Ada ikhwan yang bertanya aku, mengapa tiba-tiba hari ini aku menulis tentang Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda bin Hassan. Ada juga yang bertanya sama ada Aminolhuda berhutang wang ringgit dengan aku dan liat membayarnya sehingga aku melepaskan kemarahan di dalam blog dan cuba mengaibkannya.
Semua sangkaan itu tidak betul. Tidak juga kerana dia tidak memakai kopiah putih, maka aku menjadi marah. Lantak dialah nak pakai kopiah putih ke, serban sebakul gaya Taliban ke atau nak bersongkok kecil macam kaum Yahudi sekalipun. Itu hak dia dan siapa aku yang nak menentukan pakaian seseorang.
Yang aku kisahkan sebenarnya ialah apabila Pesuruhjaya PAS Johor merangkap ADUN Parit Yaani itu menjadi berhala yang bukan sahaja bisu, bahkan pekak dan kaku. Walaupun dia merupakan orang penting perjuangan Islam di Johor, tetapi nampaknya dari segi helah dan strategi politik, Aminolhuda ini bolehlah diibaratkan sebagai patung cendana.
Apakan tidak, selepas menghadiri majlis memperingati Karpal Singh, dalam satu acara lain, juga di Kulai yang diberi nama 'LAWAN TETAP LAWAN', Aminolhuda turut serta sebagai salah seorang yang hadir. Majlis tersebut dibuat di Restoran Tropika Garden, Kulai yang bukan sahaja melibatkan makan malam, tetapi juga ceramah dan kempen anjuran DAP Kulai yang dipengerusikan oleh Wong Shu Qi, ADUN Senai.
Antara yang turut hadir adalah Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR), Wilson Tin (pelakon), Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang), Teo Ni Ching (Ahli Parlimen Kulai), Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), Chew Piak Choo (ADUN Yong Peng), Chen Jia En (ADUN Stulang), Tan Hong Pin (ADUN Mengkibor), Jimmy Puah (ADUN Bukit Batu), Liow Chai Tong (ADUN Johor Jaya), Dr. Ramakrishnan (Timbalan Pengerusi DAP Negeri Johor) dan Aminolhuda Hasan (ADUN Parit Yaani).
Begitu juga dengan ucapan Teo Nie Ching yang kita pernah doakan dia agar diberikan hidayah apabila UBN menghentam kita kerana membela keberadaannya di saf paling hadapan untuk berucap dan bertazkirah kepada jemaah di Kajang. Teo Nie Ching dalam ucapannya berkata, DAP akan menentang sebarang perlaksanaan atau usaha mewujudkan undang-undang hudud di Malaysia. Malah ketika Teo Nie Ching berkata, DAP akan cuba melakukan perbincangan dengan PAS tentang perlaksanaan hukuman hudud agar mendapat satu keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua kaum di Malaysia, Aminolhuda sekadar tersenyum dan mengangguk-angguk.
Aminolhuda dalam ucapannya sekadar bercakap tentang kemenangan 'lagi beberapa kerusi' dan harapannya agar Johor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. Aminolhuda juga sekadar menyentuh tentang usaha UBN untuk memecahbelahkan PAS dan DAP kerana takut dengan kekalahan pada PRU akan datang.
Namun yang paling tidak dapat dibayangkan ialah apabila Aminolhuda bercakap tentang perbezaan nilai matawang antara Malaysia dan Singapura yang menurutnya, nilai Ringgit kecil kerana berlaku penyelewengan dan rasuah oleh kerajaan UBN.
Untuk menunjukkan dia lebih pandai, Aminolhuda pula berkata, Malaysia tidak menggunakan kapal selam yang dibeli dengan harga berbilion-bilion Ringgit itu kerana kapal selam tersebut tidak boleh menyelam lama di dasar laut.
Lebih malang lagi ialah apabila cuba menyamakan Pakatan Rakyat dengan Islam menerusi kata-katanya, "Seorang Islam tidak boleh menipu dan ini samalah dengan prinsip yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat!"
