Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.
Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam, lapor Utusan Malaysia.
Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu,” ahli Jawatankuasa pusat PAS itu dilaporkan sebagai berkata.
“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.”
Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.
Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. (sumber)
Selain hudud, bidang ekonomi (pekerjaan) di Kelantan juga perlu diselesai. Rakyat Kelantan yg tinggal di Kelantan sgt2 perlu kerja. Nak bertani, tanah tiada dan kos mahal. Nak mulakan perniagaan sendiri sgt sukar kerana keknya sgt kecil, dgn persaingan sgt kuat dan hy byk bertumpu di KB shj. Ditambah pula dgn bencana baru2 ini, perit.
ReplyDeleteRisau Kelantan akan jadi negeri koboi suatu hari nnt.