Friday, 8 August 2014
Khalid Samad Cuba Bela Diri Tapi Analoginya Buktikan Otaknya Berkecamuk
Khalid Samad masih lagi cuba membela dirinya. Masih lagi cuba menyembunyikan kepala di dalam baju PAS walaupun seluruh tubuh badannya berada kain PKR dan DAP.
Menurut Khalid, dia bukannya beriman kepada Pakatan Rakyat, tetapi melihat Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi PAS untuk berkuasa di negara ini merampas Putrajaya dari tangan UBN.
Tak tahulah apa ada dalam fikiran Khalid Samad. Boleh jadi dia sengaja cuba membutakan dan membodohkan ahli-ahli PAS yang lain seperti mana cubaannya berbohong tentang KAJANG MOVE yang kononnya hanya mahu menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor, bukannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat, berapa banyakkah kerusi Parlimen yang sanggup diserahkan oleh PKR dan DAP kepada PAS? Bukankah PAS hanya bertanding di kawasan UBN sahaja? PAS malahan tidak dibenarkan bertanding di kawasan-kawasan campuran yang akan memberikan kemenangan mutlak sebaliknya PAS hanya disuruh bertanding melawan UBN yang akhirnya menyaksikan PAS gagal?
Berbeza pula dengan PKR. Asal kerusi itu ada prospek untuk menang, PKR akan sapu dahulu. Bahkan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS dengan mudah pun, PKR akan sebat dan mengaku, itu adalah hak mereka dan PAS perlu menghormati konsensus Pakatan Rakyat.
Akhirnya apa yang berlaku?
PAS hilang kuasa di Kedah. Pakatan Rakyat gagal mengulangi kejayaan menawan Perak apabila PKR ditolak oleh pengundi. Di Selangor pula, PAS yang diharapkan menjadi minoriti, lebih satu kerusi berbanding PKR setelah beberapa kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh PAS, dirampas oleh PKR semata-mata untuk Anwar Ibrahim membuktikan PKR menang besar di Selangor.
Di kesemua negeri, PAS menghasilkan peningkatan. DAP pula sekadar mencatatkan majoriti besar tetapi tidak banyak menawan kerana mereka hanya bertanding di kawasan bermajoriti Cina. PKR banyak hilang kerusi.
Kenapa Khalid Samad langsung tak bercakap tentang hal tersebut?
Kemudian dia menggunakan analogi Bukit Uhud. Dia kelihatan seperti menyalahkan dan membodoh-bodohkan Sahabat-Sahabat yang bertahan di Bukit Uhud dan akhirnya mereka syahid dibunuh tentera Quraisy. Kemudian Khalid Samad menyalahkan tentera-tentera Islam yang berebutkan harta rampasan yang ditinggalkan oleh Quraisy sehingga akhirnya mereka juga dibunuh oleh tentera Quraisy.
Ungkapan, 'adakah para Sahabat beriman kepada Bukit Uhud' benar-benar menggambarkan kepalsuan dan kebingungannya dalam peristiwa tersebut demi membela diri sendiri.
Abdullah bin Jubair r.a dan 50 orang Sahabat yang lain tidak meninggalkan Bukit Uhud kerana patuh kepada perintah Rasulullah s.a.w. Mereka tidak terliur dengan ghanimah yang bertaburan. Para Sahabat r.a yang terpedaya dengan ghanimah pula, menyangkakan mereka telah menang tanpa mengetahui taktik sebenar kaum kafir Quraisy sehingga akhirnya mereka syahid.
Yang diperlakukan oleh Khalid Samad sekarang adalah meninggalkan 'Bukit Uhud' kerana menyangkakan PAS sudah tidak memerlukan 'Bukit Uhud' kerana strateginya sekarang adalah Pakatan Rakyat yang membolehkan orang-orang sepertinya mengaut ghanimah seperti dalam kes Selangor. Sedangkan pada masa yang sama, Khalid Samad masih berada dalam angkatan Bukit Uhud dan perlu patuh kepada kepimpinan sendiri, bukannya mencari-cari kepimpinan lain kerana menyangkakan kepimpinan sendiri lebih bodoh daripada kepimpinan yang dipuja-pujanya.
Bukankah pada hari akhirat kelak, setiap umat akan berada di bawah panji-panji rasul dan nabi masing-masing. Umat Nabi Musa a.s tidak boleh menyeberang untuk duduk di bawah panji-panji Muhammad s.a.w. Umat Nabi Isa a.s tidak boleh berada di bawah panji-panji Nabi Ibrahim a.s.
Tidakkah Khalid Samad tahu tentang perkara itu?
Sepatutnya wala pada Presiden parti sendiri, bukannya wala kepada peliwat. Macam mana la mangkuk ni dulu belajar sirah nabi. Memang patut pun Sultan gelarkan mangkuk ni sebagai BIADAP. Tiada adab dan berperangai biawak..
ReplyDeleteKelakar juga permainan bangsawan puak puak yang kononya membela rakyat.
ReplyDeletePAS TUNGGU APA LAGI, PECATLA KHALID SAMAT TU....DIA TU MUKA ISLAM, HATI DAP & PKR....LEBIH BUSUK DARI KAFIR
ReplyDeleteSETAKAT DOK MENYUMPAH TAK JADI PA PUN
Khalid Samad political dominance in Selangor is history. Firstly he is given the "oppurtunity" to contest a seat which is predominantly reserved only by the "anak negeri". That seat is where the "Sri Keyangan" is.The open criticism by the head of state condemning Khalid Samad will not get him any seat in Selangor. Comprende?.
ReplyDeleteBelum habis isu selangor, datang satu lagi bala dalam PR. Kali ni dari bardigol, ahli PAS tengok je ke?
ReplyDeletehttp://3.bp.blogspot.com/-IZtL921yKs4/U-Uk9ufOa8I/AAAAAAAA8uk/scMlFv_S_I8/s1600/ASAMAN.PNG
Apalah nilai Presiden PAS di mata ahli PKR. Just nothing.
ReplyDelete