Walaupun ada khilaf antara Syaidina Muawiyyah r.a dan Syaidina Ali r.a berhubung perkara ini, namun pendapat kedua-dua Sahabat r.a itu adalah tidak bersalahan.
Dalam Islam, ada sistem zakat yang diwajibkan. Dalam Islam juga, sedekah amat digalakkan bahkan disunnahkan. Malah dalam zaman berperang pun, beberapa golongan tidak dibenarkan untuk menyertai jihad walaupun mereka adalah lelaki, sihat tubuh badan dan cukup umur. Ini adalah kerana tugas mereka adalah untuk menyediakan prasarana dan kemudahan buat pasukan jihad, termasuklah membeli peralatan dan perkakasan perang, ubat-ubatan, mahupun menyediakan perlindungan dan rawatan selain meneruskan penyebaran ilmu.
Begitu jugalah apabila kita berorganisasi pada zaman moden ini. Bukan semua boleh menyalak di atas pentas ceramah. Bukan semua yang boleh memimpin perkumpulan di jalanan. Bukan semua boleh menjadi penggubal dasar. Bukan semua boleh menjadi Presiden.
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri 'QUWWAH dan AMANAH' sahaja yang boleh dilantik sebagai pemimpin. Kalau setakat hanya pandai bercakap, berceramah atau pun jadi imam solat atau tukang baca khutbah, mereka belum layak menjadi pemimpin.
Bezakan antara Imam masyarakat dengan imam solat!
Banyak perkara buruk berlaku di dalam PAS sepanjang PAS bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Hasutan serta penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng telah menyebabkan sebahagian besar ahli PAS, terutama sekali golongan yang baru kenal kad keahlian dan bukan sijil keahlian, mudah terjerumus dalam kejahilan melampau.
Selepas disingkirkan dari UBN dan dipecat daripada jawatan Kabinet, Anwar Ibrahim muncul dengan idea, menentang rasuah, nepotisme dan kronisme. Manakala DAP pula dari awal lagi memperjuangkan idea sosialis yang konon-kononnya menyamaratakan ekonomi di kalangan rakyat, sekalipun belum pernah terbukti bahawa negara-negara yang mengamalkan sistem sosialis berjaya mempraktikkan kepercayaan itu.
Kalangan ahli PAS amat terpengaruh dengan idea Anwar Ibrahim menentang KKN. Pembahagian ekonomi tidak merata, menjadi tajuk dan isu utama untuk menentang UBN. Malangnya, pada masa yang sama, mereka juga gagal memahami konsep sebenar pembahagian kekayaan kerana menjadi rakyat, tidak bermakna kerajaan atau pun pemimpin menyuap mulut kita dengan makanan sepanjang masa. Kekayaan yang merata, bermaksud kita perlu bekerja sama keras dan sama kuat untuk merebut peluang yang terdapat dalam negara.
Berbanding UBN, PAS sebenarnya tidak mempunyai ruang yang besar untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan operasi parti yang kian hari kian besar dan masalah-masalah yang berlaku pula, kian hari kian rumit. Justeru, individu-individu yang berkebolehan dan berbakat dalam bidang korporat diperlukan untuk menjana pendapatan bagi parti PAS secara keseluruhan agar pengurusan dan pentadbiran PAS boleh dilaksanakan secara lancar.
Takkan sampai hujung dunia pun, PAS masih bergantung kepada tin-tin derma yang tidak seberapa itu?
Serangan ke atas TGHH yang diinisiatifkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PAS, sudah memasuki fasa serangan ke atas UBN. Pendedahan dan fitnah mulai dilakukan secara berleluasa dan diatasnamakan PAS.
Sekeping gambar TGHH, Cikgu Pa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa orang pemimpin PAS lain di Manchester pada tahun 2013 dan disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin di blognya, cuba dijadikan bahan untuk menfitnah. Sedangkan gambar tersebut dirakamkan selepas TGHH diperangkap oleh Anwar Ibrahim untuk menandatangani konsensus nasional yang memaksa Najib Abdul Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim.
Surat perjanjian dan persetujuan itu telah disediakan dan hanya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim seorang sahaja. Manakala TGHH mahupun Najib Abdul Razak enggan menurunkan tandatangan. Lim Kit Siang yang mendapat tahu tentang Konsensus Nasional inisiatif Anwar Ibrahim, mengamuk besar selepas itu. Dan Anwar Ibrahim segera membuat pusingan U dengan menyalahkan Najib Abdul Razak dan Tuan Guru Presiden, konon-kononnya dia adalah mangsa konspirasi PAS-UBN yang mahu membentuk Kerajaan Perpaduan.
Tujuan mereka sangat mudah iaitu mahu mewujudkan kecurigaan dan was-was kepada kepimpinan TGHH. Pada masa yang sama, mereka menyerang secara 'pukulan jauh' ke atas TGNA menerusi pembabitan menantunya dalam syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan.
Kaedah yang sama jugalah digunakan untuk menyerang UBN. Tetapi pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bukan setakat mengkayakan kaum kerabatnya dengan projek-projek Kerajaan, bahkan kroni-kroninya turut disogok dengan pelbagai projek mewah.
Sebahagian besar daripada mereka sekarang, berada dalam saf kepimpinan PAS.
Cuba selidik tentang Projek PLAZA RAKYAT, MONORAIL, KL SENTRAL, PUTRAJAYA, CYBERJAYA dan sebagainya... berapa banyak kaum keluarga serta kroni-kroni Anwar mempunyai saham serta kepentingan di dalamnya seperti Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor, Husam Musa dan sebagainya.
Kalau wala' kepada TGHH perlu ditarik balik kerana 'skandal kewangan' menantunya, apa pula perlu wala' kepada Anwar Ibrahim yang telah mempunyai ratusan skandal kewangan yang jauh lebih besar dan lebih memudaratkan?
Pernahkah kita mengkaji atau kita sekadar mahu mendengar apa yang kita nak dengar semata-mata?
biar apa pun yg Nuo Jubo buat Hadi tetap tunduk dgn tahaluf siyasi dgn pakatan, ucapan hari ini menggambarkan Presiden PAS sedar , hampir semua anggota dari Dewan Ulama , Majlis Syura dan JK Pas Pusat telah telah memakan nanah dan lendir yang di taburkan nuo jubo dan umar abdul aziz penang, mereka semua dah buncit dgn nanah dan lendir , mereka dah tak berdaya lagi, terpaksa juga di liwat dan terus di liwat sampai kiamat, Quran dan hadis hanya utk menyerikan majlis, bukan di pakai buat panduan, panduan nya masih dgn Buku Jingga PR.Hadi mngerti kelemahan majoriti PAS
ReplyDeletepas MMG SUDAH LAMA HANCUR... TIADA LAGI SEMANGAT UNTUK ISLAM, YANG ADA SEMANGAT UNTUK ANUWAR SAHAJA WALAU SESEKALI PRESIDEN pas MERAJOK MINTA DIPUJUK...
ReplyDeleteKepala taik-kepala taik PAS sedang sibuk tabur janji di Kelantan sekarang...
ReplyDeleteTunaikan dulu janji-janji kalian selama 24 tahun dulu di Kelantan..
Kalau tak faham fakta dan melalut baik jangan tulis....buat fitnah.
ReplyDelete1) tak dinafikan pkr dan dap handal disiber. Trooper2 berbyr mereka amat byk. Tak tersanggah fitnah2 dan cacian2 mereka kpd golongan dlm Pas yg tdk mahu bersetuju dgn wawi. Ditambah pula dgn sokongan media alternatif spt tmi dan mk yg terang2an berlagak persis utusan msia bg umno. Ditambah pula lg ‘planted agents’ atau anwarists yg bergerak dr dlm dan dlm ngo. Tghh menyedari hakikat ini dan dlm ucapan dasar ditekankan ttg memperkasakan IT utk menghadapi cabaran mendtg.
ReplyDelete2) mereka bergrk secara cohesive utk menafikan sbb2 knp wawi dinafikan utk menjadi mb selangor. Tidak cukup dgn hujah yg dangkal, mereka turut melabel pihak yg tdk bersetuju sebagai anti pr, pro umno, anti wanita, konservatif, anti progressive, pelahap, gila kuasa, pemecah janji, tiada setiakwn dan pelbagai ucapan yg tdk pernah terfikir boleh dtg dari pihak yg mengaku sebagai teman seperjuang pr. Malah sultan turut digertak dgn pelbagai analisa dari pakar2 yg bermata satu.
3) adakah ini semua mampu melemahkan golongan ulamak dan golongan yg menyokong penuh kepimpinan ulamak? Adakah ini bkl menyaksikan penyingkiran atau peminggiran mereka didlm Pas? Adakah ini semua akan mengurangkan undi bkn melayu kpd calon2 Pas? Apakah Pas akan menjadi parti pinggiran? Disinilah kesilapan para penganalisa dap dan pkr dlm menilai krisis ini dari mata yg satu.
4) dikampung2 melayu, ditaman2 perumahan melayu….yes…majoriti org melayu amat jelas dgn sifat pkr berkeras kpd jijah. Walaupun peranan sultan tdk lg sebesar dulu, tetapi institusi raja masih dihormati masyarakat Melayu kecuali bg mereka yg liberal. Tetapi liberal bkn jiwa majoriti Melayu. Anasir2 merosakkan bangsa Melayu sudah cukup byk skrg ini. Hanya mereka yg suka Melayu dilalaikan lg berkehendak kpd Islam liberal. Dan liberal tiada dlm kamus Islam sebagaimana hadhari gagal dilabelkan pd Islam. Cuma liberal diberi ruang yg melampaumoleh media2 meloya tmi dan mk.
5) ustaz2 yg skrg ini mengajar tiap2 mlm samada disurau atau masjid, samada dibandar atau di kampung akan mencerahkan lg isu percanggahan didlm Pas. Org Melayu akan bertanya dan ustaz2 akan menerangkan situasi ini melalui kacamata Islam. Dan mereka tdk dibyr oleh golongan ulamak didlm Pas. Tetapi mereka akan ikhlas dgn ilmu mereka. Perlu difahami, semenjak pr mengambil alih selangor, masjid2 menjadi meriah krn kekangan dakwah sudah tiada. Pas akan dihukum tetapi Pas dihukum sebagai ‘martyr’ dan golongan yg mendakwa mereka sebagai reformis atau progressif akan dilabel pengkhianat jika tdk munafik. Reformis dan progressif yg konon cuba dibawa golongan ini seumpama Islam Hadhari, manis diluar tetapi busuk didalam. Bercanggah dgn ajaran ahlus sunnah wal jamaah.
4) bagaimana pula undi bkn Melayu? Adakah akan ada kesannya terutama dimana kemenangan Pas sebelum ini adalah tipis? Yes..short term impak akan ada. Tetapi pru14 masih lg jauh. Again, tidak dinafikan gerakan siber dap dan pkr terlalu kuat sehingga terasa seolah2 keseluruhan kaum bkn Melayu membenci Pas. Sentimen agama dgn menakut2kan pengundi berkaitan undang2 Islam adalah taktik utama mereka utk menjauhkan Pas dari kaum India dan terutamanya Cina. Sentimen perkauman kdg2 diselitkan jua demi mencapai matlamat merekea. Maka Pas harus befikir diluar kotak dgn tidak lagi mengharapkan (kononnya) kwn2 dlm dap dan pkr utk mendekati kaum2 tersebut. Masa utk menggembeleng dhpp atau kelab penyokong bkn Islam. Beri mereka lbh kuasa utk menganjur perbincangan 2 hala dgn masyarakat bkm Islam diserata ceruk Msia. Beri mereka lbh budget. Pru14 masih lg jauh. Beri mereka penceramah2 yg mampu mencerahkan. Beri mereka Tgna jika perlu. Walaupun beliau uzur, tetapi sudah pasti beliau rela mati ditgh2 urusan dakwah dari mati diatas katil krn dakwah itu satu jihad yg besar dan mati syahid adalah cita2 semua ulamak. Dan tdk mustahil, kepercayaan mereka dan keyakinan mereka terhadap ulamak akan berubah dgn izin Allah Taala.