Friday, 18 July 2014

BALA Telah Tiba Di Malaysia... Namun Masih Ramai Yang Alpa

Selalu sangat kita didendangkan kononnya Malaysia bumi rahmat, bumi yang dijauhkan daripada malapetaka dan bumi yang disirami pelbagai nikmat. Kononnya Malaysia sangat berbeza berbanding negara-negara lain. Kononnya, kerana pemerintahan yang baiklah, Malaysia bebas daripada kecelakaan dan malapetaka.

Sebenarnya Malaysia sudah lama dilanda bala bencana. Mungkin disebabkan bala bencana itu tidak nampak pada mata kasar, maka ramailah yang lalai, yang leka dan masih bercakap angkuh.

Bala terbesar yang Allah Taala berikan kepada negara ini ialah keruntuhan akhlak dan kesibukan rakyat Malaysia mengejar material dengan meninggalkan segala keperluan hidup yang sebenar-benar hidup. Kejayaan diukur menerusi banyaknya wang ringgit, menimbunnya harta dan tingginya menara-menara yang dipacak atas nama pembangunan.

Yang miskin semakin miskin. Yang kaya menekan si miskin. Para penguasa pula lebih berpihak kepada kaum kapitalis untuk menekan rakyat jelata. Pelbagai skim dicipta untuk memaksa rakyat bawahan menaja kehidupan golongan kaya. Manakala wang-wang zakat pula telah diperniagakan dan dijadikan sebagai keuntungan.

Budaya hiburan merata-rata bahkan menjadi utama. Artis disanjung, ulama dikeji. Para penguasa pula leka mengumpul harta dan tamak haloba. Ibu bapa sudah kurang dihormati. Orang tua tidak lagi dipedulikan.

Segala-galanya mengundang bala kepada Malaysia tetapi ramai yang tidak sedar.

Dewasa in, kita melihat dan mengalami pelbagai masalah. Dari masalah kaum dan agama, sehinggalah masalah kesihatan. Berselang beberapa bulan sahaja, dua buah pesawat syarikat penerbangan negara, telah mengalami tragedi. Satu hilang sampai ke hari ini tanpa sebarang petunjuk manakala sebuah lagi telah ditembak jatuh di Ukraine dengan peluru berpandu yang membunuh semua anak kapal dan penumpang berjumlah 295 orang.

Walaupun setiap orang perlu berubah ke arah yang lebih baik bagi mendapatkan sebuah negara yang diberkahi Allah Taala, tetapi rakyat juga perlu mematuhi para pemimpin. Justeru, yang lebih utama berubah adalah para pemimpin. Ini adalah kerana rakyat lebih mudah berubah apabila para pemimpin dan penguasa sendiri yang berubah.

Dalam budaya dan adat Melayu dahulu pun, apabila raja-raja memeluk agama Islam, rakyat akan memeluk agama Islam beramai-ramai tanpa banyak soal jawab. Apabila raja-raja melakukan kebaikan, rakyat juga melakuan kebaikan tetapi apabila negeri diperintah oleh raja jahat, maka seluruh negeri kemudian bertukar menjadi sarang perompak dan lanun sehingga akhirnya negeri tersebut kalah dan pemerintahan bertukar tangan.

Malaysia sedang ditimpa bala. Sepatutnya kita semua sudah mulai berubah. Dan sepatutnya juga, kita membantu mengubah Kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan cuba mengelak negara ini daripada ditimpa bala bencana.

27 comments:

  1. bodo punya article, sikit sikit bala allah, sebab pemerintah. macam mana dengan Selangor, macam mana dengan Kelantan, macam mana dengan penang,,,kalau kamu orang beriman tentu kamu terima ini semua ketentuan allah, allah yang menentukan, ada pemerintah macam mana pun kalau allah dah tentu kan terjadi secara itu, ianya akan tetap berlaku...jangan jadi ustaz tak cukup ilmu, go back to the basic rukun iman..percaya pada qada dan qadar...melayu islam tak perlu article macam ini memburuk buruk kan pemerintah, mana ajaran islam supaya kamu taat pada pemerintah, tapi kamu taat pada pemerintah yang bawa maksiat dalam Negara..fikirlah

    ReplyDelete
  2. Bila liwat cuba dihalalkan, LGBT dipromosikan, kalimah Allah cuba digadaikan. Allah mempermalu dan menyusahkan hidup kita sebab kita cuba memesong akidah ummah.

    Manusia makin kufur nikmat dan sering bising merungut tak nak bersyukur dan berterima kasih. Bila kena ujian salahkan kerajaan tak betul. Dia saja yang betul.

