Tuesday, 24 June 2014

TAJUDIN PASIR SALAK Disalak Dan Kemudian Menyalak

Rafizi Ramli yang cukup pakar dalam mendedahkan kekayaan orang Melayu yang dilabelkannya sebagai penyelewengan tetapi tidak ada satu pun pendedahan dibuat melibatkan pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh korporat Cina, sekali lagi menggegarkan UBN.

Kali ini dia mendedahkan tentang pegangan saham minoriti Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman dalam konsensi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah.menerusi anak perempuannya Sri Rahayu Tajuddin yang menjadi pengarah dalam UniTapah.

Sri Rahayu pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajudin.

Tidak menghairankan apabila Rafizi membuat pendedahan ini. Dan aku juga tidak hairan mengapa UBN bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan yang mereka menangi dari tahun 1955 lagi. Dan itulah juga objektif mana-mana parti politik pun dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Yang akan menjadi kemusykilan nanti ialah, apabila golongan yang menjadi bekas pemimpin UBN melangkah atau berhijrah masuk ke parti-parti lain yang kemudian disambut bagaikan wira seperti yang PAS lakukan terhadap bekas-bekas pemimpin UBN.

Mereka ini sudah kenyang dengan pelbagai kemewahan semasa berkuasa. Apabila mereka tidak lagi berkuasa, mereka tidak lagi mempunyai bahagian untuk bermewah-mewah, biasanya rentak cakap mereka akan berubah. Kalau semasa berkuasa, mereka akan melaungkan HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! sekuat-kuat hati tetapi apabila sudah tidak berkuasa dan bahagian yang mereka nikmati ditarik balik, mereka akan melaung-laungkan KERAJAAN RASUAH! KERAJAAN ZALIM!

PAS sudah acapkali terkena dengan orang-orang sebegini. Contoh paling jelas yang boleh kita lihat adalah PKR itu sendiri. PKR terdiri daripada golongan yang semasa di dalam UBN dahulu merupakan serigala lapar yang bukan sahaja makan daging, bahkan sampai ke bulu dan tahi pun mereka telan. Tetapi apabila keistimewaan mereka ditarik dan kekayaan mereka disekat, mereka mula bercakap tentang perjuangan. Untuk memurnikan lagi perbuatan mereka, mereka berkawan pula dengan PAS dengan harapan PAS akan menghalalkan perbuatan khianat mereka sewaktu mereka berada di dalam UBN.

Buat masa sekarang, Tajudin mungkin tidak akan keluar dari UBN kerana dia akan kerugian banyak benda apatah lagi terbukti yang Rafizi sekadar menyalak tetapi kemudian, dia menyalak kosong. Tetapi lambat-laun, Tajuddin yang sudah bergelar veteran akan kehilangan taring dan tidak lagi diperlukan oleh UBN. Pada ketika itu, mereka yang sudah terbiasa makan di atas pinggan emas ini, akan mencari-cari wadah terbaik untuk mereka meneruskan amalan tersebut.

Dan wadah terbaik mereka adalah PAS!

Jangan lagi PAS memberikan daging dan susu kepada pendatang sedangkan anak sendiri yang sanggup berjuang bermati-matian, disuruh menelan air liur sendiri sampai sendawa kekenyangan.

5 comments:

  1. Berhenti la menjadi barua kpd puak2 yg menentang bangsa sendiri.

    Jgn jadi pengkhianat yg dilaknat.

    ReplyDelete
  2. rezki Allah bagi...dengan izin-Nya
    tq

    ReplyDelete
  3. Goood job Rafizi...dedahkan lagi penyelewengan ini...kasi satu dunia tau inilah wajah sebenar umno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajah sbenar pas yang jadi barua dap & pkr kau tak nak dedahkn ke..? Tabung memali kau tak nak dedahkn ke..? Pemimpin kau yg memantat kat hotel knpe kau diam..? Islam la sgt... puuuii..!!

      Delete
  4. Kenapa Rafizi tu maksum sangatkah. Baru beberapa tahun saja jadi Wakil Rakyat dan wakil Raja Liwat dah terbukti kemewahan yang ada di sekeliling dia.

    Begitu juga Si Raja Liwat Al KETUM boleh pusing dunia memburukan orang lain macam dia tu bagus sangat.

    Aku peduli apa kiranya Melayu tu kaya raya. Hasil bumi Tanah Melayu biarlah Melayu yang cekau. Tak kiralah Melayu UMNO kah, Melayu PAS kah, Melayu PKR Kah mau pun Melayu dan Pribumi Sabah & Sarawak.

    Kenapa tak sentuh kekayaan bangsa lain yang jauh dari jangkawan orang Melayu.

    Rafizi nak kaya lantak dia. Kanapa harus mempertikaikan kekayaan bangsa dia.

    Cukup-cukuplah bicara tentang kekayaan orang Melayu. Sebenarnya kakayaan orang Melayu hujung kuku bangsa lain pun tak ada.

    Nak bicara tentang ketelusan amanah, jujur. porah!.
    Baik Dalam PAS, PKR mau pun UMNO sama saja. Oleh itu kenapa harus pebesarkan perkara yang sepatutnya adalah hak orang Melayu. Kerana sesama Melayu busuk hati.

    Mulai saat ini pertikai dan keluarkan seberapa banyak persoalan mana datangnya kekayaan Si Apek dan Si Appa.

    ReplyDelete