Tidak boleh dielak lagi. PRK Permatang Pauh akan diadakan setelah Speaker Dewan Rakyat menghantar surat kepada SPR tentang pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Anwar Ibrahim setelah permohonan ampun yang dibuat oleh keluarganya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, ditolak.
Semalam, Salleh Man, satu-satunya wakil rakyat PAS di DUN Pulau Pinang, tidak menafikan akan berlaku pengurangan 5000 undi kepada PKR dari akar umbi PAS. Teruk juga Salleh Man kena bantai. Malah dengar cerita, jawatannya dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun terancam kerana kenyataan tersebut.
Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kaedah ugutan ke atas Salleh Man bagi memastikan kemenangan PKR dalam PRK Permatang Pauh. Ndak-ndak pula calonnya adalah Wan Azizah atau Nurul Nuha yang dilihat oleh Lim Guan Eng sebagai Melayu yang mudah dipegang kepala ekoran semua rahsia Anwar Ibrahim ada dalam tangan DAP.
Ia samalah seperti tindakan yang dikenakan kepada Iszuree Ibrahim yang akhirnya kehilangan jawatan sebagai Ahli Majlis kerana kelantangannya mengecam dan mengkritik dasar yang digunakan oleh Lim Guan Eng dalam kes-kes membabitkan tanah wakaf dan kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Malah Iszuree difitnah pula sebagai kononnya gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Majlis. Kononnya suka ponteng, suka tidur semasa mesyuarat dan tidak tahu apa-apa. Hakikatnya, Lim Guan Eng tidak dapat menjawab dan cuba menutup malu kerana penyelewengan dan skandal rasuahnya yang dilakukan turut membabitkan isterinya, Betty Chew sudah terdedah dan diperkatakan oleh masyarakat Cina sendiri.
PKR cukup suka bercakap besar walaupun hakikatnya, mereka sebenarnya amat bergantung harap kepada para pengundi PAS untuk memenangkan calon-calon mereka. Itulah sebabnya apabila calon-calon mereka kalah, mereka akan segera menyalahkan pengundi-pengundi PAS sepertimana yang berlaku di Sungai Acheh. Yang calon-calon PAS pula kalah, tidak pula mereka salahkan ahli-ahli PKR yang tidak menyokong atau mengundi calon-calon PAS.
Mereka paling lantang bersuara apabila menyatakan Parlimen Permatang Pauh adalah HAK MUTLAK PKR dan PAS tidak boleh sama sekali bertanding di situ.
Baiklah, PAS tidak payah bertanding. Tetapi elok juga kalau dikatakan, ahli-ahli PAS yang menjadi pengundi di Permatang Pauh, TIDAK PAYAHLAH MENGUNDI calon PKR. Biarkan sahaja PKR dengan ahli-ahli mereka yang tidak seberapa yang terlibat dalam proses pengundian. Mungkin DAP boleh menggerakkan ahli-ahli mereka untuk meramaikan majlis ceramah PKR nanti. Atau pun DAP memindahkan seberapa ramai pengundi-pengundi mereka yang berlebihan ke Parlimen Permatang Pauh sepertimana yang sedang dilakukan oleh DAP di seluruh negara sekarang ini.
Lebihan pengundi seperti di Air Putih, Jelutong, Bukit Mertajam dan sebagainya, mungkin boleh dipindahkan dan diarahkan mengundi di Permatang Pauh sepertimana Teresa Kok memindahkan pengundi-pengundinya di Seputeh ke kawasan-kawasan lain yang dimenangi oleh PKR dan UMNO di Selangor. Jadi, pada masa hadapan, Permatang Pauh bolehlah ditandingi dan dikuasai oleh DAP pula sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di seluruh Perak.
Ahli-ahli dan pengundi-pengundi PAS sudah sepatutnya berhenti daripada berangan-angan akan memperolehi kemenangan menerusi tahaluf siyasi dengan DAP. Ini adalah masanya untuk kita buktikan dan tunjukkan kepada PKR dan DAP kekuatan kita yang sebenarnya. Kita tak boleh lagi jadi pengikut bodoh yang hanya mengikut dan mengiyakan apa-apa sahaja kehendak PKR dan DAP.
Sudah sampai masanya untuk kita kembali berdiri di atas kaki kita sendiri. Biar mereka pula yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan dan nak berkawan dengan kita, bukan sebaliknya. Selagi mana kita terus dengan sikap pengecut dan hanya berani untuk berhadapan dengan UBN sahaja, selagi itulah kita akan terus ditindas dan apa-apa sahaja yang kita syorkan akan dicampak ke dalam tong najis.
Kita boleh mulakan dengan PRK Permatang Pauh dan anggaplah PRK Permatang Pauh adalah ujian yang Allah Taala berikan kepada kita untuk membuktikan betapa bersatunya hati kita dalam jemaah demi perjuangan Islam yang syumul, bukannya tahaluf siyasi yang akhirnya menjadikan kita sebagai anjing kurap.
PKR ni sebenarnya Parti Kencing Rakan,bukan saja antara parti rakan tapi yg di kencing malah rakan dalam parti pun mereka 'kencing' ,macam TS Khalid Ibrahim.Tak lama lagi mungkin Wan Azizah pula kena kecing,sebagai balasan selama ni dia kencing rakan.
ReplyDelete