Monday 28 July 2014

Lebih Teruk Dari UMNO, Hati Perut Penjilat Anwar Ibrahim-Lim Guan Eng Sudah Jadi MUGHALLAZAH!

Sudah lama diperkatakan tentang golongan Anwarinas atau dalam bahasa yang lebih mudah, PARASIT dalam PAS. Dari zaman PAS memerintah Kedah lagi, telah diperkatakan tentang golongan tersebut.

Kalau dalam sejarah Islam dan pada zaman Nabi s.a.w, mereka inilah golongan yang dikenali sebagai Pengikut Ibn Ubay. Dan sekalipun mereka berada di saf di belakang Rasulullah s.a.w ketika bersolat berjamaah, masjid mereka perlu diruntuhkan dan mereka perlu diperangi kerana bahayanya kewujudan mereka.

Kerana PARASIT inilah, Kedah dirampas balik oleh UBN. PARASIT ini bukan sahaja telah merosakkan PAS Kedah dengan kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, tetapi mereka ini telah berusaha bermati-matian untuk menjahanamkan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Azizan.

Hati perut mereka sangat busuk. Jauh lebih busuk dari bangkai. Hajat mereka besar dan iman mereka hanyalah bergantung kepada wang ringgit serta harta benda.

Ingatkan setelah berakhirnya penguasaan PAS di Kedah, golongan tersebut akan mendiamkan diri. Namun nampaknya selagi Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke dalam penjara dan mulutnya disenyapkan, selain Lim Guan Eng terus disepikan daripada promosi serta publisiti berlebihan di Harakah serta pentas-pentas ceramah PAS, selagi itulah golongan PARASIT berkenaan akan terus bermaharajalela.


Golongan ini akan terus bekerja untuk menjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan sebarang cara. Mereka cuba menimbulkan kebencian dengan hasutan kononnya akan ada KERAJAAN PERPADUAN dengan UBN. Sedangkan hakikatnya, mereka sebenarnya sangat takut sekiranya mereka terpinggir dalam perancangan besar Anwar Ibrahim di Selangor dan Khalid Ibrahim pula tidak digulingkan.

Rata-rata yang kuat sangat memaki hamun Tuan Guru Presiden adalah golongan yang gagal mendapat sebarang infaq daripada Khalid Ibrahim sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Salah seorang daripada mereka yang giat membusukkan Tuan Guru Presiden di Tweeter dan Facebook, suatu ketika dahulu turut berkempen menentang Hasan Ali setelah dia gagal mendapat tempat dalam sebarang GLC Selangor.

Tidak keterlaluan kalau kita simpulkan, golongan ini juga sangat kuat membenci UBN kerana mereka melihat segala hasil mahsul negeri Selangor hanya berlegar-legar di kalangan kroni UBN dan hanya melimpah sedikit sahaja kepada mereka. Disebabkan ketamakan itulah, mereka menentang UBN dan kemudian menghasut orang ramai agar turut membenci UBN.

Hakikatnya golongan yang sangat kuat bencinya kepada Tuan Guru Presiden itu sebenarnya hanya berbaju PAS, sedangkan hati, jiwa, iman dan akidah mereka semuanya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Golongan ini kalau terus dibiarkan akan boleh menghancurkan PAS, malahan akan menjadikan PAS hanyalah sayap atau biro untuk DAP dan PKR mendapat undi daripada orang Melayu-Islam semata-mata tanpa sebarang kepentingan lain.

No comments: