Wednesday 16 October 2013

TAK ADA KE PEMIMPIN PAS YG BERANI TEGUR CHUA JUI MENG?

Aku tak pernah setuju mana2 pemimpin Pakatan yg bkn beragama Islam, gunakan ayat2 suci al Quran atau terjemahannya utk berkempen kpd umat Islam. Pada aku, deme tak pyhlah tunjuk bagus dgn menuturkan ayat2 al Quran atau membaca terjemahannya kerana deme tak pernah pun beriman dgn isi kandungan al Quran. Deme tak percaya walau satu ayat pun dalam kitab tu.

Kalau dah tak percaya, mcmmana deme nak membacakan ayat utk org lain percaya walaupun di hdpn org Islam?

Ada kwn2 yg kata, kita patut galakkan org bkn Islam rapat2 dgn al Quran. Mungkin suatu hari nanti, dgn takdir Tuhan, hati deme terbuka dan deme masuk Islam.

Betullah ckp tu tapi yg tak betulnya ialah, deme baca dan usung al Quran sbb deme nak berkempen politik sj. Bukan betul2 nak rapat dgn Islam pun. Bila sebut nak buat hudud pun deme melenting, padahal hudud tu pun sebhgn ayat al Quran jugak.

Kalau deme baca ayat2 al Quran tu dpn kaum seagama deme, lain citernya. Ini tidak, hanya utk umat Islam. Yg dibacakan pula cuma diambil sekerat2. Maksud ayat dan tafsirnya sama sekali lari dr yang deme maksudkan.

Tak kena gayanya utk kita berdakwah kalau kita terus amalan sebegini. Dlm Islam, tak ada tahaluf siyasi dlm hal akidah. Kalau muka Nabi saw pun merah padam sebab nampak Saidina Umar r.a baca Taurat dan Injil, takkan ler kita zaman skrg lbh hebat dr Saidina Umar ra dgn sokong golongan yg terang2 tak sukakan Islam tapi gemar nak pergunakan umat Islam utk berkuasa?

Eloklah kalau ada pemimpin2 PAS yg berani tegur org spt Chua Jui Meng tu supaya taklah nanti dikatakan, jemaah PAS ni sebenarnya haloba dgn kuasa sampai buta perut bila org bkn Islam persendakan Islam dihdpn umat Islam sendiri.

Terjemahan sepenuhnya ayat 64 Surah Al-Imran:

'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH, dan kita tidak mempersekutukan Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain ALLAH. Jika mereka berpaling maka katakanlah, :Persaksikanlah bahawa kami orang Muslim!'. 

Surah Ali-Imran: 64

No comments: