nak Berbohong, Calon PKR Permatang Pauh Bukan Dari Keluarga Anwar Ibrahim
Berita terbaru yang diterima ialah, PKR menafikan calon untuk PRK Parlimen Permatang Pauh adalah Nurul Nuha atau Wan Azizah. Kononnya, calon yang dipilih dan sudah disenaraikan, bukan dari keluarga Anwar Ibrahim. Nama yang disebut-sebut adalah Dr. Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Berita yang telah diterima oleh PKR bahawa PAS tidak akan menghantar pasukan membantu kempen PKR dalam PRK tersebut, sudah cukup menakutkan dan menggentarkan Wan Azizah dan PKR khususnya. Jadi, terpaksalah mereka mencipta pembohongan sepertimana yang dilakukan sewaktu Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli dahulu.
Kalau kita ingat kembali, isu yang sama juga digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika hampir PRU-13. Pada mulanya dikatakan, dia akan bertanding di Kulim-Bandar Baru. Tidak jadi di Kulim-Bandar Baru, dia dikatakan pula akan bertanding di Nibong Tebal. Kemudian ada ura-ura mahu bertanding di Pekan, menentang Najib Abdul Razak. Tetapi akhirnya dia tetap bertanding di Permatang Pauh.
Dalam Langkah Kajang yang menyerlahkan pembohongan dan taktik kotor PKR ke atas PAS, PKR telah bersungguh-sungguh cuba meyakinkan PAS bahawa perlunya perletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini dan ditandingi oleh Anwar Ibrahim, kononnya untuk memastikan ekonomi Selangor lebih mudah dipacu walaupun sudah ada ura-ura, Langkah Kajang sebenarnya adalah untuk memaksa Khalid Ibrahim yang enggan tunduk kepada arahan Anwar Ibrahim untuk menggelapkan wang negeri Selangor bagi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim sekeluarga, meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.
Ditakdirkan Allah Taala, hasrat Anwar Ibrahim tidak kesampaian apabila dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan dihukum penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.
Anwar Ibrahim bernasib baik kerana negara ini tidak mengamalkan undang-undang hudud bagi kesalahan liwat. Kalau tidak, dia sudah pasti akan ditolak dari bangunan tinggi atau direjam sampai mati atau pun dipenggal kepalanya sepertimana yang berlaku di negara-negara mengamalkan undang-undang tersebut. Atau paling tidak pun, digantung sampai mati di hadapan khalayak ramai seperti yang berlaku di Iran. Penjara bukanlah tempat bagi seorang peliwat, melainkan hukuman yang dikenakan kepadanya adalah maut.
Anwar Ibrahim dan PKR seharusnya bersyukur!
Sambutan daripada penduduk dan pengundi di Permatang Pauh ke atas Wan Azizah juga, merupakan punca mengapa PKR membuat kenyataan bahawa bukan dari kalangan ahli keluarga Anwar yang akan dicalonkan. Walau bagaimanapun, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Rafizi Ramli sudah pun beredar di kalangan orang ramai terutama ahli-ahli PKR yang meminta agar mereka memberikan sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Nuha.
Rafizi Ramli dan PKR menyatakan, surat tersebut adalah palsu. Samalah juga apabila mereka menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang dipaparkan sebagai palsu tetapi semua langkah yang terdapat dalam dokumen tersebut, dilakukan oleh PKR.
Walau apa pun, selagi calon tersebut datangnya dari PKR, tiada sesiapa pun dari kalangan PAS yang perlu memberikan sokongan atau memilih calon mereka dalam PRK Permatang Pauh. PKR perlu diajar. Pembohongan mereka sudah perlu diajar. PKR tidak boleh ditunjukkan kononnya mereka boleh menipu dengan sebebas-bebasnya.
DAH LAMA KENA TIPU BARU HARI NI NAK SEDAR
ReplyDeletePenduduk Permatang Pauh yang bangang itu akan mengundi PKR lagi...biaqlah takdak pembangunan...janji bukan BN! Nak buat lagu mana na...
ReplyDelete