Thursday 9 October 2014

Pesta Arak Buih di Shah Alam, Sekali Lagi PAS Jadi Kambing Hitam


Bukan malang dan bukan musibah tetapi kerana terlalu terikat dan percaya kepada tahaluf siyasi yang tidak langsung menguntungkan PAS. Pada masa yang sama, teladan bagi kepimpinan yang terus membiarkan dan enggan bertindak terhadap kaum parasit yang berbaju PAS tetapi berjiwa, roh dan nafasnya adalah PKR dan DAP. 

Kita tidak perlulah menuding jari siapa yang memulakan pesta arak buih ini. Yang pasti, Oktoberfest sememangnya merupakan sambutan hari beer sedunia yang telah disambut di Eropah semenjak puluhan tahun lampau tetapi baru sampai ke Malaysia selepas DAP mempunyai kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Benar, UBN sebenarnya telah membenarkan kilang arak bertapak di Malaysia. Guinness dan Carlsberg merupakan dua buah kilang pengeluar arak yang ketika didirikan dahulu, berada jauh dari kawasan penempatan manusia tetapi perubahan zaman membolehkan kedua-dua kilang ini akhirnya berada di tepi lebuhraya dan berhampiran pula dengan taman-taman perumahan. 

Lebih malang lagi ialah apabila ada umat Islam yang bekerja di kilang-kilang arak tersebut tanpa sebarang perasaan malu atau takut.

UBN tidak boleh sama sekali menafikan, itu adalah sumbangan mereka kepada perkembangan dan kemajuan pengeluaran arak di Malaysia. 

PAS pernah beriltizam untuk menghapuskan kilang-kilang arak ini apabila berkuasa di Selangor. Malangnya, PAS memang diberikan kuasa tetapi menerusi perkongsian dengan DAP dan PKR yang kita cukup tahu, amat bergantung kepada arak memandangkan sebahagian besar daripada mereka adalah peminum arak tegar yang menganggap, arak merupakan sebahagian daripada budaya hidup. 

Bukan tidak ada pemimpin PAS yang cuba menghapuskan atau setidak-tidaknya mengehadkan penjualan arak terutama kepada golongan Islam, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, DAP menggunakan kuasa mereka, memecat pemimpin PAS itu dan menggertak pemimpin-pemimpin PAS yang lain agar tidak sewenang-sewang atau berani-berani mengugut arak. 

PAS kekal istiqomah dalam perjuangan menentang arak. Kecuali sebilangan pemimpin PAS yang telah dikenalpasti sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, yang bukan sahaja kuat membela arak, tetapi juga menyanjung budaya murtad atas nama kebebasan beragama dan bersuara. 

Disebabkan itulah, DAP dan PKR mengambil keputusan untuk memastikan PAS berada dalam tekanan, kebimbangan, ketakutan dan teragak-agak untuk membuat keputusan. Mana-mana pemimpin PAS yang menentang DAP dan PKR, pasti akan dianggap sebagai pengkhianat. Lebih malang lagi ialah apabila DAP menganggap PAS tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana keengganan PAS untuk terus menjadi rubberstamp kepada DAP.


Ada soalan ditujukan kepada PAS, mengapa PAS yang 'berkuasa' di Selangor, tidak memansuhkan atau menghapuskan terus kilang-kilang arak di Selangor. 

Jawapannya, PAS tidak pernah diberikan kuasa. Walaupun PAS merupakan sebahagian daripada perkongsian kuasa di Selangor, hakikatnya, bidang yang berkaitan amat dikawal ketat oleh DAP dan PKR. Sebarang cubaan untuk menembusi benteng yang didirikan oleh DAP akan berakhir dengan musibah sebagaimana yang berlaku kepada Hasan Ali. Manakala pemimpin-pemimpin parasit seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad pula sudah bersiap sedia dengan bala tentera masing-masing untuk menyerang dan menghancurkan mana-mana pemimpin PAS yang dilihat 'mengkhianati' Pakatan Rakyat (baca: DAP dan PKR). 

