Saturday, 3 May 2014

Musuh Islam Semakin Ketara Penentangan, Kita Pula Semakin Beria-ia Ambil Hati Mereka


Mungkin ramai yang perasan, selepas PRU12 pada tahun 2008 yang menyaksikan buat kali pertama, gabungan parti-parti pembangkang utama di Malaysia berjaya menang besar dengan DAP adalah pemegang konsesi terbesar dalam kemenangan tersebut. Begitu juga dengan PKR dan PAS turut menerima laba yang sama.

Manakala UBN mengekalkan penguasaan mereka. Yang kalah merudum adalah parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, SUPP dan GERAKAN.

Sepatutnya dengan pertambahan undi kepada PAS dan kerusi Melayu-Islam di dalam PKR, membuatkan umat Islam bertambah utuh, kuat dan suara mereka lebih vokal serta peluang-peluang di bidang pendidikan, perbankan, industri, ekonomi dan sebagainya bertambah kuat serta terbuka. Syiar Islam juga semakin bertambah dan Malaysia terkenal kerana pemurnian akidah umat Islamnya yang sudah dijajah semenjak beratus-ratus tahun lampau sehinggakan bidaah dan khurafat pun gagal dibezakan sama sekali, malah disekalikan dalam akidah.

Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ahli-Ahli Parlimen yang beragama Islam, gagal memanfaatkan peluang tersebut, sebaliknya mereka jadi berpuak-puak, berpecah belah dan saling bersikap assobiyyah apabila sentiasa membela kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh puak masing-masing.

PAS juga tidak terkecuali. Kemenangan dan kejayaan menguasai Kedah dan Kelantan, menjadikan sebahagian besar pemimpin PAS lupa daratan dan tidak lagi peduli dengan perjuangan sebenar parti. Upaya pihak-pihak di dalam PAS yang mahu melihat PAS lebih kuat dan berwibawa menerusi penguasaan hierarki kepimpinan di Selangor dan Perak, akhirnya dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang tergila-gilakan projek serta kemewahan yang telah disuap oleh Cina DAP.

Akhirnya PAS hanya berpuas hati sebagai Menteri Besar boneka di Perak, manakala di Selangor pula, PAS hanya mendapat jawatan yang kalau tidak ada pun, tidak akan mencacatkan sama sekali pentadbiran negeri.

Sehingga sekarang, masih ramai orang yang mengaku mereka dari jemaah PAS, gagal memahami muslihat sebenar Kerajaan Perpaduan. Mereka sebaliknya cukup menyayangi Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, sehinggakan pelbagai gambaran indah diberikan kepada tubuh badan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng semata-mata untuk mendapat pujian daripada kelompok yang lebih layak kita gelarkan sebagai MUSYRIK itu.

Kita percaya bulat-bulat kepada momokan kononnya Anwar Ibrahim difitnah meliwat dan menolak segala bukti serta fakta yang diberikan di mahkamah. Kita percaya bahawa DAP akan menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan walaupun pada hakikatnya, DAPlah yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan Perlembagaan Persekutuan yang diberikan kepada Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini. Kita percaya mereka boleh berubah dan kita juga percaya bahawa kita akhirnya akan berjaya memenangi hati mereka menerusi pendekatan kita yang lebih Islamik berbanding UBN.

Namun dari hari pertama Pakatan Rakyat disuarakan di Perak sehinggalah PRU-13 dan sehingga kini, DAP dan Anwar Ibrahim tidak berkurang memusuhi Islam dan PAS, sebaliknya bertambah-tambah dengan kita secara keseluruhannya digambarkan sebagai kaum yang jumud, barbaric dan hidup pada zaman batu.

Selepas 'kemenangan' pada PRU-12, rumah-rumah ibadat bukan Islam semakin membesar dan semakin bertambah. Kaum Hindu telah membesarkan rumah-rumah ibadat mereka dan Kerajaan yang cukup khuatir akan kehilangan sokongan masyarakat Hindu, terpaksa memilih untuk menjadi penakut walaupun rumah-rumah ibadat tersebut dibina secara haram di tanah-tanah milik kerajaan mahupun persendirian. Manakala kita pula, turut mengambil pendirian yang sama kerana bimbang sokongan kepada PAS akan turut hilang, walaupun hakikatnya semua kerusi DUN dan Parlimen yang kita tandingi adalah kerusi majoriti Melayu-Islam kecuali di Sabah dan Sarawak.

