Friday 24 July 2015

Terhalaunya PAS Dari Pakatan Rakyat Selangor, Bererti Malapetaka Terbesar Menimpa Umat Melayu-Islam Selangor

GHB bakal menggantikan PAS di Selangor. Tiga orang Exco Kerajaan Negeri dari Selangor bakal digugurkan dalam tempoh terdekat. Shaari Sungib, Hasnul Baharuddin dan Dr.Siti Mariah telah mengisytiharkan diri mereka keluar dari PAS dan menyertai GHB yang dipimpin oleh Mat Sabu.

GHB merupakan parti politik baru yang dicipta dan dibiayai oleh DAP selepas kegagalan DAP menguasai PAS menerusi pemilihan yang baru lalu. Sekaligus kemunculan GHB membenarkan teori yang cuba dinafikan tentang pendalangan DAP dan bantuan kewangan yang diterima untuk merampas kuasa.

Sebenarnya ketiadan Shaari Sungib dan Hasnul dalam PAS Selangor tidaklah begitu mengujakan kerana telah diketahui lebih awal, kedua-duanya adalah penjilat Lim Guan Eng paling tegar. Mereka juga lebih banyak mentaati Anwar Ibrahim berbanding pucuk pimpinan PAS.

Sekaligus dengan keluarnya Shaarib Sungib dan Hasnul dari PAS menjadikan komposisi penguasaan kerusi-kerusi DUN Selangor adalah 15 DAP, 13 PKR, 12, UMNO, 13 PAS, 1 Bebas dan 2 GHB. DAP akan bertambah kuat dengan kehadiran dua ADUN GHB. Sekaligus menjadi Teresa Kok dan Tony Pua lebih dominan di Selangor.

Azmin Ali tidak akan lebih daripada sekadar boneka sebagaimana yang dilakukan oleh DAP kepada Nizar Jamaluddin di Perak pada tahun 2008 dahulu. Beberapa dasar pro-Islam dan Melayu akan segera dihapuskan oleh DAP melalui tangan-tangan Azmin Ali dan PKR.

Baik PAS mahupun UBN, tidak akan dapat berbuat apa-apa. DAP mungkin akan mengumpan umat Islam Selangor dengan taktik seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dengan meuwar-uwarkan lebihan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan masjid tetapi pada masa yang sama, tidak membenarkan sekolah-sekolah agama dan masjid-masjid baru dibina. Peruntukan yang sebenarnya datang daripada Kerajaan Pusat itu akan diperlihatkan seolah-olah ianya datang dari kocek DAP Selangor.

Orang Melayu yang tinggal di Selangor perlu bersedia dengan kenaikan cukai tanah dan segala cukai lain pada kadar yang melampau seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Kawasan-kawasan pengundi bermajoriti Melayu akan dipecah-pecahkan dan Melayu akan dihalau secara sistematik menerusi kenaikan harga hartanah dan pembinaan perumahan-perumahan mewah. Manakala kawasan bukit dan puncak bukit pula akan ditarah untuk pembinaan kawasan kediaman mewah yang mana orang Melayu-Islam hanya mampu memandang semata-mata.

DAP juga akan memulakan penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri termasuklah milik Yayasan Selangor yang kini sudah pun dijarah dan tidak lagi menjadi entiti yang membantu pendidikan dan pelajaran Bumiputera. DAP juga akan merampas tanah-tanah serta aset-aset milik Yayasan Basmi Kemiskinan dan dengan menggunakan tenaga-tenaga kerja Melayu-Islam sebagai anggota-anggota penguatkuasa PBT, Ahli-Ahli Majlis PBT dari DAP akan mengeluarkan pelbagai arahan untuk melingkupkan apa-apa sahaja yang melibatkan Melayu-Islam di seluruh Selangor.

Bersedialah rakyat Selangor dengan malapetaka terbesar ini. Kejayaan DAP menghalau PAS dari Pakatan Rakyat Selangor, adalah kemusnahan besar-besaran umat Islam di negeri yang pernah dilabelkan sebagai kawah emas Malaysia.


7 comments:

Anonymous said...

Malapetaka oleh tangan mereka sendiri kerna memilih syaitan sebagai wali mereka.

Anonymous said...

Bekerja keraslah untuk Islam,kesilapan lama ada hikmahnya.Percayalah Allah sentiasa mentakdirkan yg terebaik untuk kita,carilah kebaikannya,jangan di lihat pada sudut yg negetif,nescaya kebaikan lah yg akan menjelma.Bersangka baik hanya kepada Allah dan saudara seIslam,jangan bersangka baik kepada musuh Islam,kesilapan ini perlu di tinggalkan jauh di belakang dan jangan di ulang.

