Monday 24 August 2015

Ustaz Hasan Tantawi Bocorkan Rahsia BERSIH 4.0 Mahu Pergunakan PAS Bagi Tujuan MEMERINTAH ISLAM


Cerita pasal BERSIH 4.0.. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih 1~3 Pas merupakan penganjur bersama.. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan..

Namun pada bersih 4.. PAS telah ditolak awal dr jadi penganjur bersama kerana dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu birukan keselamatan negara.

PAS yg ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka..

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka (ajk bersih) nak memerintah Islam..Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di dataran merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah..

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama nak dibuat dr 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36jam.. Tiada aktiviti yg khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas muslimat@perempuan dan muslimin@lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat.. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (ngo lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit amal menjadi budak suruhan utk kerja2 maksiat mereka..


6 comments:

Anonymous said...

Pas sekarang sudah kembali berada pada landasan yg betul,lupakan Bersih .lupakan LGBT,lupakan semua NGO liberal yg lain,fokus saja kepada perjuangan Islam ,utamakan dakwah dan hikamh ,jauhkan politik adudomba,gila kuasa ,maki hamun dan fitnah serta kata nista.Insyaallah Pas akan dengan sendirinya mendapat sokongan umat Islam yg memang dahagakan pimpinan yg bermaruah.Apa yg kita tidak mahu adalah sesuatu yg tidak Islamik,bukan hanya yg di lakukan oleh Umno/BN malahan oleh sesiapa saja sama ada NGO,DAP,PKR ,malah oleh pihak dalaman Pas sendiri seperti GHB.

Kamal said...

PAS sudah sesat kerana tidak bersama orang yang menebtang kezaliman dan rasuah yang berluasa tetapi menunjukan ego yang tinggi....

paparock said...

Apa salahnya jika PAS mempunyai ego yang tinggi demi memperjuangkan Islam. Apakah kezaliman yang paling besar selain daripada mereka yang menolak dan menentang hukum Allah seterusnya menghina dan memaki para ulama yang seluruh usianya memperjuangkan Islam. Tapi masalahnya ramai juga umat Islam yang memuliakan DAP lebih daripada menjunjung amanah Allah.

Unknown said...

Tiada islam yg lebih memuliakan dap dari pas, tapi kalau pas terasa begitu..silakan.

Unknown said...

Tiada islam yg lebih memuliakan dap dari pas, tapi kalau pas terasa begitu..silakan.

Unknown said...

Tiada islam yg lebih memuliakan dap dari pas, tapi kalau pas terasa begitu..silakan.