Aku cukup kenal dengan Raja Arif ni yang juga merupakan Ketua Pengarah Biro Tata Negara. Aku kenal dia sebagai orang Anwar Ibrahim yang sangat kuat jilatannya walaupun dia cuba menyorok dan berlagak seolah-olah dia menentang Anwar. Banyak cerita tentang Raja Arif yang ada dalam kocek aku yang sengaja aku simpan dan akan aku keluarkan bila tiba masanya.
Cuma setakat ini, memandangkan Raja Arif berlakon mengikut skrip Anwar Ibrahim dengan jayanya, aku simpan sahajalah cerita-ceritanya yang boleh merencatkan perancangan rapi Anwar.
Namun cerita terbaru yang baru aku dapat daripada orang dalam BTN sendiri, buatkan aku tak senang duduk. Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar, sentiasa cuba menampilkan imej bersih. Bagaimanapun, dengan kehadiran orang seperti Raja Arif suatu hari nanti, Pakatan Rakyat akan kelihatan lebih teruk berbanding Barisan Nasional.
Semua orang tahu, Raja Arif Raja Ali tidak sebulu dengan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Walaupun kedua-duanya setara sahaja dari segi lembab, gila kamera dan mahukan publisiti, tapi Raja Arif ada kelebihan yang tersendiri.
Ahmad Maslan yang tak cukup inci tu, sekadar ahli politik yang cengkamannya agak longgar. Apatah lagi, di kalangan orang UMNO sendiri pun, ramai yang bercakap tentang bongok Ahmad Maslan yang melantun-lantun. Berbanding Raja Arif yang lebih digeruni sebab dia Ketua Pengarah BTN, Ahmad Maslan boleh ditindas-tindas sahaja macam tindas kutu rambut. Setakat blogger-blogger picisan perasan dan syok sendiri dari kumpulan UMB, Ahmad Maslan bukan tandingan Ketua Pengarah BTN.
Member aku dalam BTN bagitahu, baru-baru ini Raja Arif melancong ke Scotland dan Paris bersama dua orang kuatnya. Tidak tahu apa program Raja Arif di Scotland tetapi di Paris, Raja Arif hanya menghabiskan duit rakyat dengan percutian tidak dirancang.
Menurut member aku tu lagi, Raja Arif telah menghabiskan hampir RM500,000 untuk percutian tidak berekod itu. Untuk menunjukkan konon-kononnya dia ke Scotland dan Paris atas urusan kerja, satu pertemuan dengan 15 orang pelajar Malaysia di Scotland telah diatur.
Raja Arif sedang berkira-kira untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus sebagai calon Barisan Nasional. Dalam BTN sendiri, Raja Arif sedang bersaing dengan Pengarah BTN Sabah, Datuk Ibrahim Saad yang merupakan orang kepercayaan Ketua Menteri Sabah. Aku difahamkan, Najib lebih berminat dengan Ibrahim Saad memandangkan hasil kerjanya yang lebih menyeluruh, teliti serta teratur berbanding Raja Arif yang ada cita-cita politik.
Itu masalah dalam UMNO. Yang tak syoknya, orang seperti Raja Arif inilah yang akan menjadi sebahagian daripada bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang kemudiannya menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat apabila cita-cita mereka dalam politik terhalang. Apabila berada dalam Pakatan Rakyat, mereka inilah yang akan menjadi jerung dan menelan semua pejuang-pejuang terdahulu yang taat setia mereka tidak pernah berbelah bahagi.
Aku percaya, Raja Arif lambat laun akan menyeberang untuk bersama-sama mentornya, Anwar Ibrahim apabila cita-citanya terhalang dan jawatannya selaku Ketua Pengarah Biro Tata Negara dirampas serta diserahkan kepada Datuk Ibrahim Saad.
Cuma Pakatan perlu lebih berhati-hati dengan jerung seperti Raja Arif yang tidak segan silu menyalahgunakan wang rakyat yang diamanahkan kepadanya kerana Raja Arif akan menggunakan taktik yang sama apabila dia sudah berada di dalam Pakatan Rakyat. Lagipun, modus operandi yang sama jugalah digunakan oleh bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sekarang berada dalam Pakatan, terutama sekali PKR dan PAS.
Sapa orang kuat yang bawa Raja Ariff masuk BTN?. Ahmad Maslan tak kan bodoh hingga tak kenal kerektor Raja Ariff.
ReplyDeleteSetakat hari ini BTN menjalankan aktivitnya memang tidak memberi apa-apa kesan memperkuatkan UMNO/BN dalam menghadapi PRU 13.
Baru-baru ini Raja Arif menganjurkan Kursus kapada semua AJK Kanan Daerah Mengundi seluruh negara. Di Pulau Pinang, terjadi maklumat yang diberi kapada AJK Knan Daerah Mengundi ada ditangan pembangkang. Apa dah jadi. Lagi pun modul kursus yang dibuat tidak memberi sebarang kesan untuk menghadapai PRU13 kapada AJK Kanan Daerah Mengundi BN.
mAT mASLAN, BUANG rAJA aRIF DNGAN SEGERA DARI BTN.
Dosa menfitnah itu berat saudara. Tak padan dengan perbuatan di dunia ni nak di pikul di akhirat nanti.
ReplyDelete