Thursday, 3 April 2014
Malam Cinta Rasul VS REFORMASI 2.0 Untuk Bela Anwar Ibrahim Di Baling... Mana Satu Pilihan Kita?
Esok dari jam 8.00 pagi sampai ke tengah malam, UBN Baling akan mengadakan Malam Cinta Rasul dan Karnival Rakyat di Padang Majlis Daerah Baling yang terletak bersebelahan dengan Restoran KFC. Hari yang sama, dan tempoh yang sama, PKR mengharapkan orang-orang PAS menyertai mereka dalam REFORMASI 2.0 untuk membela Anwar Ibrahim dan meneruskan hayat PKR menerusi usaha penggulingan kerajaan menggunakan kaedah demonstrasi dan huru-hara.
PAS sudah beberapa kali menyatakan bahawa keputusan PRU13 telah diterima dan hati terbuka. Namun PKR yang gagal menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selain mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN, tidak dapat menerima kenyataan tersebut sehingga terpaksa mengada-adakan cerita bohong dan fitnah dengan bantuan DAP semata-mata untuk tujuan berkenaan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Bukan lagi fitnah seperti yang cuba ditekankan oleh PKR dan sebahagian daripada pemimpin kita yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Keputusan tersebut adalah bersandarkan kepada bukti-bukti atau qarinah dari pelbagai segi termasuklah klinikal dan forensik, pengakuan dan maklumat hakim.
Oleh kerana itu, sepatutnya isu berkenaan sudah selesai dan keputusan mahkamah diterima sebagaimana PKR dan Pakatan Rakyat menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 untuk kes yang sama.
PAS dalam isu ini tidak berpihak kepada sentimen semata-mata. Kalau ada pun yang berpihak kepada Anwar Ibrahim, mereka telah dikenalpasti sebagai pemimpin-pemimpin PAS yang hati serta jiwa mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, walaupun bertubuh dan berpakaian PAS.
Selepas gagal mengelak dari hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim segera melancarkan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang. Bagaimanapun, jumlah kehadiran tanpa orang PAS amat menyedihkan. Pada malam 9 Mac, jumlah yang hadir di Stadium Kajang, tidak lebih dari 4500 orang, jauh dari anggaran awal PKR iaitu 100,000 orang.
Gagal di Kajang, Anwar Ibrahim dan konco-konconya lari pula ke Batu Pahat. Jumlah kehadiran 2500 orang diuar-uarkan walaupun kebanyakan yang hadir hanyalah orang PAS yang kurang mendapat maklumat berhubung kes melibatkan Anwar Ibrahim melainkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh para pemimpin PAS yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim bukannya perjuangan Islam. Begitu juga di Kelantan dan Kedah.
Isyarat yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, langsung tidak terpakai oleh Anwar Ibrahim dan gagal dimanfaat oleh orang PAS di Kelantan. TGNA meminta maaf kepada segenap lapisan masyarakat di Kelantan kerana kegagalan dan kekhilafan Tuan Guru sepanjang menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus tetapi antara kesilapan yang dimaksudkan adalah melakukan pembelaan terhadap Anwar Ibrahim dan membiarkan Anwar Ibrahim menyesatkan jemaah Islam PAS setelah mendapat salah maklumat dari orang keliling.
REFORMASI 2.0 tidak seharusnya disertai oleh orang PAS. Tidak seharusnya dipublisitikan dan dipromosikan oleh PAS walau secara langsung atau tidak langsung. REFORMASI 2.0 adalah beragendakan Anwar Ibrahim, bukannya agenda Pakatan Rakyat, jauh sekali agenda perjuangan murni PAS untuk memartabatkan Islam dan mentotalkan Islam sebagai ad-deen rakyat negara ini dalam usaha kita memburu BALDATUN THOIYYABATUN WA ROBBUN GHAFFUR.
Yang pastinya, membela Anwar Ibrahim bukanlah salah satu daripada empat tiang yang ada dalam konsep BALDATUN THOIYBBATUN WA ROBBUN GHAFFUR. Alasan kononnya, dia telah tersalah hukum oleh mahkamah kerana konspirasi UBN, hanyalah satu persepsi semata-mata memandangkan ketika di dalam mahkamah pun, Anwar dan kumpulan pembelanya, langsung tidak menghadirkan fakta-fakta serta bukti-bukti membela diri sebaliknya hanya terus mewujudkan persepsi dan sanggahan gaya filem Hindustan yang penuh emosi dan putar belit.
