Seorang pemimpin PKR Selangor yang berasal dari Bagan Serai dan pernah diura-urakan akan bertanding di Bagan Serai pada PRU-13 lalu, Shuhaimi Shafie memberi kata dua dan amaran kepada PAS Selangor agar melupakan hasrat untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR. Katanya, PAS tidak ada hak untuk jawatan tersebut dan PAS juga harus sedar diri bahawa, disebabkan PAS, PKR Perak dan Kedah kehilangan banyak kerusi. Lagipun, PAS juga harus ingat, pada tahun 2008, walaupun hanya 6 kerusi DUN di Perak, wakil PAS telah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak walaupun sebenarnya yang lebih layak adalah PKR.
Shuhaimi jelas merujuk kepada kerusi DUN Semenyih dan Kota Damansara yang diyakini menjadi milik PKR sekiranya PAS tidak meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu. Kedua-dua kerusi tersebut berjaya dimenangi oleh calon-calon UMNO-BN.
Pada tahun 2008, pada ketika Pakatan Rakyat tidak wujud pun, PAS telah dilamar oleh UMNO Perak untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. Begitu juga di Selangor. Bagaimanapun, tindakan beberapa orang pemimpin PAS yang telah gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, menafikan hak PAS untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Perak bagaimanapun, bermenteri besarkan PAS tetapi Nizar Jamaluddin tidak mampu memberikan nilai tambah kepada PAS sebaliknya PAS Perak dilihat terlampau lebik kerana terlalu menurut kehendak Ngeh-Nga bersepupu.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh apabila pada Februari 2009, tiga orang ADUN Pakatan melompat keluar dari parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas. Dari tahun 2008 sehinggalah 2014, tiada seorang pun wakil rakyat PAS yang melompat parti atau mencetuskan masalah kepimpinan berbanding PKR dan DAP.
Shuhaimi Shafie seharusnya sedar, PAS tidak mengharapkan PKR sebaliknya PKR yang mengharapkan PAS dan memerah keringat serta usaha-usaha keras PAS. Tanpa PAS, PKR tidak ubah seperti sebuah parti yang tidak mampu menggerakkan apa jua program. Cakap besar Shuhaimi kononnya tanpa PKR dan DAP, PAS tidak akan ke mana-mana seharusnya perlu ditekup ke mulutnya sendiri.
Tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, pada tahun 1999, PAS berjaya menguasai 27 kerusi Parlimen. Manakala PKR yang pada masa itu bernama PKN hanya dapat 5 kerusi Parlimen. Pada tahun 2004, jumlah yang dikuasai oleh PAS menurun secara drastik, manakala PKR pula hanya tinggal kerusi Permatang Pauh. PAS tidak pernah berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen walaupun selepas bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam konsep Tahaluf Siyasi. Malah perolehan PAS terus menurun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.
Untuk pengetahuan pemimpin PKR yang bodoh itu, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi-demonstrasi tersebut akan menjadi hambar sepertimana yang berlaku dalam Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13.
Perhatikan sajalah bagaimana PKR terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk PAS menghantar ahli-ahli untuk demonstrasi demi demonstrasi dengan mengingatkan tentang kerjasama politik antara ketiga-tiga parti.
Jadi, siapa yang bergantung kepada siapa?
Dah sememangnya PAS jauh lebih layak untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR yang merupakan najis-najis buangan UBN yang tidak pernah aman dan terlalu memikirkan keselesaan tembolok sendiri!
Jadi blog ni mmg mengakui la bahawasanya ahli2 PAS itu selama ini hanyalah macai dan keldai tunggangan PKR dan DAP??? Sampai bila nak jadi macai wahai PAS??
ReplyDelete