Tahaluf Siyasi yang sembrono akhirnya telah menjadikan PAS sebagai kambing hitam dan hilang maruah. Ahli-ahli serta akar umbi PAS telah dijadikan sebagai mayat hidup untuk mengukuhkan kedua-dua parti itu menguasai PAS dari pucuk kepimpinan sehinggalah ke tukang gantung poster. Hampir setiap aktiviti PAS selepas Tahaluf Siyasi dimeterai, perlu diikuti serta dipersetujui oleh PKR dan DAP.
Pengundi bukan Melayu... itulah alasan yang kerap diberikan mengapa PAS perlu terus ditakluki dan dijajah oleh PKR dan DAP.
PAS kerapkali ditakut-takuti kononnya kalau keluar dari Pakatan Rakyat, maka PAS tidak akan dapat undi daripada bukan Melayu lagi. PAS juga kononnya akan terpencil dan akhirnya menjadi sebuah parti politik sampah.
Mereka terlupa barangkali, PAS wujud secara rasmi semenjak dari tahun 1951 dan semenjak dari tahun itu, PAS bersendirian sehinggalah pada tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim yang gila hendak menjadi Perdana Menteri dan DAP yang mahu melaksanakan penghapusan keistimewaan kedudukan agama Islam di negara ini, bersatu dengan memujuk PAS untuk mengurangkan risiko bertanding dalam PRU menerusi kaedah satu lawan satu.
Dari tahun 2008 juga, ahli-ahli dan para penyokong PAS telah dikerah untuk menyokong apa-apa sahaja yang dilakukan oleh PKR dan DAP tanpa banyak berfikir. Sekalipun keuntungan yang diperolehi PAS, terlalu kecil kalau dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh PKR dan DAP hasil daripada kerjasama tersebut, ternyata PAS tetap istiqomah dan setia kepada perjanjian membentuk Pakatan Rakyat.
Sesiapa sahaja dari kalangan PAS yang menegur atau mengkritik penghinaan yang dilakukan terhadap PAS oleh DAP dan PKR, bukan sahaja dihina dan dipencilkan, malah akan disingkirkan. Beberapa orang pemimpin besar yang menjadi faktor kekuatan PAS, telah diarahkan oleh DAP dan PKR untuk disingkirkan.
Itu yang berlaku kepada Ustaz Nasha dan Hasan Ali. Mereka bukan sahaja diserang, dihodohkan dengan pelbagai cerita peribadi yang tidak pernah kita dengar sebelum PAS bertahaluf siyasi dengan PKR serta DAP, malahan mereka dikatakan pula sebagai kuda trojan UBN dalam PAS.
Ahli-ahli dan jemaah PAS sepatutnya membuka lebih besar kewarasan mereka. Fikirkan dan teliti dengan sebaik-baiknya, apa yang telah dilakukan oleh PKR dan DAP dalam usaha mereka terus menjadikan PAS sebagai budak suruhan.
Bukankah setiap kali mesyuarat Majlis Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dipaksa tutup mulut, tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang cadangan mahupun pendapat, sebaliknya diarahkan agar patuh dan tunduk sahaja kepada semua pendapat serta kehendak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim?
Bukankah nama TGHH digunakan secara sewenang-wenangnya tanpa persetujuan TGHH sendiri sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden baru-baru ini apabila Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat mencapai persetujuan untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah, isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor?
Mereka tidak sahaja menyerang dengan menggunakan pembohongan lisan, tetapi PKR dan DAP turut mengerahkan kekuatan mereka di medan maya dengan membuat pelbagai fitnah terhadap para pemimpin PAS sepertimana gambar yang tertera di atas.
Selagi PAS tidak bangkit, tidak menunjukkan kepada PKR dan DAP siapa kita dan di mana kekuatan yang sebenar-benarnya, kita akan terus ditindas dan selagi itulah hidung kita akan dicucuk, Anwar serta Lim Guan Eng akan bebas melakukan apa-apa sahaja, walaupun kita kemudiannya dipaksa menafikan kejahatan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan pelbagai dalil agama, biarpun pada masa yang sama, kita tahu kebenarannya.
Parti Tok Alim Kampungan bak kata Ariff Sabri, Mealyu DAP.
ReplyDeleteSkang baru korang kenal perangai sekutu korang tu ye...
ReplyDeleteselama ni bila org cakap korang tuduh umno je...skang peluk cium le sekutu korang tu..
bila bodoh org lagi suka bodohkan lagi...
Ada hikmah disebalik kegelojohan aljuburi.... sekurang-2nya pas kenal siapa pakr dan dap tapi yang penting, pas kini tahu siapa yang selama ini menjadi dalang dalam foto penghinaan kepada tok guru.... ternyata bukan saudara dari umno, tapi rakan sebantal dari dapig.... kalau tak sedar lagi, tak tahulah...
ReplyDeleteSemua itu poyo...nak duit dilambakn ats muka sorang2
ReplyDeleteckp2lah pecahblhkn malaysia dgn penipuan demi penipuan tanpa kesudahan...ingatlh dunia hanya pinjaman tiada yg kekal ...hidupkn ukhwah selagi terdaya bernyawa..jgn asyik berpolitik jatuhkn kaum 1malaysia yg selama ini aman..usah mencari keburukan org lain sdgkn diri sndri terlalu byk sifat munafik...kembalikan keamanan dan pnjgln doa moga kita sentiasa dibwh lindunganNya selalu