Taktik cuba mengambil hati kaum kafir telah menyebabkan kita terperosok dan mundur jauh dari jalan perjuangan. Ditambah pula dengan kelemahan kita sendiri yang mudah terpegun kepada wang ringgit serta puji-pujian yang diberikan kerana istiqomah kita menentang UBN, membuatkan musuh sebenar kita itu dapat mengambil kesempatan dengan mudah.

Kita ditindas dan diperlekehkan, sedangkan pada masa yang sama, kita pula dituntut untuk bersetuju dengan apa-apa sahaja tindakan mereka.

Sudah-sudahlah memberikan sokongan dan sentiasa menyokong PKR khususnya Anwar Ibrahim dan DAP. Sudah terbukti pun, kita tidak mendapat sebarang laba daripada perkongsian dengan mereka, sebaliknya kita yang lebih banyak rugi, bahkan kita pula yang dilihat sebagai terhegeh-hegeh untuk mendapatkan redha mereka.

7 comments:

  1. Pedas tapi itulah realiti. Kita perlu masukkan balik Ulama2 dalam kepimpinan, sebelum nie mereka ditolak tepi dalam pas demi bagi laluan kroni anwar dalam pas.

    beri jawatan teringgi pas kepada Ulama2 supaya suara mereka dapat didengari akar umbi dan idea mereka pula yang boleh nerinteraksi dengan persekutuan serta membuahkan hasil, dari idea kroni anwar dalam pas yang asik berusaha mengagungkan peliwat dan kafir kepada ahli pas.

    ReplyDelete
  2. seperti biasa, mahfuz creat story sendr bgtaw gaduh tue salah UMNO.
    tuelah kualiti mahfuz, berpikiran kolot dan hasad dengki.

    mahfuz, hang pi tengok macam mana budak2 pkr ngn amal pas tgh caci maki tuduh menuduh kt fb n twitter diorg skang. dah sah2 diorg tau sapa yg start gadoh.

    malang betul pas ada org bodoh mcm mahfuz nie.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada penuli blog kepada yang mahu berfikir itulah sebenarnya apa yg sedang kita umat islam sedang hadapi ketika ini,ditekan dari kiri dan kanan ,dicipta istilah islam itu pas melayu itu umnobagi tujuan untuk memecah belah kesatuan yg akhirnya melemahkan penguasaan kita didalam semua bidang yg dikendung tak dapat yg dikejar keciciran.

    ReplyDelete
  4. Najib pula sibuk dok ajak MCA sertai kabinet walaupun MCA tak menyumbang apa2.

    UMNO dan PAS kena bersatu dalam hal2 berkaitan Islam, melayu/bumiputera.

    ReplyDelete
  5. Gue ingat UMNO tak payah lah nak sibuk nak ambil hati orang cina untuk sokong BN pimpinan orang melayu UMNO. Biar jer cina meminggir sehingga mereka dating merangkak minta belas ehsan orang melayu. In Sha Allah, satu hari si cina akan melutut menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua suka ayat tu bro sbb gua pn bfikiran bgitu..skrg biar kita pijak cina smp depa mnth drh..dsr yahudi asia..

      Delete
  6. bila cina sedar kerugian mereka... mereka akan kembali menyokong BN.. maka sokongan besar mereka akan mengurung UBN kembali.. tuan2 inilah masa yg paling tepat untuk PAS menuntut hudud tanpa kekangan MCA dan Gerakan.. kerana suara ciput MCA dan Gerakan ini tidak berjaya mengentarkan UMNO dan parti komponen UBN yang pro Islam. PAS cuma ada 4 tahun untuk melaksanakan HUDUD di seluruh tanah jajahannya..

    ReplyDelete