Wednesday, 17 September 2014

Mat Sabu Tak Perlu Berbohong, Orang PAS Tidak Terlalu Bodoh Untuk Terima Alasan Yang Disuapnya

Semalam mungkin peristiwa yang cukup memalukan buat Mat Sabu yang merasmikan Muktamar Pemuda PAS yang diadakan di Dewan Chon Moi. Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat pula sama ada cuba mengampu Mat Sabu atau barangkali dia juga cuba menutup perkara sebenarnya daripada diketahui, turut bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS, 50 orang yang keluar dalam keadaan protes dan tidak berpuas hati sewaktu ucapannya, sebagai 'keluar untuk bersolat'.

Mat Sabu kata majlis bermula lewat dan hampir dengan Asar. Kebiasaannya, PAS amat menghormati waktu solat. Apabila tiba waktu solat, semua aktiviti terutama sekali aktiviti rasmi akan terhenti dan masing-masing akan bersegera menunaikan solat. Tiada lagi ucapan. Tiada lagi ceramah.

Tetapi di Dewan Choon Moi, Mat Sabu memecahkan tradisi PAS. Dia meneruskan ucapan walaupun telah masuk waktu Asar. Mat Sabu bersolat dengan ucapan, bukan dengan melaksanakan 13 rukun qauli, qalbi dan fi'li. Hormat kepada waktu solat tidak lagi dipentingkan kerana yang diberikan keutamaan adalah ucapan mahu menghapuskan kaum ulama bagi membolehkan golongan moderat dan liberal mengambilalih PAS.

Nak bohong apa kalau yang keluar bukan setakat nak bersolat, tetapi juga kerana protes ke atas Mat Sabu yang tidak menitikberatkan solat. Malah protes juga dibuat kerana Mat Sabu yang suatu ketika dahulu dianggap ayam sabung tetapi setelah makan di tangan Lim Guan Eng, menjadi lembu dicucuk hidung yang tugasnya meruntuhkan PAS, cuba mempengaruhi para perwakilan agar melupakan atau mengecilkan peranan Majlis Syura.

Selama lebih 60 tahun PAS diwujudkan, Majlis Syura adalah badan tertinggi yang membuat dasar-dasar PAS. Jawatankuasa PAS Pusat pula sekadar melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh Majlis Syura, bukannya membuat keputusan seperti yang berlaku pada 17 Julai lalu.

Tak perlulah nak menidakkan kebenaran walaupun Mat Sabu dan Suhaizan Kaiat cuba memberitahu bahawa mereka yang keluar ketika Mat Sabu sedang berucap hanyalah 50 orang daripad 600 orang. Mengapa pula kedua-dua orang ini tidak menerangkan tentang protes menerusi tulisan pada belakang vest yang dipakai oleh sesetengah perwakilan terhadap kumpulan PARASIT yang mana Mat Sabu adalah salah seorang daripadanya?

Masakan kedua-dua orang ini langsung tidak berasa takut kerana bersifat munafiq atau sebenarnya mereka juga sama seperti Anwar Ibrahim yang kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri, terpedaya dengan penipuannya sendiri sehingga tidak dapat membezakan yang mana benar, yang mana palsu?

Tapi kalau sudah ucapan didahulukan berbanding solat, maka faham-faham sahajalah bagaimana besarnya bahaya yang boleh didatangkan oleh golongan yang meringan-ringankan solat ini. Kalau dengan Allah Taala pun mereka boleh main lengah-lengah atau abai-abaikan, janganlah diletak harapan langsung kepada mereka ini biarpun mereka mengaku yang mereka adalah pemimpin PAS dengan kopiah putih tidak lekang di atas kepala, tetapi jarang pula nampak solat jemaahnya seperti Mat Sabu sendiri.

1 comment:

  1. Ucapan Mat Sabu bermula jam 4.42 ptg (boleh rujuk facebook El-Haraki).

    Waktu Asar di Kota Tinggi masuk jam 4.03 ptg.

    Nampaknya orang-orang PAS sekarang ni pun solat dah tak masuk waktunya.... lebih dari 30 minit baru nak pergi solat....

    Atau, itu hanya alasan Mat sabu nak menipu pencacainya kononnya tiada unsur pemulauan dilakukan ke atas beliau....

    Boleh fikir sendiri kalau guna kepala otak, kalau guna kepala lutut ikut aje la ape yang mat syiah ni katakan...!!!

    ReplyDelete