Tuesday, 11 March 2014

Bahana PIL KUDA, TGHH Memang Berpandangan Jauh


Hari ini penamaan calon untuk PRK DUN Kajang. Wan Azizah dijadikan calon menggantikan Anwar Ibrahim mewakili PKR setelah Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas sekaligus menghilangkan kelayakannya. Hari Sabtu pula, beberapa jam selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim, pesawat MAS MH370 yang membawa 277 orang penumpang bersama-sama 12 orang anak kapal, hilang secara misteri sehingga ke hari ini.

Anwar Ibrahim tentu sekali tidak berpuas hati apabila PAS tidak menghantar rombongan untuk memeriahkan dan menggiring Wan Azizah ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi seperti dalam pilihanraya yang lain. Tanpa PAS, maka cacatlah kemeriahan PKR dan hambar jugalah perarakan calon PKR.

Tidak ada bendera PAS dalam perarakan pada penamaan calon PKR hari ini. Para pemuda PAS juga tidak turun untuk menjadi benteng hadapan PKR. Kalau ada pun cumalah TGHH sebagai syarat dan formaliti. Manakala Naib-Naib Presiden mahupun Timbalan Presiden dan pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, tidak kelihatan langsung.

Kalau hendak dikatakan, mereka berkumpul di Mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan Karpal Singh, tidak juga masuk akal memandangkan masing-masing sudah tahu apa yang berlaku kepada Karpal Singh. Karpal Singh sama ada akan dipenjarakan atau didenda dan akhirnya dia sekadar didenda RM4000 kerana menghina Sultan Perak.


Denda itu sudah cukup untuk menggugurkannya daripada kelayakan untuk terus menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Jelutung.Sekaligus membuatkan Karpal Singh bersara terus dari politik arus perdana. Dia boleh terus berkokok sebagai peguam dan sebagai Pengerusi DAP sahajalah.

Dari awal lagi, akar umbi PAS sebenarnya tidak berpuas hati dengan keangkuhan PKR. Saman dua juta yang dibuat terhadap TGHH benar-benar mencabar kesabaran akar umbi PAS. Apatah lagi kesombongan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan orang yang membuat saman, Shamsul Mohd Amin yang juga merupakan Ketua AMK Dungun, perlu diajar oleh PAS dengan sebaik-baiknya.

Amaran yang diberikan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor PKR, Shuhaimi Shafie yang juga merupakan ADUN Sri Muda kepada PAS agar PAS ikut sahaja kehendak dan arahan PKR, sudah cukup untuk membuatkan kita bertindak dan menunjukkan sesuatu kepada PKR.

Ketiadaan jemaah Islam PAS dalam acara penamaan calon tadi, sepatutnya sudah memberikan isyarat kepada PKR bahawa tanpa PAS, Wan Azizah hanya  mampu menjual air mata dengan harga murah tanpa sesiapa pun yang mahu membelinya!


PKR menghina TGHH dengan fitnah pil kuda... tapi di Padang Lalang Neram semalam, seorang lelaki telah ditetak sampai mati oleh adiknya. Mangsa tetakan, merupakan seorang penagih pil kuda. Dia ditetak kerana selalu mengugut mahu menetak ibu bapanya apabila tidak memperolehi wang yang dimintanya. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sepatutnya PKR sudah ambil iktibar dan tidak melayan pengedar pil kuda yang menyaman TGHH tetapi disebabkan mereka terlalu angkuh, akhirnya saman RM2 juta kononnya untuk membersihkan nama, tetapi sebenarnya untuk PKR membuktikan kononnya Presiden PAS adalah masalah yang perlu dicantas dan ahli-ahli PAS perlu terus tunduk, akur dan tidak boleh membantah sama sekali perintah yang dikeluarkan oleh PKR kepada mereka.

Pengajaran perlu terus diberikan kepada PKR. Biar mereka rasa, biar mereka belajar peritnya kalau mereka menghina jemaah Islam dan Presiden jemaah Islam PAS!

4 comments:

  1. Dahsyatnya penangan pil kuda...

    ReplyDelete
  2. Sorang kena dua juta... ada juga yang hilang nyawa.

    ReplyDelete
  3. Kesian Haji Hadi, dah la kena saman 2 juta, terpaksa pula tunjuk muka. Entah apa anwar goreng?

    ReplyDelete
  4. Baik kita sabotaj sahaja PRK Kajang ni. Satu kali PKR kalah baru kita akan dihormati Anwar. Biar suara PAS jadi dihormati.

    ReplyDelete