Saturday, 25 January 2014

Semoga Allah Yang Maha Pemberi Belas Menyembuhkan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Assalamu'alaikum Warohmatullah.

Bagi menyampaikan arahan Pengerusi Darussyifa' Pusat, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, maka semua ahli-ahli Darussyifa' dan Pusat-Pusat Rawatan Darussyifa' seluruh Malaysia diminta menganjurkan Majlis Zikir, Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk memohon kesembuhan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kini agak kritikal sedang dirawat di Wad CCU Institut Jantung Negara.

Tuan Guru telah dibawa ke IJN pada awal pagi Khamis 23 Januari 2014 sehingga kini sedang dirawat di CCU.

Sekian Terima Kasih

Hj.Mohd Sopian Omar
Ketua Lajnah Penerangan
Darussyifa' Pusat
24-Jan-2014 (Jumaat)
4.00 petang

No comments:

Post a Comment