Thursday 2 April 2015

SERANGAN TERBARU MAHATHIR YANG DITAKUTKAN UBN, SERANGAN RAKYAT TAK DIPEDULIKAN

Sekarang ini tengah kecoh para penyokong UBN apabila pagi tadi, satu lagi posting daripada Mahathir yang amat mereka kagumi dan pernah disetarafkan sebagai salah seorang makhluk termulia, menimbulkan beberapa persoalan kepada Najib dan pentadbirannya.

Mahathir sekadar mengulangi beberapa persoalan yang sebenarnya seringkali menjadi buah mulut rakyat bawahan, termasuklah menjadi buah serangan para pemimpin Pakatan Rakyat yang langsung tidak dijawab oleh Najib Abdul Razak mahupun pegawai-pegawai bawahannya. Kalau kita perhatikan, setiap soalannya adalah soalan-soalan yang sama, yang diulang-ulang tetapi tidak dijawab dengan baik oleh UBN.

Seolah-olah UBN memang ada agenda dan perbuatan jahat yang cuba disembunyikan dan enggan diketahui oleh orang ramai, khususnya para pengundi.

Menariknya, mereka lebih pula menyerang peribadi Mahathir, sepertimana yang mereka lakukan kepada kepimpinan PAS dari tahun-tahun zaman Mahathir berkuasa dahulu lagi. Kaedah yang sama, tetapi lebih kepada syok sendiri yang akhirnya membuatkan para pengundi mereka sendiri meluat dan berpindah ke dalam PAS, kemudian menimbulkan masalah dalam PAS sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

Di mana-mana sahaja UBN dan di mana-mana sahaja ada penyokongnya sama ada mereka masih menyokong atau pun bekas penyokong, masalah akan tercetus. Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim dalam PKR dan Kamaruddin Jaafar dan Saari Sungip dalam jemaah kita sendiri.

Sekarang, mereka sibukkan pasal posting Mahathir dalam blognya. Mahathir dituduh akan menjatuhkan Najib sedangkan hakikatnya, Najib dan UBN sedang perlahan-lahan dijatuhkan pun.

Ini iktibar untuk PAS juga...

Dalam apa juga keadaan yang membabitkan maslahat awam, jangan sesekali kita cuba bersikap berselindung dan menutup masalah. Kita perlu terangkan masalah tersebut kepada rakyat serta rasionalisasi yang kita ambil kepada keputusan berkenaan.

Tapi masalah Mahathir, bukanlah besar. UBN sekarang sedang buta kerana beranggapan seorang lelaki tua yang tidak ada lagi kepentingan dalam politik bakal menjatuhkan Najib dan UBN. Yang mereka tidak sedar, ialah pada peringkat bawahan, kemarahan rakyat semakin membuak-buak kerana kesan tekanan harga yang melampau dan kegagalan UBN menguatkuasakan polisi serta dasar-dasar percukaian yang mereka sendiri atur.

Sikap berbolak balik dan penakut UBN untuk berhadapan dengan realiti sebenar, wajar kita gunakan dalam menekan UBN agar akur dengan tuntutan kita untuk mengadakan hudud di Kelantan sebagai memenuhi tuntutan al Quran. Kesempatan ini tidak boleh kita lepaskan. Gunakan dengan sebaik-baiknya, bukan untuk kepentingan DAP atau PKR, sebaliknya untuk PAS dan umat Islam yang mahu melaksanakan titah perintah Allah Taala.

Kita tahu, kenaikan harga yang berlaku sekarang bukanlah disebabkan oleh GST tetapi kerana ketamakan para peniaga, khususnya Cina yang sedang bersatu hati untuk membuktikan bahawa orang Cina lebih hebat bagi mewujudkan Negeri-Negeri Cina merangkumi Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Singapura pada PRU-14 nanti.

Tidak perlu untuk kita membantu UBN untuk menjelaskan perkara sebenar, tetapi kita boleh bantu untuk mengukuhkan umat Islam dengan memastikan DAP dan PKR tersungkur dan akhirnya terpaksa mengemis di kaki kita.

Kita boleh... Allah Taala telah menjanjikan kemenangan Islam dan janji-janji Allah Taala tidak pernah dimungkiri.

Cuma kita perlu guna akal dan lebih bijaksana, bukannya dengan mengikut membuta tuli kemahuan DAP dan PKR.


3 comments:

Anonymous said...

Ramai yang bodoh sombong dalam pentadbiran Najib termasuk Ahmad Maslan. Bila orang kata dia bodoh, dia kata dia dapat cgpa 3.8. Inilah manusia bodoh sombong.

Anonymous said...

Ini adalah antara permasalahan bodoh sombong yang terdapat dalam pentadbiran DS Najib. Mewarisi daripada sebuah pentadbiran yang amat lemah dan hampir tersungkur pada PRU12 hasil kelemahan Pak Lah, kebanyakkan Menteri DS Najib adalah orang yang cuba makan kiri dan kanan iaitu jika berlaku sesuatu pada kerajaan BN mereka ini akan melompat ke seberang. Jika ditegur berlebihan akan jadi ugut-mengugut.
Bukan hanya yang bertaraf Menteri tetapi Penjawat Awam yang biasa ni pun bersikap yang sama. Hakikatnya ianya amat tidak sihat untuk menjadi sebuah Kerajaan yang baik dan negara yang berjaya.


Anonymous said...

Allah dah berjanji satu orang beriman boleh kalahkan 10 musuh...10 orang beriman boleh kalahkan 100 musuh dan seterusnya.
Maka itu PERTINGKATKANLAH IMAN, PERTINGKATKANLAH KETAQWAAN, DEKATKANLAH DIRI DENGAN ALLAH baru boleh dapat pertolongan ALLAH yang Maha Berkuasa.