Astaghfirullah hal'azim... jenis apakah pemimpin yang PAS lantik untuk mengetuai jemaah di Johor? Sungguh memalukan!
Dalam ceramah-ceramahnya bukan main lagi kuat menghentam dan mendabik dada kononnya, PAS Johor di bawah pimpinannya akan menyekolahkan PKR dan DAP tentang hudud. Bila dah ada peluang begitu, mengapa tidak diberitahu kepada para pemimpin PKR dan DAP itu bahawa hudud bukan hak milik UBN atau PAS. Hudud bukannya barang politik seperti rasuah kereta Mercedez yang Lim Guan Eng amalkan di Pulau Pinang.
Patutnya inilah masanya untuk ditazkirahkan kaum-kaum kafir yang mengaku berkawan dengan PAS. Apa perlu ditakuti kepada mereka kerana PAS merupakan tonggak utama dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS, DAP tidak akan menang besar. PKR tidak akan dapat undi dan 56% yang dibangga-banggakan itu sekadar peratusan yang tidak memberikan sebarang makna kerana negara ini mengamalkan majoriti Kerusi DUN dan Parlimen, bukannya jumlah undi popular.
Disebabkan itulah, tiada perasaan hormat buat pemimpin-pemimpin PAS yang kecut mereka lebih teruk dari telur yang direndam dalam cuka. Boleh pula tersengih-sengih dan mengangguk-angguk bila UBN kena hentam dan hudud dikatakan pemecahbelah Pakatan Rakyat...
Astaghfirullah hal'azim... selamatkanlah Umat Islam di negara wahai Tuhanku!
Salam, malu bila hudud yang mula2 disuarakan oleh pas dikatakan taktik UBN untuk politik, malu bila kafir memperkotak katikkan hukum hudud DI DEPAN mata orang pas sendiri tanpa terdetik rasa marah atau kesal bila dap kafir main2 kan hukum hudud dengan politik UBN.
ReplyDeleteBetullah nampaknya slogan dap ganti pas, dap yang tazkirakan pas, dap yang cabut kopiah pas.
Asthagfirullah...tanya dia, Islam atau politik yang penting.
tapi kenapa dah berpuluh tahun umno yang islam printah kita tak pernah nak buat hudud....skrg umno ada kuasa kat parlimen...bentang la hudud...kenapa nak harap PAS...ops lupalak jib gor pnh ckp.
Deletehudud x kan dijalankan...mat der pnh hina hudud sehina2 nya...pernah hina janggut n sunnnah nabi...
Sungguh malang demi nak bersama duduk dengan puak kafir dan munafik, sanggup berdiam diri. Ini lah yang dalam Alquran sebut "mereka yang menjual agama dengan harga yang sedikit...". Beliau tidak ambil iktibar dari kemalangan Karpal. Zaman mutakhir balasan ALLAH datang pada kadar segera. Kita tunggu dan lihat kalau beliau sempat bertaubat kepada ALLAH SWT.
ReplyDeleteJangan terkejut jika 2 bulan lagi, PKR dan DAP akan keliling kampung, berceramah dengan mengatakan bahawa hudud adalah konspirasi UMNO, anjuran UMNO dan tidak sama dengan hudud yang PAS perjuangkan. Hudud PAS adalah hudud liberal dan ceremonial dan dengan persetujuan bersama DAP, hukuman hanya dijatuhkan & dijalankan secara simbolik. Contoh memotong colok atau buah tembikai (semestinya kena beli dari kedai cina) sebagai simbolik memotong tangan penjenayah merompak...dll lagi. CinaDAP amat mahir dalam simbolik keagamaan spt memberi limau plastik, kertas duit kepada tokong..sesuatu yang DAP mau PAS contohi.
ReplyDeleteAmat malang sekali akan ada ramai Melayu yang kan angguk, sokong dan telan macam baung telan taik.
