Monday 13 October 2014

Ahli-Ahli Parlimen BN Pengkhianat Rakyat, Elaun Dinaikkan Tetapi Perangai Memonteng Terus Kekal

Beberapa hari lepas, Shahidan Kassim yang memperolehi pendapatan puluhan ribu daripada Kerajaan Malaysia, menyatakan kerajaan perlu menaikkan elaun Ahli-Ahli Parlimen kerana mereka terpaksa mengikat perut dengan elaun dan pendapatan sedia ada.

Manakala Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena pula, menyatakan kenaikan RM500 hanya 'lekat celah gigi' sekaligus menyokong kenyataan Shahidan Kassim dari UBN.

Kalau tentang kepentingan diri sendiri, Ahli-Ahli Parlimen boleh bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain. Mereka menjadi pelengkap sesama sendiri walaupun di kalangan penyokong, tindakan mereka dilihat seperti memperlekehkan lawan dan mengagungkan kumpulan sendiri.

Bagaimanapun, apabila elaun mereka dinaikkan, lain pula kisah dan teladan yang ditunjukkan.

Ahli-Ahli Parlimen di Malaysia mempunyai pelbagai elaun yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Selain elaun, mereka juga mempunyai keistimewaan dan kemudahan yang tidak dikecapi oleh pembayar-pembayar cukai lain di negara ini.

Seharusnya, mereka yang berkorban dan mengorbankan kepentingan mereka untuk rakyat sebagaimana mereka seringkali mengingatkan rakyat agar berkorban dan bersyukur walaupun rakyat terpaksa membayar lebih untuk kenaikan kos akibat kelemahan dan ketidakcekapan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.

Perhatikanlah persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berbanding ketika Najib-UBN membentangkan bajet, ada yang sanggup tidur di Parlimen semata-mata untuk menunjukkan mereka hadir. Hari ini, kerusi-kerusi yang diduduki oleh Ahli Parlimen Malaysia kosong-kosong belaka, walaupun kehadiran mereka dibayar termasuklah elaun minyak dan tol serta kenderaan.

Pendek kata, untuk membolehkan Ahli-Ahli Parlimen tersebut datang bersidang dan berbahas serta menggubal undang-undang, keseluruhan rakyat dan penduduk Malaysia diwajibkan membayar mereka.

Bagaimanapun, Ahli-Ahli Parlimen yang ketika berkempen untuk menang sanggup meredah hutan belukar, naik rumah orang miskin, peluk budak berhingus hijau dan boleh berjalan tanpa bergantung kepada kenderaan, bahkan berjanji akan sentiasa mengambil berat tentang rakyat, selain mendaulatkan rakyat dengan ajaran Islam, selepas menang, lain pula yang mereka buat.

Dan gambar yang kita lihat di atas adalah fenomena biasa...

Baik BN mahupun PR, Ahli-Ahli Parlimen Malaysia yang menyedut setiap sen duit rakyat Malaysia, termasuklah duit fakir miskin dan anak yatim piatu, berlagak seolah-olah mereka boleh berbuat apa-apa sahaja dan untuk itu mereka tetap juga perlu dibayar dan diberikan kenaikan gaji.

2 comments:

Anonymous said...

GENDANG GENDUT TALI KECAPI...KENYANG PERUT SUKA HATI...LA..LA..LA..LA....

Anonymous said...

saya x nampak batang idung atau apa2 program lg yg YB tempat sy buat utk kawasan dia setakat ni...

Mmg makan gaji buta..

Sama je PAS dengan UMNO..