Monday 4 May 2015

Kerajaan Perpaduan Diratibkan Lagi Oleh Anwariyyun Menjelang PRK Permatang Pauh dan Rompin Untuk Hina TGHH


Cita-cita besar kumpulan Anwariyun untuk menguasai dan menjajah PAS dan kemudian menukarkan jemaah Islam ini menjadi sebahagian daripada DAP dan PKR, masih tidak habis-habis. Bukan sahaja mereka tidak berpuas hati kerana Tuan Guru Presiden bersikap seperti acuh tidak acuh terhadap Wan Azizah dan PKR di Permatang Pauh tetapi juga terdapat beberapa siri penentangan daripada akar umbi PAS kepada DAP dan PKR di Permatang Pauh.

Biarpun Tuan Guru Presiden telah dua kali mengeluarkan kenyataan bahawa PAS masih bersama-sama Pakatan Rakyat tetapi dek kerana PAS dan Tuan Guru Presiden enggan menggugurkan hudud, golongan Anwariyyun itu cuba mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan Tuan Guru Presiden dan PAS.

Untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian kepada TGHH, Anwariyyun dan PKR kembali mengalunkan cerita tentang KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan oleh TGHH pada tahun 2009. Cerita sebenar tentang Kerajaan Perpaduan tidak diterangkan, sebaliknya mereka memutarbelitkan cerita tersebut dan memberikan gambaran yang TGHH mahu membawa PAS untuk bersatu dengan UBN.

Pada 1 Mei lalu, TGHH ketika sidang media selepas satu seminar di Singapura, telah mengungkapkan kembali Kerajaan Perpaduan yang menurut Tuan Guru, wajar diadakan ekoran keadaan ekonomi Malaysia yang lemah, hutang luar yang telah mencecah RM800 bilion, kejatuhan nilai Ringgit, GST yang membebankan rakyat menerusi tindakan peniaga menaikkan harga barang dan kerajaan UBN tidak mampu mengekangnya, kadar jenayah meningkat dan pergaduhan antara kem Mahathir dengan kem Najib. Kesemua faktor tersebut akan menyebabkan negara bakal berhadapan dengan masalah besar. Jadi, TGHH mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menangani kesemua masalah berkenaan.

Namun, kaum Anwariyyun dan PASMA lebih loncat dari lompat. Mereka sengaja tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh TGHH sebaliknya mereka mencipta pula fantasi sendiri kononnya TGHH mahu membawa PAS masuk UBN.


Anehnya, cadangan TGHH itu dianggap satu dosa besar, sedangkan DAP menerusi Lim Kit Siang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan antara DAP dengan UBN, bukan sahaja disokong oleh Anwariyyun dan PASMA tetapi juga dijadikan sebagai modal untuk mengagung-agungkan Lim Kit Siang dan DAP. Malah usaha Anwar Ibrahim untuk membuat Konsensus Nasional bersama-sama Najib Abdul Razak menerusi surat perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal oleh Anwar Ibrahim juga, turut mendapat pujian mereka.

Tetapi apabila TGHH yang membuat cadangan, ia jadi satu dosa besar. Sehinggakan calon Presiden PAS, Ahmad Awang yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia menyatakan, PAS akan ketinggalan dan terkebelakang jikalau terus dipimpin oleh ulama.



Ahmad Awang yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa bagaimana dia adalah seorang muflis sehinggalah dia berjaya menipu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 2008, mungkin sudah terlalu banyak terhutang budi dengan DAP dan Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Nampaknya bersungguh-sungguh benar puak Anwariyyun dan PASMA mahu menggulingkan TGHH dan menghancurkan PAS semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Lim Guan Eng dan PKR.

2 comments:

Anonymous said...

Dulu mereka fitnah Dr.Hassan Ali dan Ust. Nasharuddin dalam soal ini sehingga mereka berdua di pecat dan di pinggirkan.Sekarang Presiden Pas pula merka nak jadikan mangsa.Kalau ahli akar umbi Pas yg benar-benar committed padaa perjuangan Pas lemah dan gagal bertindak kerana terlalu teruja dgn menawan Putrajaya,akhirnya nanti Pas akan lenyap dari segi spritualnya,yg tinggal hanyalah serban dan janggut sebagai trend,itu pun hanya dikalangan ahli akar umbi.Puak pemimpin akan senteng mengenakan suit mahal,berjenama.

Anonymous said...

org kafir nak guna nama allah depa boleh pertahankan...
org kafir nk besaq kandang babi depa boleh pertahankan...
org kafir nk pesta arak besar2 depa boleh pertahankan...
org islam nak laksana hudud di kelantan...depa x boleh pertahankan?