Takut betul Cina bila Melayu nak bersatu, even pasal Islam sekalipun
ReplyDeletewei anon 14:23 panas ka..bukan ka haji hardy pernah kata hudud cuma 0.001% saja dalam islam
ReplyDeletebtulla tu..islam bukan pada hukum hudud je..islam mencakupi semua aspek kehidupan...la x kan x tai lagi..ops lupalak umno pejuang islam yang syumul....pakaian pun mengikut islam..ye x bik mama.......bak kata mp machang dulu...ada pemimpin umno yang tertdo atas mesin slot...hahahah...umno umno
Deleteumno bangsat.....dibunuh saja
Anon 29 April 2014 14:23, bukan ke awal tahun 90an kerajaan kelantan dah diberi greenlight utk laksanakn hudud di sana...kenapa sampai sekarang committee hudud diorg pn x setup lg bak kata Mufti kelantan...bukan ke majoriti adun kelantan dari pas...kenapa x dibawa usul ke sidang dun kelantan dari dulu utk kelulusan n implemetation dr undi adun2 dlm sidang tue?
ReplyDeleteSiapa yang menipu siapa berkaitan hudud nie?
Bila nak pilihanraya jer dgr lagu hudud dari pas..lepas tue senyap sepi...satu soklan..apa hukumnya menipu guna agama demi nafsu undi?
knp awal 90an dulu umno x nak buat...padahal umno mmg parlimen...sume org ta thn 90an tun m kata apa....dia akan pastikan hudud x dilaksanakan...baca sejarah dulu bro...
Deleteumno bangsat dibunuh saja
Hehehe. . .penganut pakatan haram tu bukan tau baca.. .kihkihkij. ...tatak pigi sekolah punya olang. .
ReplyDeleteOlang cakap laen lu apa hat cakap laen. Itu olang nyahat ini olang nyahat. Lu lagi nyahat maa. .
ReplyDeleteAnon 30 April 2014 11:49,
ReplyDeleteMemang UBN majoriti parlimen, tapi untuk laksanakan undang2 tubuh negeri,keputusan dibuat dan diundi oleh ADUN. Jadi kalo nak buat di kelantan, hanya pinda undang2 tubuh kelantan dan tahun '93 sudah diserapkan dalam syariah kelantan enakmen ini. Jika sudah diluluskan dan ada enakmen dalam syariah kelantan, mengapa x dibuat?di mana technical committee ny? dimana blueprint untuk cara perlaksanaanny? semua itu TIDAK PERNAH dibincangkan dan tiada legal document untuk itu.
yg Tun Mahathir tekankan adalah untuk dimasukkan dalam enakmen persekutuan utk syariah compliance seluruh Malaysia. jika kelantan sendiri belum bersedia nak buat, mcm mana nk buat seluruh Malaysia?sebab tue di peringkat persekutuan terbahagi 2 badan kehakiman, Civil dan Syariah.
Syariah akan assimilate Islamic law sehinnga enakmen hudud pass the bill. Tun Mahathir tidak mengeluarkan ayat yang menyatakan hudud tidak boleh langsung digunapakai, tapi dia guna ayat sehingga semua teknikal issues berkaitan hudud diselesaikan, hudud tidak boleh dimasukkan dalam enakmen Syariah.
Saya sudah berulang kali baca dan mengikuti sejarah berkaitan hudud dan dah baca juga hansard Parlimen. Mungkin penjelasan saya tidak berasaskn emosi seperti penulis anon nie yg terlalu taksub kepada idelogi politik. Fakta dan sejarah yg tertulis cuba baca dan fahamkan.
Salam.
anon 11:49 dh buktikan macai pembngkang ni asik tau nak caci maki jer...xder plak org2 dalam nie yg tulis pas bangsat ker...caci pas ker...hahaha..
ReplyDeleteagama anutan dia memang ajar caci maki kot nk masok sorga..x macam ajaran Islam yg sebenar
hahaha...