Wednesday, 9 January 2013
KOR MING PATUTNYA CARI BLOGGER UMB KALAU NAK TAHU SIAPA PISAU.NET
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yg selalu difitnah blogger umno, sudah tawarkan wang yg banyak untuk sesiapa saja bantu kesan pemilik blog PISAU.NET. Bila pemilik PISAU.NET dah berjaya dikesan, writ saman akan diserahkan.
Sebelum ni, blog tu buat fitnah terhadap Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham berhubung pemilikan tanah di Kelantan melalui syarikat mereka, Upaya Padu Plantations Sdn. Bhd. Kata blog itu, Nga dan sepupunya dapat tanah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai upah bersetuju lantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Bagi aku, jumlah RM1000 terlalu banyak untuk blogger umno atau mana-mana pihak mengenalpasti PISAU.NET atau pun mana-mana pemilik blog pro-umno.
Kalau Nga Kor Ming pandai, dia hanya perlu cari satu kumpulan blogger umno yang dipegang oleh salah seorang Exco Pemuda umno bernama Tun Faisal. Kumpulan blogger itu diberi nama UMB.
Setahu aku, budak-budak blogger dibawah Tun Faisal boleh dibeli secara murah2. Tak perlu sampai RM1000. Puji saja yg mereka tu bagus, ranking mereka baik, mereka perlu dpt pengiktirafan & penghargaan lebih baik dr pengurusan umno, tentu kita boleh dpt apa sja maklumat yg kita nak.
Dalam UMB, yg dianggap paling disayangi Tun Faisal ada dua orang. Sorang namanya Double Y atau Yuseri Yusof, sorang lagi bekas kartunis bernama Rio Rashid atau Reformasin. Rasuah sja dua org ni, byklah maklumat yg boleh diperolehi.
UMB bermusuh dgn grup yg diketuai oleh blogger porno tersohor umno, Papagomo. Walaupun grup blogger porno Papagomo bukan dibawah pejabat umno secara langsung, tapi grup tu lebih berkuasa di kalangan pemain maya umno. UMB pula, grup yang ada kaitan langsung dgn umno.
Dalam kes Husam Musa lawan Wan Mohamad Azri Wan Jusuh yg dipercayai sbg Papagomo, Double Y dah kata, kalau Husam Musa panggil dia sbg saksi, Papagomo tentu masak. Yg ikut perkembangan diorg ni tentu tahu, Double Y dan Papagomo saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Setahu aku jugalah, Double Y atau Yuseri Yusof ni adalah bekas pekerja di sebuah booth yg jual handphone di Bukit Bintang tapi selalu mengaku dia bekas pengurus marketing Celcom. Dia ditangkap sebab curi telefon yg patut dijual dan kemudian dibuang kerja.
Papagomo adalah org pertama yg latih dia sebagai blogger. Bila dah pandai, Double Y pindah ke kem Tun Faisal yg kebetulan sedang sibuk cari balaci mata tu. Tun Faisal nampak potensi budak ni yg berasal dr Kelantan ni dan bela dia bersama2 Reformasin yg juga berasal dr Kelantan dgn kedua2nya berstatus penganggur.
Pemilik PISAU.NET juga budak UMB. Tapi sebab makan byk, dia tersisih dr UMB walaupun masih lagi ada dalam UMB.
Bagi aku, Nga Kor Ming tak perlu buang duit dan buat tawaran secara publik. Dia hanya perlu hantar org dan pujuk Double Y atau Reformasin atau APA. Buat2 berkawan dgn mereka ni, kemudian tu korek rahsia perlahan2. Aku pasti, tak sampai 24 jam, mereka ni akan buka semua rahsia dan kenalpasti siapa pemilik blog2 pro-umno.
Nasihat aku kepada mana2 pemimpin PR, kalau bermasalah dgn blogger umno, cari sja blogger UMB. Blogger UMB mudah dikenali. Kalau ada program, mereka suka berT-shirt hitam yg ada lambang dan logo UMB. Kalau diorg tak pakai T-shirt hitam, tgk sja body language diorg. Kalau nampak mcm berlagak tak tentu arah dan minta orang ramai kenal diorg, tu budak UMB la. Selalunya diorg tak bersendirian bila dlm satu2 program.
Aku bgtahu ni sebab budak2 UMB ni telah dilatih utk lapar dan selalu diajar oleh Tun Faisal supaya bunuh mana2 blogger yg bukan pro dia atau UMB. Inilah masanya utk ajar blogger2 pro umno.
Sent from my dig
No comments:
Post a Comment