    Nak sangat kebebasan demokrasi macam di Ukraine berperang hingga menyusahkan orang lain, tembak pesawat negara lain.

    ReplyDelete
  3. bala tak habis2 sebab ada makhluk yg buat artikel macam hang ni la..sumbangan pada agama,bangsa,negara....eellek!!

    ReplyDelete
  4. Stupid article.

    ReplyDelete
  5. pak santau, sy nak juga argue minda anda, kalu sy bawa satu analogi kontra dgn pendpt anda.

    "Kita ditimpa bala sebab majoriti rakyat dlm pru13 lepas telah menyokong ketua pemimpin yg tak diredhai oleh Allah sb terlibat dgn kes kaum Lut. Majoritinya 52%, ini merupakan peringatan dr Allahswt sebelum kita memberinya memimpin kjaan dimsia dimasa akan dtg. Maknanya baru 52% diberi kpd yg tak diredhai allah maka peringatan dr allah kpd seluruh umat di msia supaya menilai balik apakah kita berada dijalan yg benar.

    Napa saya kata begini sbb setelah 50 tahun msia inilah kali pertama kjaan yg perintah kalah dgn undi majoriti, sedangkan sebelum ni 50 tahun diperintah oleh kjaan sedia ada tak da pun tragedi yg pak santau keluhkan namun setelah pru13 terjadinya tragedi sebegini, secara pengiraan bandingan dgn kaedah kronologi peristiwa yg berlaku selama 50 tahun ini lah banyak berlaku mcm2.

    Hipotesis saya perolehi dan minta dihujahkan pendapat saya oleh netters dan pak santau sendiri"

    wallahualam

    ReplyDelete
  6. Bala Allah turun sebab article macam ni lah ... Fitnah dah jadi makanan harian, tuduhan tanpa bukti menjadi minuman. Kalau tak ada apa-apa yang boleh ditulis untuk meningkat ilmu pembaca lebih baik tutup saja blog ni...

    ReplyDelete
  7. Memang betul pun Malaysia di landa bala.byk kerosakkan yg berlaku di malaysia.harta anak yatim di makan, rasuah masih lagi berluasa, pak lebai cendawan tumbuh pun dah bykk..hal agama di politikkan...tak payah nak cerita pasal pemimpin. Pemimpin skrg lemah..hemm tunggu bala seterusnya. Ada hikmahnya sepanjang tahun ni

    ReplyDelete
  8. Najib harus bertanggungjawab dan letak jawatan dengan segera sebelum lebih banyak nyawa rakyat kita melayang. Sejak Najib jadi PM ramai yang telah mati;Lahad Datu,Peculikan di Sabah,MH 370 dan MH 17. Ini semua bala dari pembunuhan Atlantuya.

    ReplyDelete
  9. Betul, menteri besar kelantan pun wajib letak jawatan kerana gagal menangani kes denggi yang serius di kelantan, juga kes rogol beramai2

    ReplyDelete
  10. Ketua Menteri Penang pun wajib letak jawatan kerana masalah JE yang menyebabkan 2 muslim kritikal

    ReplyDelete
  11. Menteri besar Selangor pun wajib letak jawatan kerana gagal menangani isu air, masalah trafik yang makin teruk

    ReplyDelete
  12. Anwar wajib bersara terus dari politik kerana gagal menangani pemilihan PKR 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Anwar Ibrahim has created enough trouble to the country"

      Delete
  13. Mungkin betul juga bala dari Allah.Tapi kita selalu terlupa muhasabah diri kita sendiri.Kita sentiasa menyalahkan pihak lain sebagai penyebab kepada bala yg Allah turunkan.

    Mungkin bala dari Allah kerana kita sanggup bersekongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan kerajaan umat Islam kepada kerajaan yg dikuasai oleh majoriti kafir.

    Mungkin juga bala dari Allah sebab kita sanggup menggadaikan kalimah Allah semata2 untuk meraih undi kafir kristian yg bersekongkol dengan kita.

    Mungkin bala dari Allah kerana kita sanggup mengangkat pemimpin yg disyakki kuat terlibat dengan kegiatan homoseksual yg dilaknat Allah semata2 untuk memenuhi nafsu buas kita untuk berkuasa dan menjatuhkan musuh politik kita.

    Mungkin juga bala dari Allah kerana kita lebih rela bersengketa sesama Islam dan bersaudara dengan kafir harbi.Kita putuskan silaturrahim dan kita kafirkan orang Islam semata2 kerana nafsu politik mengatasi iman di dada.

