Tuesday 22 April 2014

UBN Kedah Takut Sungguh Dengan Kepala-Kepala Judi! Bersepah Pusat Judi di Kedah La Ni!


Sebelum ini, seorang pegawai daerah merangkap pegawai lesen di Majlis Daerah Kulim, membuat laporan polis terhadap laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai polis kerana pemberian lesen pusat-pusat judi. (BACA DI SINI)

Banyak pihak yang menyalahkan PDRM kerana tidak bertindak tegas membanteras dan menghapuskan kewujudan pusat-pusat judi yang berselindung di sebalik jenama PUSAT HIBURAN KELUARGA. Namun ramai yang terlepas pandang bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan tersebut, terutama sekali yang berlesen, sebenarnya adalah membabitkan pejabat daerah, bukannya PDRM.

Bagaimanapun, ada juga operasi haram tersebut mendapat 'kerjasama' daripada anggota penguatkuasa undang-undang itu!

Kita masih berada di sekitar Kedah, meninjau permasalahan judi yang semakin berleluasa. Walaupun pada zaman pentadbiran PAS, lesen-lesen untuk judi telah dibekukan, masalah judi haram tidak selesai, bahkan bertambah-tambah. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir sangat penakut untuk menyatakan, Kerajaan UMNO tidak benarkan aktiviti judi di Kedah.

Di Alor Setar sahaja, sekurang-kurangnya terdapat LIMA PUSAT JUDI AKTIF.

1. Kedai Mesin Judi (rumah banglo) yang beralamat di No.273, Jalan Saga 6, Taman Saga, Alor Star.

2. Judi ekor haram yang beroperasi secara terbuka di kaki lima kedai AS Jaya Motor, No. 1007, Lot Kedai Taman Saga Fasa Empat, berhadapan dengan Pasaran Mydin Alor Mengkudu Alor Setar. Berdasarkan siasatan, aktiviti perjudian tersebut dijalankan secara terbuka, manakala anggota penguatkuasa undang-undang pula dikatakan telah 'dibayar'. Maklumat berhubung pusat judi ini telah dihantar pada 14 Januari lalu, tetapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.

3. Kedai mesin judi, kontena biru berhadapan dengan Caltex/House Bar, Jalan Alor Mengkudu, bersebelahan dengan kedai kopi Melayu. Beberapa orang anggota polis dari D7 IPK turut dikesan melepak di kedai berkenaan.

4. Kedai Mesin Judi TS Motel, No.13, Bangunan Rumah Kedai Taman Saga, Alor Star.


5. Lokasi yang lebih menarik... betul-betul di belakang IPK Kedah. Pusat judi tersebut beroperasi di bangunan kedai berhampiran dengan kawasan Market Cowboy dan mempunyai papan tanda MOTEL berwarna biru. Tulisan MOTEL pula berwarna kuning.

8 comments:

Anonymous said...

Vincent Tan Berjaya Toto yg buka kot. Kawan baek Tun Mahathir kan....La ni anak jadi MB, boleh lah buka sesuka hati

Anonymous said...

PDRM kedah x dak D7 kot...

Aku suka mukhriz dulu. Tp sejak dia naik MB... urm...

Awat nampak lembek sgt ? Takkan takut kt ketua2 bhgn kot

Jenama bolasepak bkn main. Tp dok takuk tu jugak

Betoi la. Bakat bapa x dpt diwarisi pd anak
Dah nampak jelas.
Hishamudin kiok !!
Najib kiok !!
Mukhriz pun dah nak kiok !!!

Tp yg pasti, bakat pak mertua X boleh turun ke MENANTU. x smpt pak mertua nak turun, menantu dah conteng arang kt pak mertua
Anak PM dia tibai
Kuasa dia tibai
Harta negara dia sapu
Pemuda umno abih kena "liwat"
Dia kan Anwar ke2 !!!

Anonymous said...

Maaf, nak perbetulkan fakta petikan awal yg mengatakan zaman pas dibekukan lesen2 ini. Sebenarnya tidak dibekukan malah bertambah lagi byk, semasa saya tinggal di mergong, pej daerah telah memberi lesen pusat hiburan beroperasi di byk tempat. Malah dlm satu kawasan kecil, lesen yg diluluskan sebanyak 5 unit. Belakang tesco mergong ada pub yg sgt besar, telah beroperasi mulai tahun 2011.

Anonymous said...

Tak usahlah kita nak tuduh menuduh,cuba fikirkan bagaimana caranya kita hendak mengatasi masalah supaya tidak menjadi lebih parah.Kalau ada yg salah guna kuasa kita buktikan supaya akan dihukum.

Anonymous said...

Sapa makan garam dia rasa masin...

Anonymous said...

Tp menantu pak lah tu
Makan garam selori pun x rasa apa2 dah !!!

Anonymous said...

Di Sik pun ada. Lama dah. Kedai mesin jahit merangkap kedai magnum 4d, sport toto, da ma cai etc. Bila petang hari ada 'draw', ramai sungguh orang melayu dok tunggu keputusan depan kedai....

Anonymous said...

Loceh peliaq biaq besemboq ayaq