Thursday 9 October 2014

Lagi Cadangan JAHANAM, Shahidan Kassim Usul Gaji Menteri dan Ahli Parlimen Naik

Inilah tahap mentaliti seorang wakil rakyat yang telah dipilih. Ini jugalah corak dan trend pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat.

Walaupun pelbagai retorik yang diberikan, terutama menerusi ucapan dan lakonan keprihatinan mereka ke atas rakyat, hakikatnya Ahli-Ahli Parlimen dan Menteri-Menteri sekadar mementingkan tembolok dan nafsu mereka semata-mata.

Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawalselia urusan di Parlimen, memberi alasan, gaji Menteri dan Ahli Parlimen terlalu kecil menyebabkan mereka terpaksa ikat perut.

Benarkah alasan yang diberikan atau ianya merupakan satu lagi kaedah untuk menipu dan penipuan tersebut dipersetujui oleh kesemua Ahli Parlimen tak kira sama ada dari blok kerajaan mahupun PR?

Yang sahihnya, berdasarkan pada fakta, Shahidan Kassim menipu secara terang-terangan.

Bagaimana Shahidan Kassim boleh mengatakan kewangan mereka selaku Ahli Parlimen dan menteri tidak cukup? Gaji lain, elaun lain, elaun rumah lain, elaun mesyuarat lain, minyak lain, elaun telefon lain, elaun perjalanan dan percutian ke luar negara lain, RM50,000 lain dan segala macam elaun tidak termasuk elaun sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC, ikat perut apa yang dimaksudkan oleh Shahidan Kassim?

Shahidan Kassim merupakan sebahagian daripada ahli politik stereotype yang beranggapan, tanpa jawatan mereka tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat. Bila dah ada jawatan, kenalah ada gaji. Bila ada gaji, kenalah dinaikkan.

Pedulikanlah tentang masalah rakyat. Penuhkan tembolok dan buncitkan perut sendiri dahulu. Rakyat mampus kebulur tidak mengapa, asalkan Ahli-Ahli Parlimen tidak ikat perut.

Sepatutnya Ahli-Ahli Parlimen yang perlu dikurangkan belanjawan, dipotong sebanyak mungkin peruntukan dan elaun mereka yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Perlu diingat, setiap sen pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, sama ada mereka bekerja atau ketika mereka terkedang sakit di atas katil adalah WANG RAKYAT. Meminta dan menambah elaun serta gaji mereka, sedangkan pada masa yang sama, mutu serta status perkhidmatan kepada rakyat langsung tidak memuaskan, samalah seperti menzalimi rakyat.

Ketika rakyat dipaksa menerima segala kenaikan harga dan kehilangan subsidi, mengapa pula Ahli-Ahli Parlimen menikmati keistimewaan yang tidak dinikmati oleh rakyat yang telah memberi undi kepada mereka?

Malangnya, Ahli-Ahli Parlimen PR yang sebelum ini menonjolkan diri sebagai juara rakyat, sama saja seperti Ahli Parlimen BN dalam bab naik gaji. Malah lebih lagi apabila wakil rakyat PR dari Selangor dan Pulau Pinang yang terlebih dahulu menjadi juara menuntut kenaikan gaji, sedangkan hasil kerja mereka sekadar berceramah dan berdemonstrasi di atas jalanraya.

6 comments:

Anonymous said...

Bangsat betul dpt menteri mcm ni..belom lagi yg lain.sedangkan kita bekerja 24 jam mencari nafkah utk menstabilkan ekonomi sendiri..ada pula menteri puaka yg memberi cadangan..aku tahu...boleh dikatakan semua menteri2 ni tak kenal erti susah bila di atas..!! Jgn nak cerita hal2 dahulu masa korang naik!!. Kita cerita pasal skrg!!buat pencacai Umno dan kerajaan...jgn nak jadi jaguh..kononya suruh kita bersyukurlah dgn apa yg ada serta kenangkan jasa menteri2 yg menolong kita...aku bleh ckp ngn mereka... Motherfucker...!!! Aku nak menteri2 ni turun padang tgk rakyat tanpa protocol..!! Di ulangi..tanpa protocol...!!baru kau tahu erti kepayahan.jgn nak nasihat kami..suruh menabung laa.... Suruh berjimat laa...itu semua telah Kami usahakan..akhir sekali aku berikrar,, aku tak akan bagi undi pun pada kerajaan mahupun pembangkang pada pilihanraya 14.

Unknown said...

http://chentaabby.blogspot.com/2014/10/jom-bantu-mp.html

jom bantu mp!

Anonymous said...

ale uto dia

Anonymous said...

Weii babun.. Tu bru cadangan ko dh melenting pehal ...? Yg kerajaan negeri pakatan naikkn gaji adun smpai 300% awat ko buat bodo jer..? Awat tak bguling atas jln raya..? Awat komen ko tujukn pada penyokong umno..? Ada akai ka...? Melenting tak pasal2... Susah sgt ke ko smpai tak dpt mkin...? Dasar pemalas... Smua nk kna suap... Puuuuiii...

Wine Recipes said...

I enjoyed reading thiis

Wine Recipes said...

Hi great reeading your post