Wednesday, 23 April 2014

SAMAN FELDA: Kenapa Susah Nak Mengaku Yang Kita Dah Diperbodohkan Oleh PKR?

Setiap kali tenaga dan bantuan PAS ditagih, setiap kali itulah juga PKR dan DAP akan bercakap tentang Pakatan Rakyat, roh Pakatan Rakyat, semangat Pakatan Rakyat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Namun setiap kali PAS cuba membangkitkan persoalan Pakatan Rakyat yang hanya berpihak kepada PKR dan DAP, PAS bukan sahaja akan dicela, bahkan Presidennya pun akan disaman oleh ahli biasa.

Akar umbi PAS yang baru keluar dari kepompong kelompok sendiri, masih tidak dapat mengesan penghinaan tersebut. Mereka masih melihat ianya sebagai satu salah faham dan titik bengit dalam satu persatuan. Walhal ianya perkara besar membabitkan maruah PAS dan halatuju PAS sebagai sebuah parti siasah yang memperjuangkan Islam secara ad-deen.

Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit PAS dihancurkan, manakala perjuangan PAS yang teguh terhadap Islam telah ditukarkan menjadi cukup liberal dan boleh berbuat apa-apa sahaja atas nama maslahat politik yang seringkali dikaitkan dengan TAHALUF SIYASI.

Golongan yang menentang TAHALUF SIYASI buta tuli dengan PKR dan DAP semakin mengecil. Jumlah mereka tidak bertambah, dan mereka yang masih ada, dipaksa untuk diam dengan kaki serta tangan mereka dirantai. Paling ketara ialah apabila mereka dilucutkan jawatan atau jawatan masih disandang tetapi sekadar jawatan tanpa fungsi.

Namun kewaspadaan golongan ini terhadap PKR dan DAP, Allah Taala perkenankan sedikit demi sedikit dan satu persatu. Kita jadikan UBN sebagai musuh utama kita sedangkan mudarat mereka kepada perjuangan kita terlalu kecil berbanding PKR dan DAP yang kita jalinkan kasih sayang dan ukhwah tetapi membunuh asas serta teras perjuangan parti yang kita cintai dan harapkan keredhaan dari Allah Taala secara perlahan-lahan dan menyeluruh.

Mengapa tidak ada langsung suara dari kepimpinan kita yang berani mengulas tentang azam Lim Guan Eng dan DAP untuk menentang perlaksanaan hukuman hudud? Mengapa tiada sebarang kata-kata yang mampu diluahkan kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dengan jelas menolak hukum hudud dengan alasan-alasan logik akal mereka? Mengapa kita hanya mengarah kepada UBN sedangkan UBN telah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membantu kita mewujudkan perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai permulaan dan menjadikannya sebagai contoh untuk diimplementasikan di negeri-negeri lain?


Terbaru, kita dihidangkan dengan kaedah tikam belakang yang cukup mudah. Tindakan Saifuddin Nasution memohon maaf dan mengaku salah menfitnah FELDA dalam isu jualan minyak sawit mentah kepada Israel, memberi kesan besar kepada kepimpinan dan suara rasmi PAS, Harakah serta pencetak utama kita, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Ada beberapa nama dari kalangan PAS di dalam kes tersebut termasuklah Datuk Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS.

Dari awal lagi telah dikatakan, kita tidak boleh teruja dengan sebarang isu yang dibawa oleh PKR kerana kebanyakan daripada isu tersebut terutama sekali yang membabitkan nama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution, tidak lebih daripada sekadar satu isu fitnah yang dikaburi dengan fakta-fakta palsu.

Namun nasihat-nasihat dan teguran-teguran itu langsung tidak dihiraukan. HARAKAH yang merupakan suara rasmi kita, terlalu banyak memberikan ruang kepada para pemimpin PKR dan DAP sehingga akhirnya, HARAKAH menjadi suara penfitnah terulung di negara ini.