Anonymous said...

Masa untuk ahli dan penyokong PAS bangun untuk membaiki kesilapan dengan bubaran DUN. Dan DAP dan Azmin jangan ingat YAM Sultan akan berdiam diri kalau lahanat DAP laksana agenda pembasmian orang melayu di Selangor.

Anonymous said...

Bersangka baik macam mana lagi. Puak puak syaiton yang didalamPAS sendiri yang mengkafirkan UMNO. Menghina UMNO sehingga sedari kanak-kanak TASKI lagi telah dihasut untuk menghinakan UMNO.

Penghinaan itu terus menyusup kedalam kalbu mereka. Kini untuk mengembalikan kepercayaan bahawa UMNO itu adalah sebenar seagama dan sebangsa amatlah sukar.

Orang2 UMNO amat terguris lebih-lebih lagi di Selangor. Kerana percayakan si Anwar dan DAP, PAS sanggup mengkafirkan UMNO yang telah banyak membangunkan Islam dan Melayu di negara ini. Terpulanglah kepada PAS untuk menghulurkan salam persahabatan. Puak Jebon telah menunjukkan diri mereka yang sebenar. Itu pun jika PAS dah benar-benar sedar.

Seorang yang berjiwa besar tidak akan jatuh mertabatnya jika sanggup menarik balik kenyataan yang dibuat bahawa ahli UMNO itu kafir.

Unknown said...

pAS betul2 meletakkan diri mereka satu2na kelompook islam

org lain semua celaka

PAS betul2 letak pemimpin mereka dh mcm Nabi saw.. kalau tk pun dh macam imam2 syiah yg maksum

PAS betul2 membesarkan diri mereka dgn wala la baiah lah , dlm hati mereka faham bahawa tidak bersama PAS, maka islam kita tk betul, klu keluar PAS maka kita dh mcm murtad. CUMA MULUT MEREKA JE TK BERANI DECLARE...

tp kalau tnaya sorang2 secara personal, belanja mereka KFC sikit (hihi sure PAS tuduh kita agen yahudi sebb sebut KFC).. tentu org PAS itu akan mengaku bahawa keluar PAS dh macam kianat pada islam ... kununnnya

PAS MEMBAWA FAHAMAN KHAWARIJ DAN SYIAH YG SGT BAHAYA KPD RAKYAT MALAYSIA

kalau umnu benci bangsa lain ... mereka hanya atas fahaman assoiybah yg lemah

tp kalau PAS benci org kafir (tk kira baik atau jahat) mereka lebih bahaya sebb mereka sandarkan kebencian itu dgn nas2 yg diseleweng dan atas nama akidah dan iman.. maka sudah tentu ahli menjadi TAKSUB

inilah fahaman khawairj yg ada dlm PAS.... stiap apa yg mereka faham adalah ajaran islam yg mesti dgn keras atau lembut mesti dilaksanakan
tk kira terpaksa maki hamun atau bunuh org pun... kununnnya Allah redha

walhal sampai hari ini hudud hanya tinggl kt diceramah2 ... tk kemana ...mempermainkan hukum Tuhan

PAS sendiri yg bodoh tk mampu nk bentang hudud, dia salahkan DAP dn PKR yg tiada kuasa pun.

tk pulak salahkan BN dan umnu yg berkuasa selama ini? dulu PAS betul kerana salahkan umnu yg berkuasa tp tk laksana hudud

sekarang PAS dh gila sebb salahkan rakan2 yg tidak memerintah negara konon mereka tolak hudud, tp sekongkol plak dgn umnu yg belum jelas nk hudud.


SELAIN KHAWARIJ DNA SYIAH... SIFAT MUNAFIK PUN BYK DLM PAS

MAAF PAS, RAKYAT TK TERTIPU DGN JANGGUT SERBAN DAN HAFALAN HADIS QURAN

SEBAB?

HATI RAKYAT INI YG SUCI DIBERI ILHMA OLEH ALLAH UTK KENAL SIAPA SERIGALA

maaf kami tk dibayar 1 sen pun oleh PKR atau DAP.. tp kalau pemimpin PAS ada habuan dr umnu.. tk taulah hamba. tp Allah tahu


Anonymous said...

Lihat MokoFSA punya ayat... tuduh orang khawarij dan syiah kerana bersangka baik sesama islam... tapi dia pulak bersangka baik dengan musuh islam... ajaran yahudi mabok mana yang dia pakai?

Unknown said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA