Wednesday, 20 August 2014

Sampai Bila Para Pemimpin Kita Terus Sumbat Telinga Dengan Ekor Serban?

Imej PAS memang sudah rosak teruk. Perjuangan mulia PAS dari awal penubuhan rasminya pada 1951, kini telah musnah angkara kumpulan PARASIT yang masuk beramai-ramai beberapa bulan sebelum tahun 1998 terutama dari IRC atau JIM dan ABIM. Mereka inilah yang menganggap para pemimpin PAS yang tidak datang daripada aliran yang sama dengan mereka sebagai golongan AHMAQUN dan GHOBIYYUN.

Gambaran-gambaran itulah yang seringkali diberikan oleh kumpulan PARASIT kepada jemaah Islam PAS sendiri. Kerana ta'asub dan kurang memahami kongsep kewalian atau kepimpinan di dalam Islam, golongan yang sangat terpesona dengan konsep Imamah dalam Syiah telah pun menusuk racun mereka ke dalam tubuh badan PAS.

Seawal penubuhan lagi, PAS sudah terdedah kepada elemen Syiah. Pada zaman awal, ulama-ulama Sunnah yang menjadi pemimpin PAS berjaya mengekang penyebaran pengaruh golongan Syiah. Kerana itulah, Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) diwujudkan dan Fasal 7 (1) tidak membenarkan golongan lain selain Sunnah 4 menjadi ahli dan kepimpinan dalam PAS.

Namun selepas 1979, setelah berjayanya Revolusi Islam Iran yang menyaksikan Syiah Imamiyyah berkuasa penuh di Iran, sedikit demi sedikit transformasi berlaku dalam tubuh badan PAS. Dan akhirnya, Fasal 7 (1) sekadar wujud dalam bentuk tulisan, bukan dalam bentuk amalan. Ramai golongan Syiah sudah berada dalam kepimpinan utama PAS.

Dan bermulalah caca marba PAS terutama sekali dalam bentuk pentakfiran sesama Islam yang disemarakkan oleh golongan berfahaman Syiah sehinggakan Presiden dan Mursyidul Am pada ketika itu terpaksa mengikut-ikut kerana mahu menunjukkan solidariti dalam parti.

Itulah yang berlaku. Dan ia masih lagi berlaku sehingga ke saat ini.

Memang wujud lagi golongan sunnah dalam jemaah PAS tetapi suara mereka terlalu kecil. Golongan mereka telah diketepikan. Dan sekalipun pelbagai usaha secara lembut dan tatatertib digunakan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat serta golongan Solafus-Soleh dalam konsep jemaah, namun semakin lama golongan yang setia mempertahankan sunnah terus terpinggir dengan sebahagian besar daripada mereka memilih untuk menjauhi pucuk pimpinan sambil berdoa, semoga PAS kembali ke landasan sebenar.

Syiah benar-benar gilakan jawatan dalam imamah. Imamah adalah rukun utama mereka. Agama mereka adalah kuasa pemerintahan. Malahan walayah dan imamah merupakan rukun iman mereka. Walhal Islam yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w bukan mementingkan siapa jadi pemerintah dan siapa jadi kerajaan.

PAS asalnya memperjuangkan dan cuba memperkenalkan kembali budaya ilmu slam pada zaman Rasulullah s.a.w terutama sekali yang membabitkan siyasah. Namun gelombang serangan daripada pelbagai elemen termasuklah Syiah dan Kaum Muda yang cenderung kepada ajaran sesat Wahabi, terlalu sukar dibendung.

Sebenarnya itulah sebabnya kita melihat pelbagai huru-hara berlaku dalam PAS. Kesemua idealisme ini telah bersatu, bercantum dan membingungkan jemaah PAS sendiri. Golongan yang tidak berilmu, tidak tahu apa-apa, jahil tetapi sangat pandai bercakap, telah kita angkat sebagai pemimpin. Kita mengharapkan wala' kepada kepimpinan akan menyelamatkan kita. Kita terkeliru antara kepentingan kepimpinan dengan kewajipan kita kepada Islam, sehinggakan ada antara kita yang cukup percaya, kepimpinan akan menjamin kita masuk syurga.

