Sunday, 23 March 2014

PEMUDA UMNO Macam Anjing... Hanya Berani Menyalak Depan Perempuan!

Panas sedang melanda Kajang. Bukan sekadar cuaca tetapi juga suasananya.

Cerita tentang DAP yang rupa-rupanya turut melakukan sabotaj terhadap PKR selain PAS yang memang dah sabotaj PKR untuk mengajar parti angkuh itu agar merendahkan diri sedikit, rupa-rupanya sedang heboh diperkatakan di sekitar Kajang.

Jentera utama kita, iaitu Muslimah PAS memang tidak turun berkempen menyebabkan PKR terkontang-kanting terpaksa bergantung kepada ceramah-ceramah mega mereka yang jumlah kehadiran pula amat mengecewakan. Himpunan Reformasi 2.0 yang sepatutnya menjadi pemangkin untuk sebuah revolusi menaikkan Anwar Ibrahim dan menggulingkan Kerajaan Persekutuan, tidak ubah seperti perhimpunan pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa didatangkan dari pelbagai tempat untuk cuba memenuhi ruang di atas padang Stadium Kajang.


Dalam hal ini, aku melihat kerja-kerja yang dijalankan oleh Wanita UMNO di Kajang yang wajar diberikan pujian besar. Di sebalik usaha-usaha sabotaj oleh Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO sendiri, Wanita UMNO terus gigih bekerja untuk menarik seramai mungkin pengundi putih BN agar keluar mengundi.

Malah sehinggakan mereka mengetuk pintu dan pagar rumah pengundi untuk memujuk mereka keluar mengundi.

Teladan ini perlu diambil oleh Muslimah PAS sekiranya mahu parti kita berjaya. Muslimah PAS tidak boleh lagi terkongkong dalam budaya taboo para ustaz dan tok-tok lebai kita yang cuba menunjuk pandai dalam hal agama, sehinggakan kaum wanita dijadikan sebagai tempat pemuas nafsu dan beranak semata-mata. Muslimah PAS sepatutnya dikehadapankan sepertimana wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w yang berjuang dengan penuh gagah berani di barisan hadapan pensyahid.

Cakaplah apa-apa sahaja tentang Wanita UMNO tetapi secara peribadi, aku mengkagumi dan memuji mereka. Kalau bukan kerana Wanita UMNO, sudah lama UBN hancur tanpa sebarang undi.



Berbeza pula dengan Pemuda UMNO. Pemuda UMNO yang cukup pandai bersandiwara, bukanlah teladan yang wajar kita ikuti. Memang mereka lantang, tetapi mereka hanya lantang apabila bersama-sama kumpulan masing-masing.

Pemuda UMNO ibarat anjing menyalak dalam kumpulan. Apabila bersendirian, jangankan kepala tak terpanggung, ekor pun terselit di celah paha.

Di PRK DUN Kajang, Pemuda UMNO sekadar melalak dan menyalak sedangkan usaha menarik dan memujuk pengundi dilakukan oleh Wanita UMNO, sama seperti yang berlaku di DUN Kuala Besut dan DUN Sungai Limau. Kelebihan inilah yang kita sepatutnya gunakan secara optimum memandangkan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO bukanlah jentera terbaik UBN untuk meraih undi pengundi-pengundi muda dari kalangan orang Melayu.

Bayangkanlah, hanya dengan bermain futsal, Pemuda UMNO cukup yakin Barisan Nasional boleh mendapat undi daripada 48% orang Melayu Kajang.

Walaupun ada rombongan motosikal dan cuba dijadikan bukti oleh Pemuda UMNO, kononnya itu kerja mereka, hakikatnya semua orang tahu, yang menggerakkan kumpulan bermotosikal tersebut bukannya Pemuda UMNO sebaliknya pihak lain dalam UMNO-BN yang menjalankan Black-Ops.

9 comments:

  1. Kuncu-kuncu bomoh 1Malaysia nie...hehe.

    ReplyDelete
  2. Kenyataan akhbar KJ hari ini mengutuk anwar sebab memalukan negara di peringkar antarabangsa.Tapi tak de pulak nak suruh polis tangkap anwar macam dia suruh polis tangkap raja bomoh. Memang hancurlah UMNO sebab dah lah PM pengecut, KP pun pengecut.Setakat berani dengan orang kerdil saja. -Tampar Buaya-

    ReplyDelete
  3. Nanti aku tampar buaya baru tahu, sebut lagi nama kj dan aku.

    ReplyDelete
  4. anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal23 March 2014 at 20:09

    Kita memang tahu peluang BN nak menang payah sebab cina DAPpigs kominis banyak kat Kajang. Walau bagaimanapun kalau BN dapat reduce majority pun, pada aku BN dah menang. Kena kerja kuat lagi Beb....

    Daripada PR, lebih baiklah BN. Aku tak nak sokong parti yang ketua umum dia tu PELIWAT, pakar tebuk BONTOT jantan, betina , laki & perempuan. Aku tak nak pilih parti yang ketua umum tu satu spesis dengan umat Nabi Lut yang Allah SWT rejam sampai mampos kat dasar Laut Mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, walaupun 1 undi kalah dah tetap kalah. Sudah sampai masa kita lupakan saja undi dari kaum cina dan buat gerak kerja mantapkan sokongan cina dan india. Org cina tak kan undi bn lagi dan terimalah hakikat itu. Tumpukan pada kawasan melayu. Kalu mca nak keluar dari bn dan join pakatan biarkan. Bn kena ubah cara utk tarik undi kaum melayu atas pagar. Sabah sarawak jgn lupa

      Delete
    2. Mantapkan sokongan Melayu dan india.....

      Delete
  5. Kalau PM dan Ketua Pemuda masih dikekalkan, PRU 14 nanti berkuburlah UMNO untuk selama-lamanya.Najib & KJ must go!!

    ReplyDelete
  6. lupakan aje lah MCA..

    ReplyDelete
  7. Hentilkan budaya membingitkan bunyi motor ala mqt rempit.kami menyampah wlpn sokong BN.mcm takde moral berlagak ala samseng kg pinang sebatang.!

    ReplyDelete