Sunday 12 October 2014

Desakan dan Ugutan PKR Serta DAP Membuatkan Majlis Syura Ulama Hanya Berani Gantung Keahlian Dua Ekor Barua Selama Setahun Sahaja!

Akar umbi yang menyokong kemurnian perjuangan PAS, sekadar mengeluh panjang apabila Majlis Syura memutuskan hukuman yang dikenakan kepada dua ekor Barua dan Pengkhianat PAS hanyalah digantung keahlian selama setahun.

PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian ADUN Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuas serta-merta hari ini.

Cikgu Pa berkat, keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Presiden telah membincangkan masalah membabitkan kedua-dua ADUN 'milik' Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam jubah PAS itu, dalam keadaan keadaan yang amat tertekan.

Kehadiran Mat Sabu dan Mahfuz Omar mewakili Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ternyata telah memberi tekanan yang amat besar kepada Majlis Syura sehinggakan hukuman yang lebih keras, terpaksa diringankan ekoran wujudnya beberapa ugutan dan ancaman daripada konco-konco Anwar Ibrahim dan Lim Guan itu.

Salahuddin Ayob dan Takiyuddin Hassan dilaporkan, gagal membantu Cikgu Pa untuk mengatasi vokal Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang bermati-matian mempertahankan Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR dan DAP yang membawa maksud, PAS hendaklah menjadi hamba dan hilang hak-hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan menggantung keahlian kedua-dua pengkhianat dan barua itu sebenarnya belum lagi muktamad, memandangkan mengikut Fasal 83(4), kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari.

Pergantungan keahlian tidak bermaksud Hasnul dan Saari kehilangan jawatan mereka sebagai ADUN sebaliknya, mereka sekadar tidak boleh menjalnakan apa-apa program rasmi di bawah nama parti.

Kebanyakan akar umbi PAS tulen, melihat tindakan yang diambil sekadar untuk memenuhi prosedur memandangkan kedua-dua pengkhianat tersebut akan tetap menjalankan program-program rasmi mereka di bawah lambang Pakatan Rakyat walaupun tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai ADUN PAS.

Penguasaan kelompok pro-Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat pula akan memendekkan dan meringankan hukuman kedua-duanya bagi memenuhi tekanan dan ugutan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Begitulah nasib kita apabila kita terlalu kuat bersekongkol dengan puak-puak yang hati perut mereka menentang Islam.

5 comments:

Anonymous said...

Banyak yg Allah dah tunjuk sejak bertahlul dgn dap n pkr... demi kepentingan politik...dulu kata kat umno ..la ni apa jadi..oktoberfest terang terang dah...

Unknown said...

survival melayu islam ni tadak cara lain dah.... kalau dok main pecah belah ni, tggu masa depa(geng zion) amik alih negara ni dalam erti kata secara total dimana kuasa memerintah ada dlm tgn depa.... bkn setakat oltoberfest... setiap bulan is oktoberfest pun depa bule buat...

kalau mcm ni yg terjadi pon tak mau nak ambil iktibar juga...dlm erti kata masih berdegil... keras kepala, maka bersedialah ummat melayu semua untuk melalui jalan penyisihan, penghinaan dan bermacam lagi yang lebih hina akan diberi....

akhirnya anak2 cucu kita nanti bagaimna?????

di level mana nanti mereka akan berada... adakah akan sampai di bawah telunjuk kaki kaum2(zion co.) ini... itukah yg dimahukan oleh pemimpin2 kita tidak kira kamu....kamu...kamu...dari parti mana(zaman berparti sudah lapok....jumud untuk mumat melayu)

kalau dh terang lagi jelas membawa kepada perpecahan.... penghingnaan.... dan bermacam lagi yang tidak elok.... kenapa kitta yg cerdik pandai ini masih tehegeh2 menggunkan sistem tersebut...

apa kita tidak boleh berfikirkah yang berparti itu akan memecahbelahkan ummat melayu.... apakah tahap pemikiran kita...

kami sebagai rakyat sentiasa mengharapkan agar para2 pemimpin kami dari parti manapun kamu dapat bersatu hatu... berkerjasama dan penyatuan kamu...kamu...kamu... akan menyelesaikan banyak perkara...

tumpuan dapat diberikan kepada pembangunan lain... daripada berfikir setiap masa untuk memusnahkan rakan parti lawan...

SAMPAI BILAKAH???

KITA HARUS HIDUP BEGINI?????

MARILAH KITA BERDAMAI...

MARILAH KITA BERSATU....

MARILAH KITA LUPAKAN YANG LALU...

MARILAH KITA SALING MEMAAFKAN....

HANYA KITA YANG TINGGAL....

UMMAT MELAYU...

ISLAM TIADA PERPECAHAN...

DEMI SAYANGNYA KITA KEPADA ANAK CUCU KITA... KORBANKANLAH SEDIKIT APA YANG KITA ADA SEKARANG...

SEMOGA HATI2 KITA DISATUKAN.

Anonymous said...

tenat dah ni..

dl hassan ali siap kena pecat sbb byk komplen jer..

nasaruddin mat isa disypkan kerana sikap terbukanya...

skrg siap mengkhianati parti, sekadar gantung setahun jer..

apa nak jadi..

teruk la...

Anonymous said...

Nasib baik Nik Aziz uzur.Kalau tak dah dia datang untuk octoberfest.TAKEBEER!!!

Anonymous said...

dulu kata hanjing umno...
sekarang dorang dah jadi anjing DAP&PKR...
Masih tak sedar diri ka???

Aku mahu pegang anjing...
Aku mahu sentuh anjing...
Aku mahu belai anjing...
Aku sanggup jadi anjing DAP&PKR!!!