Wednesday, 15 January 2014

Siapa Kata PAS Tak Bantu UMNO Dalam Isu KALIMAH ALLAH dan Syiar Islam?

Walaupun secara dasar dan fizikalnya, PAS kelihatan menentang kuat UBN, sebenarnya kalau kita amat-amati, kedua-dua parti tersebut saling bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun kerjasama itu taklah terlalu ketara dan seringkali ditutup pula dengan pelbagai polemik yang diwujudkan oleh segelintir pemimpin dari kedua-dua parti berkenaan, tetapi tidak mustahil sekiranya ia hanyalah sekadar antara skrip yang perlu dilaksanakan.

Bukankah politik itu adalah peperangan dan dalam setiap peperangan, ada tipu muslihatnya.

Walaupun PAS dan UBN mempunyai perbezaan ketara, tetapi kedua-duanya berada atas asas yang sama iaitu Islam. Di Malaysia ni, berbeza macam mana pun kefahamannya, ia tidaklah sampai ada yang mengaku mereka keluar dari Islam dan membentuk mazhab sendiri macam Bahai hanya kerana perang mazhab politik.

Kalau kita baca sejarah Islam sendiri pun, pertelingkahan atau perselisihan antara Ali r.a dengan Muawiyah r.a, juga hanyalah berdasarkan kepada pegangan politik, bukannya pegangan akidah sebagaimana yang mahu diwartakan oleh penganut-penganut Syiah sekarang ini. Kalau korang tak percaya, korang boleh semak sendiri kitab utama yang menjadi rujukan puak Syiah, NAJHUL BALAGHAH, Surat 58, mukasurat 474.

Cuma ada kaum khawarij dan syiah dalam PAS saja yang cuba menggembar-gemburkan permusuhan PAS-UBN sampai ke tahap pentakfiran dan kemudian mendidik para pengikut mereka kononnya UMNO munafiq, UMNO zindiq, UMNO itu ini. Begitu jugalah dalam UBN sendiri, sehinggakan ada pula penyokong UBN yang berani menyatakan PAS sesat, PAS kafir, PAS itu ini.

Hakikatnya, musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik jubah UMNO-PAS, seringkali melaga-lagakan umat Islam yang berbeza fahaman politik tetapi bersatu atas prinsip Islam.

Di Selangor, Exco Agama Islam, Sallehin Mokhyi dan buat keputusan tegas, KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh golongan bukan Islam termasuklah penganut agama Sikh. Di Geneva pula, PAS membenarkan bekas Timbalan Presiden parti, Ustaz Nasha mewakili NGO Islam untuk menentang COMANGO yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah lagi Pompeii, sebuah lagi Soddom-Gomorrah.

Aku tak fikir kepimpinan PAS tidak tahu hal ini, bahkan aku berasakan pertemuan sulit antara Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Najib di London baru-baru ini, mempunyai rangka rancangan yang lebih besar.

Kita boleh tengok sekarang, betapa menggelinjatnya sebahagian kaum munafik dalam PAS dan UMNO apabila Exco Agama Islam Selangor buat keputusan. Mereka tidak akan suka dengan keputusan itu kerana mereka berharap, keputusan adalah sebaliknya dan bukan setakat orang Islam sahaja terus berpecah belah, bahkan pihak luar pula boleh masuk dan menjadi tuan di negara ini.

Dari Paya Jaras, aku dengar cerita, PAS yang mempunyai 15 Kerusi DUN Selangor, akan membuat keputusan yang paling tegas berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR tentang tanah-tanah yang diduduki oleh Pusat Giat MARA. Aku sudah dengar, PAS Selangor tidak bersetuju kerana sebelum distatuskan haram, tapak-tapak tersebut berstatus TOL dan sebahagiannya pula seperti Pusat Giat MARA Selayang, tempoh tamat TOLnya adalah pada Disember 2014.

Kalau PAS sudah bermurah hati dan mahu bekerjasama memberikan kelulusan untuk kerajaan negeri Selangor meluluskan permohonan TOL untuk rumah-rumah ibadat selain masjid di seluruh negeri Selangor, mengapa pula Kerajaan Negeri Selangor tak boleh menerima pandangan dan tuntutan PAS agar Pusat Giat MARA di seluruh Selangor tidak diganggu, memandangkan pusat tersebut tidak sahaja untuk anak-anak Melayu menimba kemahiran vokasional, sebaliknya juga untuk anak-anak Cina dan India.

1 comment:

  1. Isu kalimah Allah ... Pegawai agama perlu bertindak biar cerdik sikit.... Rasul SAW berhujah dgn ahlilkitab, bukan pakai redah bodoh...... dah tu perkara2 spt ni kena syura dgn MB, mufti, pakar2 ilmuan Islam ... supaya berdakwah dan bertindak secara fatanah(intelectual) dan hikmah (wisdom) serta berstrategik, baru Islam tu hanif n izzah. Belajar lah tasawwur Islam dan sirah Rasul sikit baru mantap iman, amal, sahsiah, dakwah n jihad kita.......
    Kita jahil dalam uslub dakwah n siasah as syariah sebab tu berlaku konflik terbuka dalam isu2 remeh remeh ... sedangkan perkara pokok atau usul dalam Islam diabaikan .... Perlembagaan, sistem pentadbiran, sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem ketenteraan/polis yg berteraskan syarak dibuang atau dipinggirkan oleh penguasa2 muslim yg jahil lg fasik. Muslim sekular telah paksa umat Islam anuti ideologi n sistem kuffar walaupun telah bebas dari penjajahan kafir barat. Akhirnya sistem negara dikristianisasikan atau diyahudikan secara halus dan berterusan sampai hari ini. Maka lahirlah generasi muslim yg buta agama dan anti-Islam diserata dunia termasuk Malaysia! Mereka bercakap agama n bertindak atas nama Islam tapi semakin menyesatkan manusia seluruhnya. Itulah salah satu tanda akhir zaman, "urusan agama ditadbir/ dikuasai oleh kaum jahil".

    ReplyDelete