Rasulullah s.a.w hanya memberikan kredit kepada pemimpin atau imam yang adil dan maslahat yang diperolehi oleh rakyat daripada kepimpinan yang berkualiti. Tetapi Rasulullah s.a.w apa lagi firman Allah Taala yang mewajibkan kita beriman kepada kepimpinan.

Para pemimpin dalam usaha untuk  memastikan tiada penentangan dan gangguan ke atas penguasaan mereka, telah mencipta pelbagai bidaah. Namun mereka sendiri yang memungkiri ajaran yang dibuat sepertimana yang dapat kita lihat pada 17 Ogos lalu.

Dalam kita hendak memperbetulkan dan menyedarkan para pengikut UBN tentang penyelewengan UBN, sebenarnya kita terlupa langsung bahawa tubuh badan kita ini penuh dengan daki kurap, panau dan kayap. 17 Ogos adalah petunjuk terbesarnya sama seperti Dajjal yang dimunculkan sebagai tanda besar kedatangan kiamat.

Kita menentang maksiat dan ketidakadilan, tetapi pada masa yang sama, kita melakukan kezaliman dan kemungkaran. Justeru apa beza kita dengan UBN?

Dan sebenarnya benarlah seperti yang difirmankan Allah Taala dalam Surah Ar-Rad Ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada mereka."

Kita ada kuasa mengubah dan selagi matahari belum terbit di ufuk barat dan selagi sakratul maut tidak di kerongkongan, selagi itulah kita boleh mengubah dengan kuasa yang 'dipinjamkan' kepada kita. Belum terlambat untuk mengubah dan meletakkan PAS kembali ke landasan asalnya iaitu sebagai ulama' atau penegur kepada umara' atau pemerintah.

10 comments:

  1. Menegakan Islam itu waajib....
    tapi tak perlu lah sampai jadi Munaafik...

    ReplyDelete
  2. setuju ana dah mufarakah dgn PAS U TURN AKA munafikun

    ReplyDelete
  3. Semua politikus pun al-haiwanatul siyasah (political animal), tapi pentaksub pas bolehla digelar sebagai al-homaarul siyasah (political donkey) sebab kena bodoh je sepanjang masa dengan LGE dan Aljub.

    Macam tu la PAS, pakai serban/kopiah, cakap bunyik A'rab sikit, janggut sejemput dah dapat title Ustad/Ularmak.

    Kamu semua memang bodoh.

    ReplyDelete
  4. artikel terbaik tuan tanah setakat ini. syukur kerana menyedarinya. kami ahli biasa ni mmg nampak dah jauhnya pemimpin PAS lari dari landasan

    ReplyDelete
  5. Knp kita sebagai ahli biase tak blh bertindak,tak perlu tggu dah,reformasi

    ReplyDelete
  6. Nak tambah sikit terjemahan Ar-Rad ayat 11;

    Dan apabila Allah menghendaki untuk
    menimpakan kepada sesuatu kaum bala
    bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
    maka tiada sesiapapun yang dapat menolak
    atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak
    ada sesiapapun yang dapat menolong dan
    melindungi mereka selain daripadaNya.

    ..sesuatu kaum...kaum yg mana?

    ReplyDelete
  7. SAHABAT2 SEKELIAN MARILAH KITA BUKA MATAHATI DAN FIKIRAN. KITA BERSIHKAN HATI DAN LAPANGKAN DADA. MARI KITA BERMUSAHABAH DIRI. BANYAK ALLAH DAH BARI PETUNJUK. BANYAK KECELARUAN INI AGAR KITA MEMILIH PERKARA BENAR DAN SALAH.
    SAYA SENDIRI TELAH MEMISAHKAN DIRI DARI JEMAAH INI. SAHABAT2 SEKELIAN BERFIKIRLAH SENDIRI DENGAN FIKIRAN YANG LAPANG. INSYAALLAH...

    ReplyDelete
  8. Pas depan umno berani la..tapi depan DAPig dan PKR menikus habisan..kami sebagai ahli pas biasa(ptg pauh)kesal dgn apa yg berlaku dn pas pusat telah lari dari perjuangan asal dan sememang jauh dari landasan sepatutnya semenjak puak2 pro amwar telah menguasai pimpinan pas

    ReplyDelete
  9. Yes betul apa yg anon 09:08 katakan pas dah melenjong jauh macam mh370..

    ReplyDelete