Di kalangan akar umbi PAS di Selangor sendiri pun, sudah dapat melihat perkara ini. Khairuddin Othman yang merupakan ADUN Paya Jaras sudah berulang-ulang kali dalam ceramahnya memberikan penerangan bahawa di sebalik PAS sebagai salah satu pemegang kuasa di Selangor, PAS sebenarnya tidak berdaya dengan kaki serta tangan PAS diikat oleh DAP dan PKR menerusi bantuan pemimpin parasit PAS. Begitu jugalah penjelasan yang dibuat oleh Iskandar Samad yang merupakan ADUN Cempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, turut mengakui PAS sebenarnya dikhianati oleh DAP dan PKR, bahkan hanya dijadikan sebagai umpan bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Melayu untuk Pakatan Rakyat di Selangor, sedangkan hakikatnya PKR dan DAP hanya mementingkan pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya Cina.


Seharusnya dalam isu arak, PAS tidak ditohmah dan diserang kerana PAS memang tidak berupaya. Pun begitu, beberapa pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan sudah pun menggerakkan penentangan ke atas Oktoberfest yang disokong kuat oleh DAP dan PKR biarpun pada masa yang sama, mereka terpaksa bersekutu dengan PERKASA, pertubuhan yang amat dibenci oleh DAP.

8 comments:

Anonymous said...

Takut apa saudaraku .. jika PERJUANGAN KITA UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH TAALA..
JANGANLAH KITA DI ANGGAP BALACI .. JASAD SAHAJA YANG ADA .. TAPI TIDAK BERGIGI .. RONGAK ..

Anonymous said...

Yg berani akan dibuang keahlian dpd pas...kemudian tuding jari pada umno.
Klu melayu bersatu...pukimak cina babi dap dan pukimak ketum akan tunduk...termasuk babi2 mrk....
Selama ini pas hanya kuli dan hamba kpd dap dan pkr....konon dgn serta mrk Islam boleh dimartabatkan tetapi dihina bila pemimpin2 pas yg liberal turut jadi munafik menyokong pghinaan cina2 babi dap ini....
Buruk2 umno pun...tak ada yg dipecat keahliannya jika mempertahankan islam.....TAK mcm pas, dipecat jika bersuara mempertahankan islam dpd dilacur oleh pukimak ketum dan pukimak cina babi dap khasnya pukimak babi tokong SI setiausaha Yg TAK diiktiraf oleh ROS dan ahli2 nya sendiri.

Anonymous said...

UMNO pembela bangsa Melayu.

Anonymous said...

Aku setuju... Pembela bangsa melayu dan pembela agama Islam...

Pas...?? Pencuci berak taik dap dgn pkr...

Puak2 bahalol jer yg sanggup jadi mcm tu..

Bahalol selamanye... Cash Allah bg balasan... X sedar lg ke..? Pegi mampus la pas ni..
Pengadai agama yg tersohor... Haaakkkttuuiiihh...!!

Anonymous said...

Pasa sedang menerima balasan dari Allah atas perbuatan mereka terhadap umno, cercaan makian pas terhadap umno selama ini telah pun telah pun dikembalikan pada pas dengan lebih hina.

Anonymous said...

DAP dan PKR jadikan pemimpin pas sebagai haiwan keldai dan penyokong pas dijadikan anjing peliharaan mereka, begitu hinanya pas dan masih tak sedar diri lagi walaupun dap-pkr dah halau keluar pakatan, tapi masih buat muka tak malu dan melutut pada puak2 kafir dan yahudi, dimana maruah pas konon parti islam, apakah lagi petua pas untuk terus memperbodohkan penyokong2 mereka dan orang2 melayu. Pas parti politik sesat.

Anonymous said...

Gunakanlah kuasa yang ada dalam dewan negeri..

Anonymous said...

PAS dengan macai dia memang bengong ponnnn.....bengong keldai tu lebih baik dari bengong macai PAS....