Friday, 25 April 2014
DAP Tak Surut Menentang PAS Tapi PAS Terhegeh-Hegeh Mengampu DAP
Ketika berusrah dengan sebilangan ikhwan, persoalan tentang perilaku serta tindak-tanduk pemimpin-pemimpin atasan PAS yang dipilih oleh jemaah Islam PAS semakin diperkatakan. Walaupun ghibah itu merupakan sesuatu yang diharamkan dari hukum Islam, tetapi mutlaknya keharaman tersebut bergantung pula kepada beberapa faktor syarak seperti yang dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Al-Ihya Ulumuddin.
Enam tempat yang dibenarkan Ghibah adalah:
Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung & sebagainyanya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.
Kedua: Mahu mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kita melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kita membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat).Kita hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kita dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.
Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”
Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada kita meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan kita tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan lemah agamanya. Jika memadai dengan kata ‘JANGAN’, hendaklah kita mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah kita membuka aibnya.
Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.
Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..
Dalil:
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya…” (al-Nisaa’, ayat 148)
Maksud Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari & Muslim)
Maksud Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada Nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan anak-anakmu dengan sederhana.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Maksud Hadis:
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Maksud-maksud Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Justeru, berdasarkan kepada ijtihad tersebut, kami berbicara panjang tentang perangai sebilangan pemimpin atasan PAS yang tidak sepatutnya wujud dalam ikhwanul ini.
PAS menentang UBN dengan sepenuh daya, tenaga dan kewangan bagi memastikan syariah diwujudkan di negara ini. Walaupun UBN dilihat menyuburkan syiar Islamiah di negara ini, tetapi usaha-usaha UBN terlalu banyak syubhah yang memungkinkan usaha-usaha berkenaan hanya bersifat maksiat, ujub dan riak semata-mata. PAS pula mahu memurnikan syiar Islam di negara ini dan menyingkirkan elemen-elemen syubhah yang menjadi teras kepada pentadbiran UBN.
Mungkin bagi sesetengah ahli PAS, keseronokan menyerang UBN dan menelanjangkan UBN dengan pelbagai gelaran termasuklah kafir, munafiq dan sebagainya, menjadi kebanggaan peribadi. Namun dalam hal yang sama, kita juga terlupa bahawa sekarang ini PAS berada di bawah taklukan DAP dan PKR. Kita telah dijajah dari segenap segi, termasuklah minda dan tingkah laku kita sendiri.
Pada ketika kita tercari-cari lubang kelemahan UBN untuk kita londehkan terutama sekali yang membabitkan hudud, kita sengaja buat-buat pejam mata tentang KATA DUA Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim terhadap usaha kita memartabatkan undang-undang hudud di negara ini. Kita seronok menghentam Najib Abdul Razak, mencungkil keluar khilaf-khilafnya yang tidak memudaratkan umat, tetapi kita buat-buat buta tentang usaha bersungguh-sungguh DAP dan PKR untuk menghapuskan penguasaan umat Islam di negara ini.
Jangan sampai apa yang dikendong berciciran kerana kita mengejar benda yang tidak mungkin akan dapat. Adalah lebih baik sekiranya kita kemaskan kelekan kita dan tidak terburu-buru mengikut telunjuk orang lain yang sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan kita walaupun mereka menawarkan persahabatan.
Nabi s.a.w pun menghapuskan perjanjian damai dengan kaum Yahudi di Madinah apabila Yahudi Madinah akhirnya berkhianat terhadap perjuangan baginda. Mengapa pula kita tidak boleh berbuat begitu? Takkan taraf keilmuwan kita lebih tinggi berbanding Nabi s.a.w?
bernas dan tepat kata2 bloger SB....
ReplyDeleteYang dikendong x dpt...malahan yang dikejar berciciran... Itulah pas skrg yg telah dijajah segenap ruanf oleh dap dn pkr
ReplyDeleteSebelum habis nyawa haji adi dan hj nik haruslah memperbetulkan segala kecelaruan dan kekeliruan yang dibuat sebelum ini. Moga moga melayu akan bersatu kembali dalam menghalang kegelojohan bangsa pendatang untuk menjajah negara ini.
ReplyDelete......buatlah ikut mana pun.....cinabeng itu tetap nk membunuh melayu.....nik ajis ngan hadi awng ada ke dtg majlis tahlil si kapal snk yg dah karam tu....
ReplyDeleteOrg2 pas ni tlg la sedar diri sebelum trlambat. X phm aku nape pemimpin2 pas ni tkut sgt dgn dap pkr
ReplyDeleteSalam, saya agak malu dengan kenyataan nik abduh yang hanya memperlekehkan usaha UMNO yang mahu membantu pas mengusulkan isu hudud, tetapi dia diam seperti orang bisu bila dap dan pkr menentang dan mengugut untuk tendang pas keluar dari pr.
ReplyDeleteAstaghfirullah.
Ulamak munafik PAS dah belajar makan minum duit cina .. tulah jadinya. Sama je dengan UMNo ... ahli politik melayu semua penjilat tegar cina.... korang tak tau lagi ke ? .. korang semua gaduh konon nak negara terbaek la .. hudud la .. pemimpin pemimpin korang sebok duk nyedut puki dan duit cina.... ulamak tak ulamak .. sama je.... pukimak.
ReplyDelete