Agak bernasib baik kerana UBN dan agensi-agensinya yang lain kurang mengambil tindakan saman sepertimana yang dilakukan oleh PKR dan DAP terhadap UBN dan agensi-agensinya. Kalau tidak, sudah pasti PAS sekarang menjadi sebuah parti pengemis yang terpaksa menjual keseluruhan asetnya semata-mata untuk membayar hutang saman fitnah.

Kita tak pernah belajar daripada apa yang telah menimpa kita sebelum ini. Tahaluf Siyasi yang kita bangga-banggakan sebenarnya tidak lebih daripada suatu kaedah paling berkesan untuk menghapuskan kita sendiri.

Yang buat fitnah adalah Saifuddin Nasution tetapi yang akhirnya direkodkan sebagai penjenayah fitnah adalah kita sendiri!

Sungguh memalukan...

6 comments:

  1. Yang amat kesian adalah ustaz-ustaz PAS yang menjaja fitnah dan tuduhan palsu di dalam semua kuliah-kuliah dan ceramah-cerama agama dan politik. Ustaz-ustaz yang menjadi agen fitnah, tuduhan palsu menanggung dosa besar kecuali semua ustaz-ustaz memohon maaf dari semua mereka-mereka yang telah mendengar fitnah dan tuduhan. Selagi tidak minta maaf, duduk lah di neraka ALLAH.

    ReplyDelete
  2. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN MEREKA...

    ReplyDelete
  3. Itu yang pepatah ada menyebut..terlajak perahu boleh diundur ..TERLAJAK BUAT FITNAH..!!!!
    PUAK-PUAK PAS BUAT LA SOLAT TAUBAT SYEIKH..SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN TAK PERNAH MENZALIMI HAMBANYA..
    Seperkara lagi..apabila telah datang kepada kamu suatu FITNAH..SIASAT LAH DAHULU..JANGAN TERIMA BULAT-BULAT..KERANA PUAK-PUAK PAS SENDIRI TAHUKAN FITNAH ITU IBARAT MEMAKAN DAGING SAUDARA KAMU SENDIRI..MAMPUKAH PUAK-PUAK PAS INI MEMUNTAHKAN DAGING YANG TELAH KAMU TELAN SETELAH KAMU MENERIMA TANPA USUL PERIKSA?
    Ampuni Dosaku YA ALLAH atas khilafku pada coretan ini.

    ReplyDelete
  4. Maaf saya katakan disini bahawa punca PAS jadi begini adalah kerana dendamnya Tok Guru Nik Aziz sendiri dengan UBN. Saya yakin ramai yang akan marah tetapi kita perlu lihat secara objektif perkara ini. Kerana taksubnya Tok Guru nak menjatuhkan UBN, inilah hasilnya. PAS menjadi parti budak suruhan bagi PKR & DAP. Suruh berhimpun, berpusu pusu lah ahli PAS meramaikan acara. Suruh berkempen, maka segala tenaga dan harta dikerahkan demi 'kepentingan bersama'.
    Bukalah mata hatimu wahai sahabatku sekelian. Sedarlah bahawasanya musuh musuh Islam tidak akan berpuashati selagi kamu tidak mengikut cara mereka.

    Dan musuh Islam ini tidak hanya tergolong dari puak yahudi dan nasrani......

    ReplyDelete
  5. ......amerika mengambil masa selama 260 thn utk mencerdikan bangsanya...melayu baru keluar dari hutan sekitar lima dekad yg lalu.....mahu tidak mahu cinabeng itulah penunjuk jln bagi melayu terutama dlm pas......betul tindakn pas brkwn dgn dap...cuma siapa makan siapa......

    ReplyDelete
  6. SI PUDIN LEPAS, HADI YG KENA RM100 RIBU... APA NAK JADI NI... KURANG AJAR PKR. LEPASKAN DIRI AJE... KAWAN DITIKAMNYA UTK MELEPASKAN DIRI... JOM KELUAR PAKATAN...

    ReplyDelete