Apabila Almarhum Tuan Guru Harun Taib menyuarakan isi hatinya tentang Abu Urwah a.k.a Saari Sungib yang dikatakannya tidak ikhlas bersama-sama PAS, ramai yang mengecilkan mata dan menyangkakan Almarhum berdengki hati dengan Abu Urwah.
Namun hakikat kelebihan yang Allah Taala karniakan kepada ulama seperti Almarhum, tidak dapat dibandingkan dengan logik pemikiran manusia.
Ramai yang dahulunya bersangka baik bahawa golongan berkenaan ikhlas menyertai PAS, kini menggeleng-geleng melihat tingkahlaku dan gelagat kedua-dua orang ADUN PAS yang melebihkan kepimpinan parti lain berbanding parti sendiri.
Menyingkap sejarah silam, kalangan jemaah PAS sangat berwaspada dengan golongan dari IRC yang kemudian ditukar nama menjadi JIM dan kemudian bertukar lagi menjadi IKRAM. Kelompok ini saling tidak ubah mengambil pendekatan ILLUMINATI dengan mencaturkan orang-orang mereka untuk masuk ke dalam semua parti politik di negara ini terutama sekali parti yang bermajoritikan umat Islam, bertujuan untuk menguasai parti tersebut pada kemudian mereka. Mereka mempunyai pelan sokongan jikalau hasrat utama mereka digagalkan iaitu menubuhkan parti baru.
Mungkin ramai yang tidak sedar, Gerakan HIS atau Harakah Islamiyyah Syamilah telah dapat dikesan semenjak tahun 1980-an lagi.
Beberapa hari lepas, kita mula mendengar saranan agar golongan profesional PAS mufaraqah dari PAS dan menubuhkan parti baru. Hari ini, Abu Urwah dan Hasnol Baharuddin terang-terang mencabar Presiden, Mursyidul Am dan PAS secara keseluruhannya. Dan seperti yang dikatakan oleh Ustam Idham Lim, kedua-duanya wajar keluar secara sukarela dari PAS dan mengisytiharkan diri sebagai ahli PKR atau DAP apabila kedua-duanya menzahirkan sokongan mereka kepada Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Perlu diingat, antara jasa terbesar Anwar Ibrahim kepada kelompok ini ialah Anwar telah menggunakan kuasanya sebagai anggota Kabinet Kerajaan Pesekutuan untuk meluluskan pendaftaran JIM suatu ketika dahulu sebagai NGO berdaftar di Malaysia untuk bekerjasama dengan IKD yang sememangnya merupakan pusat pengkaderan bala tentera dan tukang propaganda buat Anwar.
Sekarang kedua-duanya telah membuktikan bahawa JIM adalah kumpulan parasit terbesar dalam PAS. Kewaspadaan yang diberitakan oleh Almarhum Tuan Guru Harun Taib dahulu, kini telah terbukti apabila kedua-duanya mendahului parti dan pucuk pimpinan sehinggakan mereka tidak sabar-sabar lagi untuk menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim tanpa perlu menunggu sehingga selesai 17 Ogos.
puak2 munafik sudah mula menunjukkan muka mereka...
ReplyDeleteMusang berbulu ayam sudah menanggalkan bulunya... apakah PAS masih dibuai nafsu mimpi...
ReplyDeletePuak Syiah masih bertaqiyah dan akan menangguk diair keruh bila sesuai masa nanti..
Inilah akibat pegangan..Boleh berkawan dgn Syaitan...
Doa moga... Presiden dan beberapa kerat penyukongnya yg berbaki dikepimpinan Parti dapat bertahan agar Pas tidak dihijack... nampak susah jugak sbb.. mika dah isi jawatan penting Parti...
UMNO pun tak mahu org2 munafik macam ni. Pengkhianat bangsa.
ReplyDeleteSayang, Pas bersusah payah memperkenalkan Negara Islam,utk di hayati oleh orang Islam dalam sistem bernegara,bila rakyat sudah mula berminat utk menghayatinya Pas telah pula di pesongkan kepada Negara Berkebajikan.Ini semua hasil dari berkawan dengan Anwar,lalu Pas diinfaksi oleh virus Anwar dari luar dan dalam.
ReplyDeleteKesilapan Pas adalah keran terburu-buru membela Anwar,sedangkan Anwar berada di pihak yg salah.Pas tak pernah berbincang secara bersemuka dgn pihak yg di sangka menzalimi dan memfitnah Anwar utk mencari kebenaran,yg Pas lakukan hanyalah membenarkan apa saja alasan Anwar.Kaji lah baik-baik perjalanan hidup Anwar dengan teliti-kawan dan rakannya,perbuatan dan tingkah lakunya, ucapannya dan janjinya, tentu kita akan mendapat kesimpulan yg tepat mengenainya.Pas mungkin berjaya memenagi piliharay,tapi Pas gagal mengikut prinsip Islam yg di perjuangkan selama ini,mencari kebenaran.Semuga berkawan dengan Anwar adalah kesilapan Pas yg terakhir.
