Selesai pembentangan bajet semalam, seperti yang diduga, ramailah tukang ampu, tukang bodek dan tukang jek bersuara memuji-muji Najib Abdul Razak dan bajetnya. Seperti biasa, setiap bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, dari dahulu sampailah ke zaman Najib, semuanya baik untuk rakyat sekalipun pada masa yang sama, kehidupan mudah di Malaysia telah bertukar menjadi sukar.
Malaysia yang suatu masa dahulu, rakyatnya hidup gembira kini bertukar menjadi sebuah negara yang tertekan. Kalau dahulu, rakyatnya mempunyai banyak masa untuk mendidik dan menjaga keluarga, kini setiap orang rakyatnya terpaksa memberikan lebih banyak masa kepada kerjaya dan kewangan bagi membolehkan mereka bernafas untuk esok hari.
Anehnya, golongan yang sama jugalah melalak-lalak tentang peningkatan masalah sosial terutama sekali di kalangan anak-anak muda. Mereka gagal melihat tempoh yang digunakan untuk kerjaya jauh lebih banyak berbanding bersama-sama keluarga.
Kerana terlalu mengejar kebendaan, Malaysia kini berada jauh dari landasan sebuah negara berkebajikan yang dirahmati Allah Taala. Kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi selama ini, telah beransur-ansur ditarik balik oleh Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi apabila kita terlalu sibuk untuk mengejar kebendaan, kita sebenarnya kehilangan nikmat yang telah dikecapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu.
Justeru, tidak hairanlah jikalau semakin ramai yang mulai meninggalkan solat, tidak lagi peduli halal haram, tidak berasa apa-apa apabila melakukan dosa, sanggup menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri, menghalalkan yang haram dan mengharamkn yang halal, mentertawakan dan mengejek gerakan yang memperjuangkan Islam, melebihkan dan meraikan kaum kafir berbanding saudara-saudara dalam Islam, dan memperemehkan segala suruhan serta larangan-Nya.
Allah Taala kurniakan yang sebaik-baiknya untuk manusia. Kita disuruh mengejar dunia dan kita juga diwajibkan mengejar akhirat. Kedua-duanya perlu seimbang. Dalam Islam sendiri, ada kategori ulama dan ada kategori umara. Kedua-duanya tidak lebih penting daripada satu sama lain. Kedua-duanya penting untuk maslahat umat. Tidak boleh melebihkan ulama berbanding umara dan tidak boleh melebihkan umara berbanding ulama. Kedua-duanya
seganding.
Yang jahil akan melihat ulama lebih utama berbanding umara. Yang jahil juga meletakkan umara lebih tinggi dari ulama. Ulama-ulama muktabar seperti Imam Mazhab berempat kekal menjadi ulama tanpa melibatkan diri dalam politik sungguhpun sebahagian daripada mereka mempunyai ratusan ribu pengikut pada zamannya, bahkan ada yang disiksa dan dipaksa untuk terlibat dalam pentadbiran dan pemerintahan, bahkan dipenjara kerana membuat teguran dan kritikan terhadap pemerintah yang melanggar batasan syariah seperti yang berlaku kepada Syeikhul Islam Imam Ibn At-Taimiyyah. Begitu juga dengan imam-imam yang menjadi sandaran kepada puak-puak Syiah seperti Jaafar As-Sadiq, juga tidak pernah melakukan usaha untuk menjadi umara sebaliknya kekal sebagai ulama sepanjang hayatnya walaupun mempunyai kebolehan berbuat begitu.
Hanya pada akhir-akhir zaman sahaja, ulama bercita-cita menjadi umara dan umara pula memperlekehkan ulama untuk mengekalkan kedudukan dan pengaruh mereka.
Sebagai sebuah Negara Islam kononnya, Malaysia seharusnya lebih mengutamakan sahsiah dan jatidiri sebagai Negara Islam walaupun pada masa yang sama, Malaysia menyertai negara-negara lain di seluruh dunia menggunakan kaedah demokrasi untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Antara pekrara terpenting dalam kaedah ini adalah pendidikan.
Tidak dinafikan, Malaysia dilihat begitu menitikberatkan pendidikan dan pelajaran. Sebut apa-apa sahaja aliran pemikiran, Malaysia ada kesemuanya. Dari pemikiran betul benar, sehinggalah ke pemikiran songsang dan berasaskan perkauman.
Artikel 152(1)(ii) dan Artikel 2 (2) Perlembagan Malaysia menujukkan secara jelas kedudukan dan martabat sekolah-sekolah agama Islam di negara ini. Peruntukan daripada Perlembagaan menggariskan bahawa Kerajaan perlu membiayai dan menyediakan dana untuk sekolah-sekolah agama di samping sekolah-sekolah kebangsaan.
Bagaimanapun, Najib dan UBN tidak ada keberanian mempertahankan Perlembagaan, malah terlalu takut dengan ugutan Cina-Cina dan para pemimpin India. Berbanding menghapuskan atau menamatkan bantuan serta peruntukan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan serta mubaligh, Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran UBN-Najib memberikan peruntukan puluhan juta, malah akan meningkat menjadi ratusan dan berbilion ringgit apabila berlaku pilihanraya nanti.
Sekolah-sekolah vernakular yang tiada dalam peruntukan Perlembagaan mendapat sama peruntukannya dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Apakah nilai sekolah-sekolah agama dalam pandangan seorang pemimpin seperti Najib Abdul Razak, sama nilainya dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih banyak menghasilkan kaum chauvinist, rasis dan tidak pernah berasa mereka sebahagian daripada rakyat Malaysia kecuali untuk merampas kuasa serta menghapuskan umat Islam sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?
Bukankah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh Najib itu merupakan satu bentuk perbuatan munafik yang menunjukkan dia lebih bimbangkan sokongan Cina dan India yang jelas telah hampir mengalahkannya pada PRU lepas? Tidakkah dia melihat bagaimana Cina dan India telah menjadikan PAS sebagai macai mereka yang cukup hina dan PAS telah dijadikan sebagai selipar untuk menghalalkan perbuatan mereka ke atas umat Islam menerusi penggunaan beberapa orang pemimpin PAS yang kita kenali sebagai pemimpin murtadin dan munafiqin?
UBN seringkali memberitahu dan mendabik dada mereka mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam tetapi tingkah laku UBN seperti yang ditunjukkan oleh Najib menerusi peruntukan dalam bajet 2015 menjelaskan bahawa UBN adalah musuh Islam, Melayu dan Bumiputera.
Apa bezanya Najib dengan Lim Guan Eng dalam bab memperemehkan Perlembagaan Malaysia?
Macai-macai UBN sepatutnya menjawab, apa yang membezakan sekolah-sekolah vernakular dengan sekolah-sekolah agama rakyat sehinggakan peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua jenis sekolah tersebut adalah sama?
Apakah sekolah-sekolah vernakular tersebut dirancang untuk menggantikan sekolah-sekolah kebangsaan dan pada masa yang sama, UBN merancang untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama pada masa hadapan memandangkan keistimewaan sekolah-sekolah agama rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak lagi dipedulikan sebaliknya UBN terlalu menitik beratkan sekolah-sekolah vernakular?