Tuesday, 20 May 2014

PRK Teluk Intan dan PRK Bukit Gelugor: Kita Akhirnya Kena Akui, KITA ADALAH BACUL DAN PENGECUT!

Setelah mendapat arahan daripada pucuk pimpinan, atas dasar wala', aku tahan diri daripada memperkatakan perkara ini selama beberapa hari. Namun semakin ditahan, aku melihat keadaan semakin teruk. PAS semakin diburuk-burukkan oleh kepimpinan dan pakar-pakar strategis PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Walaupun secara rasmi, kempen di Teluk Intan belum pun sampai 72 jam, tetapi daripada apa yang aku dapat lihat sepanjang berada di Teluk Intan ialah, betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan DAP serta desakan daripada apek-apek yang enggan menerima Islam sebagai agama dominan di negara ini dan menjadi agama rasmi majoriti rakyatnya.

Sebaliknya dengan menggunakan calon yang diambil dari kalangan orang Islam, tetapi sangat bersifat sekular serta terlalu liberal, yang meletakkan DAP lebih penting dari Islam, DAP melakukan serangan dari segala penjuru untuk terus menekankan kejumudan dan kekolotan agama serta umat Islam dengan para pemimpin PAS pula tidak ubah seperti tikus mondok dengan ketul tahi.

Mungkin sebahagian daripada kita seronok apabila UBN dan pemimpin-pemimpinnya diserang oleh DAP, tetapi UBN tidak meletakkan calon di Teluk Intan mahupun Bukit Gelugor. Serangan terhadap UBN sebenarnya mempunyai kiasan yang lebih terkait dengan PAS kerana PAS yang memperjuangkan Islam dan hukum hudud di Malaysia, bukannya UBN.

Menariknya, sehinggakan calon DAP yang digilai ramai itu pun, turut sama menyerang UBN bersama-sama ibunya, walaupun calon yang bakal ditentangnya nanti adalah dari GERAKAN yang bersependapat dengan DAP dalam kebencian mereka terhadap Islam, umat Islam mahupun undang-undang Islam.

PAS bukan tidak menghantar wakil dalam kempen PRK Teluk Intan. Kita ada ramai pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuklah Timbalan Presiden untuk mengutarakan pandangan serta pendirian parti Islam ini. Malangnya, para pemimpin PAS yang ada di Teluk Intan pula, lebih DAP dari DAP.

Bayangkanlah betapa penakut dan baculnya kita apabila arahan dari Jalan Raja Laut kepada para penceramah kita yang bergerak aktif di PDM majoriti Melayu apabila fatwa ulama-ulama PAS tidak boleh digunakan di PRK Teluk Intan.

Para penceramah diingatkan tidak lagi bercakap bahawa undi PAS dapat pahala kerana ditakuti akan ada yang bertanya, undi DAP yang jelas menentang hudud, apa yang mereka akan dapat.

Juga para penceramah tidak dibenarkan sama sekali mengulas tentang pendapat ulama-ulama PAS tentang siapa yang bekerjasama dengan bukan Islam, maka jatuh kafir. Para penceramah PAS juga dilarang sama sekali menyentuh tentang hudud walaupun sebaris ayat kerana mahu menjaga hati para pemimpin DAP. Cabaran DAP agar PAS pilih antara hudud dan Pakatan Rakyat, dikatakan menjadi punca utama arahan tersebut.

Para penceramah PAS juga tidak akan bercakap tentang hukum haram membuka aurat kerana ia akan menyentuh calon DAP, Dyana Sofya secara langsung. Tidak boleh disebut langsung tentang rambut Rosmah Mansor, mahupun kecenderungannya untuk berpakaian ketat kerana kredibiliti calon DAP di kalangan orang Melayu di Teluk Intan perlu dijaga. 

Para penceramah PAS juga diingatkan, tidak boleh langsung bercakap tentang KRONI kerana yang bertanding mewakili DAP adalah kroni Lim Kit Siang. Dyana Sofya adalah SETPOL Lim Kit Siang yang menjaga Parlimen Gelang Patah selepas Lim Kit Siang memenanginya.

Kami juga tidak dibenarkan bercakap atau memberitahu orang-orang Melayu di Teluk Intan yang diceramahkan tentang ada pemimpin dan ahli-ahli PAS yang sanggup ke Syria untuk berjihad menentang kerajaan kafir Syria sepanjang kempen PRK Teluk Intan. Malah kami juga dilarang bercakap tentang calon GERAKAN-BN dari kaum Cina kerana Dyana Sofya mewakili Lim Kit Siang yang juga seorang Cina dan kafir mutlak.

Semuanya perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah kepada DAP. Sedangkan pada masa yang sama, kepimpinan yang sama jugalah yang membisu dan menjadi berhala apabila DAP menyusahkan PAS dalam semua cara termasuklah dalam kes perlaksanaan HUKUM HUDUD di Kelantan.

14 comments:

  1. Salam tuan Admin,

    Selalu saya bangkitkan hal yang berkaitan pendekatan Ulama dalam pas.
    Kini tuan sendiri juga merasa kecewa melalui tulisan tuan, bila peranan serta fungsi Ulama dan pas cuma sekadar buat cukup syarat sebab parti Islam.

    Telah lama saya perhatikan cara Ulama kita dilayan dalam parti yang menggunakan nama Islam, tapi melacurkan nama Ulama untuk meraih simpati.

    soalan saya, apa kebaikan pas dapat bila serang ubn bila Ulama pas sendiri dihina macam tu, salah satu tujuan pas diwujudkan iaitu menegakkan hukum Allah di sampahkan?