Salam tuan Admin,
ReplyDeleteseperti dah diduga, pkr dap dan pencacai mereka dalam pas sedang hebat menyerang dari semua sudut, untuk memaksa pas tunduk dengan mereka.
parti pas diejek sebagai kuno dan zaman batu, presiden dicerca lembap dan bodoh, tok guru dilabel nyanyuk, Ulama kita dihina kolot..
yang lebih sedih, terdapat ahli kita sendiri yang seperti hilang pedoman.
kesepakatan peliwat dan kafir sangat luar biasa untuk menumbangkan pas.
Nauzubillah.
Jadikanlah puak puak tuh sbagai rakan baik untuk semata mata menjatuhkan Umno..
ReplyDeleteKan dah dapat penyakit.. Ini yang dipanggil cari penyakit atau penyakit cari.
Kalau ada yang cuba ingatkan dikatakan dengki dan fitnah Umno..
Kan dah dapat getahnya.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSbrnya dlm JIM/IKRAM jugak pusat pembenihan pemikiran fahaman Wahabi juga terselit bersama. Sebab itulah mereka menolak konsep Al-ulama’ warasatun anbiyya’.
Bg mereka ketaatan hanya pd Allah dan Rasul. Mereka tidak ada adab. Pemikiran logik mereka bercampur degn eleman Wahabiyyah ini cukup jelas dlm IRC.
Bahayanya pemikiran mereka2 ini ialah perkaderan mereka menarik golongan akdemik (pensyarah2 universiti) dan para pelajar yang ada potensi melanjutkan pengajian. Mereka target golongan elit profesional untuk dikaderkan.
Kebanyakkan golongan ini tidak mempelajari asas cabang ilmu syariat Islam, tetapi mereka dahagakan tarbiah Islam, maka gerakan ini akan memerangkap mereka konon menyerapkan pemikiran ‘Islami’ .
Kacau bilau di Selangor ini adalah hasil pembenihan pemikiran ini sekian lama. Golongan yang tk peduli pada konsep tanzim/ organisasi berteraskan ilmuan Islam/ ulama’ sebaliknya cukup sbg profesioanl dlm bidang2 dunia. Cukup dgn menghafal sedikit sebanyak ayat2-Al-Quran dan Hadith.
Ibrahnya-
Itulah terlalu bermusuh dan berperang ketat dengan UMNO tanpa ada sempadan. Sehingga Syaitan memperkuda perjuangan asal menjadi nafsu Ammarah. Akhirnya musuh yng di katakan nyata tidak pula membawa kerosakan sebaliknya 'sahabat' jadi musuh tersembunyi.
Salah satu yang Allah SWT nk beritahu pd PAS ialah jangan angkuh sombong ketika diuji dengan kuasa. Jangan bermusuh dengan UMNO melampaui syariat. Sehingga melanggar larangan Allah dlm berpolitik
Muhasabahlah sebelum terlewat. Sebelum kehancuran melanda jemaah. Kerap kali saya dicemuh dan dituduh sebagai ejen UMNO dlm Usrah bila saya membangkitkan kewaspadaan dan juga kesederhanaan dlm gerakan Islam ini.
UMNO tidaklah sejahat yang didoktrinkan. Mereka pun mahu pd Islam cuma usaha mentarbiah mereka masih perlu digempur. Bukan berperang dengan mereka.
Kita bermusuh dengan UMNO keterlaluan.. tapi Allah tak suka.. apakah dgn kita buat perkara yg Allah tak suka itu akan berjaya dan mendapat redho Allah?
Muhasabahlah rakan2.
marilah kita pulihkan apa yng dirosakkan.
Insya Allah Islam takkan tumbang.
Assalamualaikum, ganasnye tuduhan terhadap IKRAM. Harap semua ahli Pas dan Ikram serta semua penyokong kedua-dua pihak berlapang dada. Saya kira jika semua pihak berakhlaq yg lebih baik spt berbaik sangka dan tidak lemparkan tuduhan tidak berasas, Insyaallah, matlamat kedua2 organisasi baik Pas dan Ikram dpt dicapai. Harus diingat, musuh sentiasa cari ruang utk buat organisasi2 Islam bertelagah. Kalau respons cara salah serta terburu2, nahas dibuatnya...
ReplyDeleteSedih melihat golongan mengguna jenama Islam tapi menjadi amalan melabel orang itu Dan ini. Itu sajakah yang ulamak PAS ajar pengikutnya?
ReplyDeleteLabel lah apa saja. Ia akan mjadi dua keadaan.
ReplyDeletekalau betul label yg diberi maka betullah.
jika salah maka ia kembali kpd org yg melabelkkannya.
Label lah apa saja. Ia akan mjadi dua keadaan.
ReplyDeletekalau betul label yg diberi maka betullah.
jika salah maka ia kembali kpd org yg melabelkkannya.
dan hari ini yang bersetuju dengan Syiah adalah PAS Sendiri. Pro Syiah. Taqrib Syiah.
ReplyDeleteAhli PAS tak lain melainkan TAKSUB
Alhamdulillah xberada dalam PKR/DAP tetapi bersama AMANAH. terima kasih atas tunjuk ajar dan pengalaman.
ReplyDelete