Wednesday, 5 March 2014
ADUN PKR Sokong Penjenayah Bunuh Polis, Bukan Lagi Fitnah Tapi Kenyataan
Perasan atau tak, setiap kali PKR buat onar, setiap kali itulah PAS akan diseret sekali untuk selesaikan masalah mereka. PAS seringkali dijadikan sebagai perisai dan pelindung yang ampuh kepada mereka PKR. Kalau PAS buat tak layan, maka PAS pun akan dituduh sebagai tidak menghormati konsensus dan persefahaman yang terjalin dalam Pakatan Rakyat. Tak cukup dengan itu, PAS dikatakan pula, mencabuli Tahaluf Siyasi yang dianjurkan dalam Islam bagi kemaslahatan umat.
Tapi yang banyak buat perangai adalah orang PKR. Tak sudah-sudah dan tak pernah serik. Mungkin disebabkan PAS terlalu banyak sangat membela mereka, maka mereka pun naik lemak dan kepala pun sudah besar. Walaupun kelihatan membodohkan diri, tapi PAS kena juga sokong dan bela. Kalau tidak, PAS akan dicerca dan dimaki hamun.
ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin adalah sebahagian daripada golongan mungkar dalam PKR yang bercakap berdasarkan fahaman liberal dan serba-boleh-asalkan-untuk-Anwar Ibrahim.
Kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd ketika sedang menjalankan tugas di Taman Sentosa, Kelang, semalam menjadi rujukan kepada ADUN Seberang Jaya itu.
Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Aidil Mustafa pula mengalami cedera parah tetapi sempat menembak mati dua orang warga asing yang telah menyerang mereka dengan parang dan pisau.
Dalam kejadian terbabit, kedua-dua anggota polis peronda itu telah menahan sekumpulan warga asing yang berkelakuan mencurigakan. Ketika sedang melakukan pemeriksaan, warga asing tersebut melawan dan berjaya merampas pistol yang dimiliki oleh Allahyarham Koperal Raja Aizam. Penjenayah bagaimanapun, tidak berjaya melepaskan tembakan kerana pistol berkenaan telah dikunci. Koperal Mohd Aidil kemudiannya berjaya merampas pistol itu dan melepaskan tembakan yang membunuh dua orang penjenayah. Allahyarham Koperal Raja Aizam mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala, muka dan badan akibat kesan tetakan dan tikaman. Mayatnya ditolak ke dalam longkang di tempat kejadian oleh warga asing itu.
Seharusnya, seorang ADUN seperti Afif Bahardin perlu lebih peka. Anggota-anggota polis tersebut, walau tidak suka mana pun kita kepada mereka, mereka sedang menjalankan tugas. Tanpa polis, negara ini tidak akan aman dan kita tidak akan bebas bermain politik, bahkan Afif Bahardin tidak mungkin mempunyai gelaran Dr atau YB ADUN Seberang Jaya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Afif sebenarnya amat keterlaluan. Aku percaya, YB ADUN Seberang Jaya ini seorang Islam. Namun walaupun kelihatan seperti seorang yang berpelajaran, mungkin tiada pelajaran agama padanya kerana Islam tidak pernah mengajar dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.
Barangkali kalau bapanya seorang anggota polis dan kemudian dibunuh oleh penjenayah, dia mungkin tidak akan mengeluarkan kenyataan sebodoh itu.
Aku sangat mengharapkan agar tiadalah pemimpin-pemimpin PAS terutama sekali di Pulau Pinang yang akan membela Dr. Afif Bahardin. Dia pandai sangat mengeluarkan kenyataan bodoh untuk mempopularkan dirinya, biarlah dia sendiri yang tanggung. Jangan kita pula terikut-ikut kebodohannya.
Selama ini pun, ramai juga anggota jemaah Islam yang telah ditangkap oleh polis kerana pelbagai kesalahan dan perlanggaran undang-undang. Kita tak pernah pun keluarkan kenyataan sebodoh dan sebacul ini. Tetapi semenjak adanya PKR, macam-macam benda bodoh boleh kita dengar daripada najis-najis kumbahan UBN ini. Malah, semenjak adanya PKR juga, ramai juga pemimpin-pemimpin PAS yang turut jadi sebodoh PKR itu sendiri!!!
Aku rasa doktor babi ni bukan keturunan yg baik2..mungkin sebelah bapak atau mak dia pernah jadi lanun..mana mungkin bapak parasit dpt zuriat yg soleh2
ReplyDeleteIni lah standard ADUN pembangkang,nama aje seorang doktor tapi otak letak kat bontot.Malang bagi penduduk kawasan Seberang Jaya dapat ADUN sebegini
ReplyDeleteDr haiwan ke ni ?
ReplyDeletebukan doktor haiwan la.. ini doktor sakit jiwa...
ReplyDeletedr ni perangai mcm haiwan sebab sakit jiwa. memamg haiwan pun.
ReplyDeletebukan haiwan beb. Binatang.
ReplyDeletePembetulan..haiwan @ binatang makhluk Allah yg sekiranya dilatih dan di ajar dgn bersungguh2 akan menjadi makhluk yang berguna untuk manusia. Beliau ni dah takde dalam kategori makhluk lagi dah..Biar je lah makhluk ni berbunyi sesuka hati dia. Mungkin dia tidak mengakui bahawasanya Allah tu Maha Adil dan Bijaksana
ReplyDelete