    ReplyDelete
  14. susah kalo ada Muslim yg x boleh terima Qada dan Qaadr.
    Bila ada bencana, cepat2 cari org utk dipersalahkan.

    ReplyDelete
  15. PEMIMPIN DAN PENGUASA MEMBIARKAN MAKSIAT BERLELUAAS,PUSAT JUDI,RUMAH URUT,RIBA SEOLAH OLAH DIHALALKAN,PENJUALAN ARAK BERLELUASA SAMPAI UMAT ISLAM SENDIRI PUN DAH BERANI TEGUK AIR SETAN TU .SEGELINTIR ULAMA PULA SANGGUP MENJADIKAN SAUDARA SEAGAMA SBG MUSUH BERSKONGKOL PULAK DGN KAFIR HARBI MENENTANG SAUDARA SEAGAMA,MENGKAFIRKAN SAUDARA SEAGAMA,BERSELINDUNG DISEBALIK SEREBAN DAN JUBAH DEMI KELANGSUNGAN POLITIK,INI SEMUA ALLAH DOK PERATI LALU DIA BAGI SIKIT UJIAN .KALAU MASIH TAK SEDOR DAN BERUBAH APA BALA LAIN YG AKAN ALLAH TURUNKAN WALLAHU AKLAM

    ReplyDelete
  16. Apa lagi Najib tunggu. letaklah jawatan, ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, dan jangan menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kebas dengan kejadian-kejadian seperti itu (pinjam istilah A Kadir Jasin). Hedaknya dalam sidang khas parlimen perbahasan bukan saja mengutuk kejadian itu tetapi turut sama mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri dan akhirnya sepakat mendesak beliau berundur dengan terhormat kalau pun tidak semua anggota kabinet letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knpe ko x sruh je ketua kahak hijau letak jawatan..?
      Yg kuarkn fatwa kafir mgkafir tu sape..? Yg sebabkn umat islam malaysia bpecah belah..sembahyang 2 imam..pnyebab utama memali.. yg bsetuju kalimah Allah kristian pakai.. knpe yg tu ko diam x sruh ltak jawatan..?
      Ko ni btul2 bodo ke atau bahalol..?
      Pas memang bodo for all..

      Delete
  17. To Salim, apa citer pusat lumba kuda kat hulu selangor? dah setel ke? apa pemimpin idola kamu buat? diorang juga pemerintah. cakap tak serupa bikin, tu sebab bala makin menjadi2 apabila berjanji tetapi tidak lunaskan.

    ReplyDelete
  18. Ulasan hebat begina sepatutnya ditujukan kepada mendiang BALA Subramaniam.

    Jangan buat tuduhan sebarangan jika sekadar hendak melepaskan marah murahan.

    ReplyDelete
  19. Pas ni anjing pakatan rakyat selamanye... bodo for all..

    ReplyDelete
  20. Ya katakan Benar walaupun Pahit.

    Sebelum Blogger ni simplify nak hurai kesan buruk dari kepemimpinan BN sedia ada dgn justifikasi berat sebelah walhal iklim majmuk Malaysia ini significan ; dan
    Anon 16:11 sibuk nak suruh PM letak jawatan, fikirkan dulu Bala dari Ketua Umum PKR yang tidak amanah ini.

    http://zul4kulim.blogspot.com/2014/07/derhaka-demokrazy.html?m=1

    ReplyDelete
  21. MAS kerajaan malaysia dibalas dendam oleh rakyat Ukraine atau rusia.Cuba fikirkan balik adakakah kerajaan kita dan pdrm pernah membuli mereka macam jaguh buli kampung??kalau ada sekarang harta kerajaan kena balasan...bapa altantuya bukan calangcalang orang dan punya pengaruh kuat di rusia....altantuya dibunuh dan diletupkan denga c4!!!! ....rakyt uraine dan rusia yg ditangkap pdrm kerana melacur akan dipaksa beri rasuah sampai belas ribu kalau nak dilepaskan!!!!....kan dah kena....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...kalo dh bodo tu hangman la tunjuk sangat Kat orang.. simpan bodo KO tu sorang2..

      Pas bodo for all...!!

      Delete
  22. Macam mana tak ada Bala, kalau Pemimpin Malaysia mengundangnya. Madey buat Negara cam rumah dia sendiri, bagi kontrak kpd kawan2, rakyat jatuh miskin. Apa nak buat kalau tidak ada bantuan dari Pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo tahap kronik la ko ni..
      Memang sesuai la dgn slogan Kat bawah ni..

      Pas...bodo for all....!!

      Delete
    2. Salah tu...
      aljub tu buat selangor ni mcm negeri anak beranak dia..
      Pegi jahanam...

      Delete