Justeru, bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan agama dan kemudian mempopularkan keahliannya dalam PAS seperti Leman Raja Lawak yang ternyata tidak mampu membezakan antara politik Islam dan politik Anwar Ibrahim, lebih baik menutup mulut dan tidak perlu tergopoh-gapah bercakap bagi pihak PAS. Lebih baik mereka ini meninggalkan PAS dan menyertai PKR.
PAS tidak akan rugi jikalau orang-orang seperti Leman Raja Lawak tidak ada dalam parti, sebaliknya PAS bertambah-tambah rugi sekiranya membenarkan anasir-anasir yang sangat taksub dan mencintai Anwar Ibrahim melebihi ulama-ulama dalam PAS terus menerus bergiat atas nama PAS.
Malam Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Aziz Rahim, jauh lebih baik dan bermanfaat daripada sekadar mendengar ceramah berapi-api dari Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang jelas telah membawa PAS sendiri ke arah penghinaan dan pemencilan sehinggakan apa-apa sahaja perkara benar yang kita katakan pun, dianggap sebagai satu fitnah terhadap Islam.
Walaupun Aziz Rahim mungkin berjenama UMNO, tetapi kalau program yang dianjurkannya jauh lebih bermanfaat mengapa pula kita harus hindarkan diri dan memulaukannya? Lebih baik kita menyertai program ini kerana sekurang-kurangnya orang UBN akan dapat lihat betapa murninya Islam, betapa halusnya dan berhikmahnya ajaran agama ini dan kita sebagai pejuangnya menjalankan tugas sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Parti pas sebenarnya yang jual agama dan bangsa.
ReplyDeletePKR ADALAH PENGKIANAT KEPADA BANGSA MELAYU. SANGGUP BERTUANKAN DAP DEMI CITA CITA PERIBADI PEMIMPIN DIA ORANG.
ReplyDeleteAPA PUAK PUAK HARAMJADAH PKR NAK KATA, ITU DIA PUNYA PASAL. SAYA SOKONG..DIMANA PKR DAN KUNCU2NYA BUAT PERHIMPUNAN HARAMJADAH, DI SITULAH KITA BUAT SAMBUTAN SELAWAT RASUL..PADA TEMPAT, MASA DAN TARIKH YANG SAMA.
ReplyDeleteDIA NAK AJR RAKYAT MENIPU, KITA AJAR RAKYAT BERSATU.
Aku sokong mana dia buat dosa menyumbat teling orang ramai dengan fitnah dan maki seranah disitulah ubn harus mengadakan selawat rasul untuk menutup telinga rakyat dari fitnah dan mengajak rakyat membuka minda dan berlapang dada berselawat dan menambah saham akhirat.
ReplyDeleteSokong 100%
masyaallah.....begitu hebat dan meriahnya. perbanyakan selawat keatas nabi. biar bergemuroh membelah angkasa. biar bergetar dada sekelian kafir mendengar selawat nabi. biar dia tahu islam bolih bersatu.
ReplyDeletedisini kita akan kenal yang mana satu dajal.
insyaallah.....umno dan pas bolih bersatu. tuhan kita satu.kiblat kita satu. rasul kita juga satu dan sama.
jika allah menghendaki penyatuan ini... pasti terjadi...insyaallah.
semoga allah permudahkan.
Aku masih ingat waktu umur 10 tahun berjalan kaki dari pekan Kuala Pegang ke Baling sejauh 16 KM tanpa tahu apa tujuan "Tunjuk Perasaan" tersebut, saja suka-suka. Dapat minum free sepanjang perjalanan. Kat depan pekan Pulai ada orang bagi sepanduk untuk dipegang, lepas tu ada orang tangkap gambar. Selepas berjalan selama 5 jam sampai pekan Baling dalam pukul 2. Disitu adalah beberapa orang berdiri atas van tengah berpidato. Lepas tu, terserempak dengan bapa aku, terus kena halau balik, naik Bas free. Itu pengalaman aku ketika Demonstrasi Baling 1974. Cukuplah sekali jadi bodoh ikut Anwar Ibrahim yang gila ini.
ReplyDelete