Sunday, 20 April 2014
Perlukah Kita Katakan, KETUA PEMUDA PAS Muka Tak Tahu Malu?
Martabat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jauh lebih tinggi berbanding Chegu Bard yang terkontang-kanting tanpa sebarang jawatan dan tanpa sebarang tujuan melainkan cuba menjadi pemangkin kepada cetusan revolusi yang menyokong dan memartabatkan Anwar Ibrahim di puncak kuasa. Chegu Bard yang pada PRU13 tidak berpuas hati dengan Pemuda PAS kerana pencalonannya di Sungai Acheh, turut disaingi oleh seorang Pemuda PAS, pernah mengeluarkan cakap-cakap yang amat keji terhadap Pemuda PAS.
Namun keadaan bertukar sebaliknya apabila Suhaizan Kaiat mengeluarkan surat arahan kepada para ikhwan Pemuda PAS agar turut beramai-ramai membantu mewujudkan revolusi di Kuala Lumpur dan mencetuskan gelombang besar reformasi yang diharapkan akan menumbangkan kerajaan sedia ada pada 1 Mei nanti.
Bukan main lagi, Chegu Bard memuji Suhaizan Kaiat apabila surat arahan Ketua Pemuda PAS tersebar dengan arahan berbaju merah dikeluarkan.
Sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh PKR biasanya tidak lebih seperti perhimpunan budak-budak sekolah dengan disertai oleh golongan yang tidak percaya agama yang menggelarkan diri mereka sebagai kelompok pemercaya Sosialis dan Komunis. Golongan tersebut diketuai oleh Hishamuddin Rais, bekas pelajar tercicir yang lari dari undang-undang negara dan masuk balik secara pengecut sambil berlagak seolah-olah dia tahu segala-galanya.
Kita dapat perhatikan bagaimana golongan PKR terutama sekali Chegu Brad, NGOnya, SAMM dan AMK sedang berbaik-baik serta memuji-muja Pemuda PAS kerana mereka sangat sedar, Pemuda PAS pantang dipuji, pasti akan meluru ke jalanraya dan kita akan berlagak dengan Unit Amal yang berlagak seolah-olah kita telah memerintah negara ini dan membubarkan PDRM.
Perlukah kalau kita katakan bahawa Pemuda PAS semenjak kebelakangan ini sebenarnya TIDAK BERMARUAH langsung malahan lebih tepat lagi MENJADI HAMBA SURUHAN kepada AMK dan PKR?
Pada ketika kita bukan main bersolat hajat dan bermunajat perdana selepas Ketua AMK Dungun tetap dengan keputusannya untuk menyaman Tuan Guru Presiden kita kerana kejahilan dan kebodohannya memahami maksud ucapan Tuan Guru Presiden, kita pula terhegeh-hegeh menyuakan tengkuk dan mahu mengambil hati mereka sebagai membuktikan betapa baiknya kita.
Walhal kebaikan yang kita tunjukkan tidak pernah dihargai. Bahkan kita pula dicop sebagai si bebal yang boleh dipermain-mainkan dan disuruh-suruh sesuka hati.
Kita percaya, dalam demonstrasi tersebut, kita seperti sebelum-sebelumnya, akan berada di bawah arahan Chegu Bard dan kita akan dipersalahkan jikalau hadirin yang berdemonstrasi tidak ramai. Sebaliknya kalau ramai, Chegu Bard akan mendabik dada dan menyatakan bahawa PAS tidak diperlukan sebaliknya sekadar simbol Pakatan Rakyat sahaja.
Tengok sahajalah pada demonstrasi Reformasi 2.0 di Stadium Kajang tempoh hari. Disebabkan yang datang tidak ramai, Chegu Bard telah menfitnah Pemuda PAS Kajang kononnya sengaja mensabotaj calon PKR, Kak Wan dalam PRK itu. Anehnya, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Chegu Bard dan penganjur Reformasi 2.0 yang gagal itu walaupun secara jelas, Chegu Bard dan Rafizi Ramli menyalahkan PAS kerana tidak berkempen agar ramai orang datang ke Stadium Kajang.
Nampaknya, kita lebih teruk dari si bebal yang terperosok dalam lubang yang sama dan berkali-kali!!!
Nuar dr PKR bila ada 2 pemimpin PAS meninggal pun x hadir .?
ReplyDeleteTapi bila ada org DAP mati dia ADA.
Mana maruah PAS di HINA mcm ni....?
mungkin dan besar kemungkinan, Ketua pemuda PAS Pusat takut nanti tak dapat bersama-sama terbang ke Putrajaya naik kereta rusa terbang, kira-kiranyalah kalau PR memerintah ...
ReplyDeleteAnwar banyak terhutang budi dengan mendiang Karpal Singh...walaupun mendiang tahu Anwar jahat, Anwar adalah Syaitan yang bertopengkan manusia dan mendiang pun dah minta Anwar taubat tapi mendiang masih terus bela dia hingga akhir hayat......
ReplyDeleteNasib baik Anwar pun dah tak perlu mendiang lagi. Kawan2pun ramai, ada yang sanggup lakukan apa saja untuk bantu Anwar jatuhkan kerajaan supaya Anwar boleh jadi PM. Walaupun terpaksa mengorbankan nyawa orang2 yang tak berdosa pun pasti mereka sanggup lakukan demi ANWAR bukan Demi Allah tapi Demi Anwar.
Pasti sanggup dihumbankan dalam api Neraka Jahanam pun demi Anwar...
kerahan untuk turun demonstrasi....macam paksaan aja...Che Gu Badigol tiada jawatan DAN KERJA UNTUK MENONJOLKAN DIRI terpaksa buat demo supaya namanya tak tengelam
ReplyDelete