Wednesday, 6 August 2014
Penegasan Isu SUKAN BOGEL PULAU PINANG 2014 Oleh Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang
Berhubung dengan isu 'bogel' yang hangat diperkatakan kelmarin , bagi pihak Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang , saya ingin menyatakan dan menegaskan seperti beriku :
1) Satu pasukan telah dihantar ke lokasi pada 5/8/14 hari selasa, jam 2 petang dengan menaiki bot, yang terdiri daripada wakil penerangan PAS Negeri, Ranjer, Perhilitan, Perhutanan, Pegawai2 Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Teluk Bahang, JKKK Telok Bahang dan juga pihak PDRM .
2) Lokasi tersebut yang dikatakan berlaku perbuatan tidak senonoh itu dikenali dengan nama Teluk 'Kampi' yang berada dalam 'reserved' Taman Negara . Kawasan yang terpencil dan terlindung .
3) Maklumat yang diterima mereka yg datang dengan perangai tidak senonoh itu adalah pelancong luar negara.
4) Penganjuran aktiviti tidak beradab ini tiada kaitan langsung dengan mana mana agensi kerajaan .
5) Pihak Penerangan PAS PP telah membuat satu repot polis jam 5 ptg td dan selesai hampir maghrib .
6) Sebagai Ketua Penerangan PAS PP, saya berasa teramat kesal dengan kejadian dan aktiviti tidak senonoh dan tidak bermoral seperti ini berlaku pada masa ini di negeri Pulau Pinang .
7) Saya amat berharap pihak yang berautoriti seperti Pengarah / Penguasa yang menjaga dan menguruskan Taman Negara supaya lebih prihatin dengan gejala seperti ini dan mesti bertindak mengikut lunas undang2 supaya peristiwa memalukan negara dan negeri ini tidak berlaku pada masa masa akan datang ..
8) Taman Negara tentulah ada pemiliknya , penjaganya, mereka yang diberi amanah untuk menjaga khazanah negara yang bernilai ini. Saya khuatir dan bimbang terdapat 'cerita dalam cerita' dan mungkin juga berlaku sekian lama sebelum ini tanpa pengetahuan awam .
9) Oleh itu, Saya bertegas di sini supaya pihak PDRM dan SPRM menjalankan siasatan terperinci berdasarkan beberapa laporan polis daripada orang awam supaya pihak2 yang mengetahui, mengizinkan, yang tidak menghalang, yang bersekongkol dalam kes ini dan yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan .
10) Pulau Pinang TIADA tempat untuk segala bentuk penganjuran aktiviti TiDAK bertamadun, TIDAK beradab, TIDAK bermoral, TIDAK prihatin seperti yang telah belaku ini .. Amatlah diharapkan pelancong pelancong luar dan sesiapa sahaja rakyat Malaysia supaya menghormati undang2 negara dan sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga sensitiviti rakyat pelbagai agama dan etnik yang berada di Pulau Pinang ini serta menjunjung Perkara 3 Perlembagan Persekutuan .. iaitu ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN .
Sekian.
ROSIDI HUSSAIN
KETUA PENERANGAN PAS PULAU PINANG
LAJNAH PENERANGAN DAN HUBUNGAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS PULAU PINANG
6/8/14 @ 2.05 am
(mungkin terlewat sedikit dalam mengeluarkan kenyataan ini adalah disebabkan menunggu laporan penuh kejadian tersebut)
Kalau BOLIH AJAK KAMI JOIN SEKALI .. KATA PENGANUT PP
ReplyDelete