Wednesday 8 August 2012

Kesian Blogger APA, Kena Balun Lepas Keluar UMNO


Dah lebih enam bulan aku tak update blog ni. Aku ada banyak kerja, lebih-lebih lagi Pakatan kena kerja kuat di Perak kalau nak menang. Harapkan Nizar Jamaluddin, samalah macam harapkan orang gila bawa kapalterbang. Lebih jahanamkan lagi peluang PR di Perak ada la.

Binawenya Najib sebab dia panjang-panjangkan pulak tempoh nak pilihanraya. Lagi panjang masanya, banyak la kerosakan yang terjadi. Pemimpin2 PR pun macam kumbang putus tali. Semua isu akhirnya macam tikam diri sendiri. Nak-nak lagi DAP.

Nasib baik Nga Kor Meng dah tak banyak mulut, kalau tak lagi susah kami di Perak.

Cerita di sebelah sana pun hebat juga.

Ada sorang blogger yang perasan dia hebat sangat walaupun online dia tak ramai mana pun tapi ranking tinggi yang banyak hentam Najib dan Pak Lah. Namanya Azmi tapi dalam blog dia pakai nama APA.

Aku taklah krnal sangat blogger berumur lebih 50 tahun tu dan selalu melepak di Craven, Bukit Antarabangsa, Ampang. Tapi aku pernahlah jugak jumpa dia empat kali. Tapi tiap kali jumpa dia, aku rasa, APA ni jenis terdesak dan desperate nak popular dan nampak macam hebat.

Skang ni, ada satu blog baru tengah menghentam dia. BACA SINI

Kesian jugak sampai APA kena tunjukkan anak-anak dalam blog dia. Sampai kena buat video pengakuan anaknya konon dia bukan jenis pukul bini. Tapi aku heran jugak kenapa dia tak jawab tentang dua pompuan Indon yang jadi tempat dia bertenggekkan telurnya selama ini.

Aku sebetulnya tak minat langsung nak cerita hal buruk si APA ni tapi sebabkan dia skang dah jadi blogger Pakatan kononnya, aku suka bagi ingatlah, jenis manusia opportunis yang mudah perasan dan sikit-sikit cakap dia dah buktikan apa yang dia mampu buat dengan blog dia, blogger Pakatan harus hati-hati dan jangan sesekali percayakan lelaki yang bangga tidak pernah balik beraya dengan anak isterinya selama lebih lapan tahun.

Dia boleh bangga dengan rankingnya tapi jangan jadi bodoh dengan percaya dia bulat-bulat. Suruh dia tunjukkan berapa ramai yang masuk blog dia satu hari. Kalau ranking nombor satu tapi user online tak lebih 8 ribu sehari, sahlah pembohong besarlah manusia lalang yang hidup penuh angan-angan tu.

Sahihnya, manusia yang sentiasa tak puas hati macam blogger APA tu sebenarnya amat merbahaya kepada PR. Lebih-lebih lagi bila dia tahu perjuangan maya blogger PR free tak berbayar, malah keluar duit kocek sendiri untuk bantu parti.

Mahu ke dia yang kononnya kerajaan berhutang ratusan juta degan dia hidup macam tu?

No comments: