Friday, 28 March 2014

Di Luar, Najib Ditekan China Komunis, Dalam Negara, Najib Diugut EZAM MOHD NOOR!

Perkara paling bodoh yang dilakukan oleh Najib adalah dengan meletakkan Ezam Mohd Noor dalam pasukannya. Ezam yang tidak mempunyai sebarang jasa kepada UBN sekarang ini berjawatan Pengarah Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan dan jawatannya berstatus JUSA A yang melayakkannya untuk diberi pencen sepenuhnya.

Ezam Mohd Noor adalah SUA Anwar Ibrahim. Dia masuk UBN pada zaman Pak Lah dan dilihat membawa OTAK ANWAR dalam pentadbiran Pak Lah dan kemudian Najib Abdul Razak. Jawatan tertinggi hasil daripada lompatan yang dibuatnya adalah sebagai Senator Dewan Negara. Dan sepanjang menjadi Senator Dewan Negara, tidak ada satu benda pun yang keluar dari mulut Ezam Mohd Noor.

Ini adalah penggal terakhir untuk Ezam Mohd Noor bergelar Senator. Ezam sedar sangat dengan masa hadapan politiknya yang semakin suram memandangkan dia tidak dapat sebarang kepercayaan daripada ahli-ahli UBN sungguhpun kerap juga dia berceramah sana sini dengan suara sengau gaya Anwar masa muda dan bercerita tentang perangai hodoh Anwar.

Hakikatnya, Ezam Mohd Noor sebenarnya adalah orang terbuang yang melihat UBN sebagai tong sampah yang boleh diselongkar. Anehnya, pemilik tong sampah pula sangat teruja dengan Ezam Mohd Noor walaupun fakta yang ada menunjukkan Ezam ditolak oleh akar umbi UBN sendiri.

Mengapa agaknya Ezam Mohd Noor diberikan jawatan sepenting itu?

Semuanya bermula apabila Ezam Mohd Noor cuba mewujudkan suasana tegang kononnya Dr. Mahathir mahu menggulingkan Najib. Ezam menggunakan Azwandin Hamzah, salah seorang daripada pedukangnya ketika dalam PKR dahulu dan mempunyai cita-cita besar untuk menjadi ADUN Bukit Antarabangsa. Azwandin Hamzah yang diketahui seorang penyonglap, penipu dan con-man, telah bertemu dengan Najib untuk memaklumkan hal tersebut dan tidak lama kemudian, berita tentang kononnya Najib hendak digulingkan oleh Mahathir mula tersebar.

Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim segera menggunakan alasan tersebut untuk mengenakan Najib. Mujurlah Presiden PAS dan Dewan Ulama serta Dewan Syura PAS tidak terikut-ikut dengan permainan bodoh PKR dan orang buangan mereka.

Gagal dengan isu Mahathir mahu menggulingkan Najib, Ezam bercuti ke luar negara bersama-sama keluarganya. Di Australia, Ezam Mohd Noor mengacah Najib kononnya dia akan melepaskan jawatan Senator kerana berasa tidak dihargai. Surat dikarang dan orang suruhannya telah menyampaikan berita perletakan jawatan yang bakal dibuat oleh Ezam kepada Najib.

Ternyata Najib cukup takut dengan gertakan Ezam. Akhirnya dalam tempoh yang singkat, keputusan dibuat dan jawatan Pengarah Komunikasi dicipta untuk Ezam Mohd Noor.

Lemah sungguh Najib yang langsung tidak berani berhadapan dengan ancaman daripada orang2nya sendiri. Ezam yang tidak mempunyai sokongan akar umbi, tidak dipedulikan oleh PKR dan kawan-kawan lamanya begitu mudah menipu Najib. Dan Najib pula tidak mempunyai kekuatan untuk tidak mempedulikan Ezam Mohd Noor walaupun Najib juga sedar, Ezam lebih baik tidak ada dalam UBN berbanding wujudnya yang lebih banyak menyusahkan.

Malang menjadi orang UBN yang setia. Kesetiaan mereka tidak dihargai dan mereka tidak dipedulikan. Semua bekas katak seperti Ezam, Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan sebagainya diberikan jawatan walaupun suatu masa dahulu, merekalah yang paling kuat menyalak.

PAS seharusnya melihat kemusnahan yang sedang berlaku kepada UBN ini dengan penuh hati-hati. Jangan sesekali kita mengulangi apa yang dilakukan oleh UBN. Jangan sesekali mudah percaya dengan bahan buangan dan kumbahan terutama sekali dari UBN kerana mereka memang berpotensi untuk menikam dari belakang.

Dosa-dosa UBN kerana menzalimi PAS dan jemaah Islam semakin dibalas Allah Taala secara tunai. Dan kita selaku jemaah Islam tidak boleh gembira dengan keadaan ini kerana di dalam PAS sendiri pun, terlalu ramai Ezam Mohd Noor yang sedang memegang jawatan penting dan mereka ini sedang menjadikan PAS sebagai anjing yang menjilat Anwar Ibrahim dan DAP.

9 comments:

  1. tak faham org2 yg nk hidup sebegini susah bukan bearti allah benci senang bukan bermakna asllah syg jika kesenangan bukan diperolihi secara jujur

    ReplyDelete
  2. Jangan la dengki dengan rezeki yang orang dapat.

    ReplyDelete
  3. Anda pasti dengan perkara ini? Ingatlah, jika tidak benar ia adalah fitnah d

    ReplyDelete
  4. SB janganlah jadi musibat blogger.

    ReplyDelete
  5. Tak usah lah mengarut.Bukan ke Kadir Jassin yg sebut pasal TM vs Najib,mustahil Ezam yg pernah bertentangan dgn TM tu boleh pula melaga-lagakan TM dgn Najib,kalau macam tu Ezam lebih cerdik dari TM.Melayu memang punya penyakit hasad dengki yg menebal,asal ada yg di beri jawatan adalah pula menyusul cerita karut mengenainya.Elok juga kalau Umno lungkup nak tengok apa jadi pada puak hasad dengki ni.

    ReplyDelete
  6. pas juga telah terkena.. krn terlalu marahkan umno hingga sanggup mengikut shj rentak sumbang pkr dan dap yg cuba mencipta kejayaan dgn janji manis dan palsu.. bg tiap kaum dinegara ini.. pemimpin2 pas juga telah mula dibeli dan berkiblatkan anuar ibrahim, juga acaman syiah dan wahabi juga sudah tidak dpt ditangani krn sekapal..
    tunggu sahaja la kemusnahan umat islam dan melayu ditanah melayu...

    ReplyDelete
  7. Ramai yang bermimpi menjadi orang yang dekat dengan PM i.e the Premier inner circle.. Jadi macam-macam cara yang digunakan untuk mencapai cita-cita itu. Cara saperti "your enemy is my enemy too" telah digunakan sejak beribu tahun dengan kadar sukses yang tinggi terutama dikalangan pemerintah yang kurang bijak. Dalam kebanyakan kes sejarah, mereka yang mendekati pemerintah secara begini terbukti hanya sebagai parasit dan opoturnis sahaja.

    ReplyDelete
  8. " Orang beriman tidak berdusta "

    ReplyDelete
  9. Kesian kat penulis. Jika Kita ingat Allah, takut Allah, takut neraka Allah, kita x akan tulis ikut hati yg penuh dendam Kern segala yg kits tulis, tuduhan yg kita lontarkan, di akhirat, kita yang tanggung.

    ReplyDelete