    Saya harap tuan dapat bawa perkhabaran sedih kami yang mendokong kepimpinan melalui Ulama kepada pihak dalam pas yang masih tahu dan sedar apa itu syiar Islam dan apa yang terdapat dalam perlembagaan parti pas.

    Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Pasai apa la ni cakap bacul dan macam-macam lagi terima la hakikat bahawa ulama-ulama (sebenarnya tak layak pun dipanggil)dalam pas dan hadi awang dan nik aziz punca melayu islam berpecah , tak payah jawab di dunia ini tunggu di hadapan Allah swt. nanti.

    ReplyDelete
  3. kitaorang yg tukang komen berapi api ni pun penakut juga, cuma berani tekan keyboard je.

    ReplyDelete
  4. Anom 22:14 Walaupun sekadar menekan keyboard, adalah lebih mulia daripada berdiam diri membiarkan Islam dipermainkan kerana nafsu serakah kepimpinan PAS yang dayus menentang kafir yang sepakatan dengan mereka.

    Mana perginya laungan berdegar-degar Hadi Awang dalam menghukum UMNO kafir kerana berkerjasama dengan kafir.

    PAS memang parti laknatullah.

    ReplyDelete
  5. Pas sedang menelan apa yang mereka luah kan sebelum ni kepada UMNO.. hukum karma.. :)

    ReplyDelete
  6. Allah maha adil lagi bijaksana kifarah Dari pencipta tidak dapat dinafikan, kat dunia ni hangpa boleh hukum la puas2 hangpa saja yang islam yang semua kafir, belum lagi yang telah bercerai dek kerana amanat syaitan. Esok hangpa jawap ngan Allah SWT.

    ReplyDelete
  7. adoih..malu aih aku tgk kt perak..
    mcm besa kuli dari kena perah ngn kerah utk promote calon dap..
    wakil cina dap pn 2-3 org je yg brkempen dok pegang mic pmbesar sore...

    tp macai pas...fuuh..rmai mngalahkan mcm diorg plak yg brtanding..siap emo2 lg nk brgado prtahankan cina tue..

    aku bleh komen yg...bodoh btul macai pas nih..dlm dok kena balun x kira hadi smpi unit amal ngn dap pkr ngo pr..diorg tetap mnunjukkn taraf hamba hina kt dap pkr...

    hahahaha...tue la taraf pas...tukang jd pencacai penjilat utk dap pkr...nak kata bodo..ad otak...haha..sekali sekala cuba la tegas sikit..jgn asik jd kuli jer..

    ReplyDelete
  8. Nampak tak?
    Siapa bekerjasama dgn islam, KAFIR!
    Siapa tak nak hudud, KAFIR!

    Now, dah balik pada sapa?
    Allah byr cash kat kita...

    ReplyDelete
  9. Salam tuan Admin,

    Saya dan rakan2 yang masih sayangkan pendekatan Ulama, tidak dapat terima cara calon dap di perak cuba meraih undi.

    Masya Allah, mereka ingat kita nie apa, x abes2 kutuk pasal hukum Islam depan kaum kafir.kalau benci sekalipun hukum Islam,cakaplah berlapik kerana calon itu seorang Muslim. Nauzubillah.

    Mengapa hukum Islam jadi sasaran kempen dap?mereka x perlukan undi yang beragama Islam?
    yang bertanding dengan dap adalah kafir juga, mengapa Islam yang jadi mangsa?

    Harap tuan Admin dapatlah suruh ahli kita yang disana supaya bertegas dan janganlah malukan agama Islam demi puaskan hati kafir. Nauzubillah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Apasal pas beria-ria untuk dap nih?
    aku x nmpk org kafir dap wat apa2 utk pas masa pilihanraya.

    tapi hinanya pas, unit amal dah dh jadi pencacai dap. mcm keldai ditujal-tujal, pelik gak aku, siap tuan unit amal?pas ke dap?

    ko bgtaw la pas kat perak tue, malu tengok lebai2 pas dok bangga usung bendera roket dap tue, padahal kat sebelah si kapir laknat dok balun pas, kata x bertamadun, ketinggalan zaman sebab sebut hudud.

    skang pas jilat la balik ludah sendiri yg dulu kata kt orang len, tapi lg hina sebab jd pencacai angkut bendera kapir.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, akhirnya ada juga Ulama pas yang berani tegur kebiadaban calon dap di perak.

    Tahniah kepada MB kelantan dari kalangan ULAMA YANG MASIH BERSAMA SYIAR ISLAM untuk mempertahankan Islam serta salah satu perlembagaan pas iaitu hukum Islam.

    Saya berharap pengikut yang masih bersama golongan Ulama untuk bersama2 mempertahankan kepimpinan Ulama dan berani bersuara mempertahankan perlembagaan parti pas.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Jawapan aku...padan muka kita semua!

    ReplyDelete
  13. Apa nak diharapkan bila PAS-piss-pussy tu adalah KELDAI kepada P'Gay'R dan DAPpigs....PAS-piss-pussy, LGBT, babi dan DAPpigs berpisah tiada...

    ReplyDelete
  14. Org kafir melihat pas adalah parti islam yg agak extrem berbanding umno...
    utk melemahkan islam di malaysia bagi mereka..Pas perlu di hancorkan/pecah belah dari dalam pas sendiri...
    wahai sahabat..butakah kamu dgn apa yg berlaku dlm parti kita ini..

    ReplyDelete