Tuesday, 28 January 2014
Mana PAS Nak Letak Muka Kalau Anwar Buat Keputusan Masuk Balik UMNO?
Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba Anwar bercakap tentang konsensus? Tiba-tiba sahaja Anwar Ibrahim nak jadi lelaki budiman yang tahu halal haram dan had batasan berpolitik? Dan tiba-tiba sahaja Anwar Ibrahim bertukar menjadi Pak Syeikh yang janggutnya panjang ke dada dan serbannya berat tujuh kati?
Helah Anwar apabila dia menyatakan, para pemimpin politik perlu mengutamakan negara berbanding kepentingan parti, mudah diteka. Anwar sudah terdesak ke penjuru. Semuanya jadi tidak menjadi. Mahu tidak mahu, akhirnya yang dijadikan penjahat adalah PAS.
Najib, Presiden UBN sudah pun memberitahu yang saranan Anwar Ibrahim akan dipertimbangkan dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya.
Apa maksudnya tu?
Selagi berlainan parti, pertempuran dan permusuhan tidak dapat dielakkan. Nak aman senang saja, masuk parti lawan. Ulang balik sejarah Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46nya. PAS juga akhirnya yang duduk di ceruk dan dilihat sebagai penjahat. Selama ini pun, cerita Anwar Ibrahim nak masuk UBN balik, bukannya cerita dongeng. Konsensusnya dengan Abdullah Badawi yang mendorong kepada pembebasannya dari penjara juga adalah kemasukan balik ke dalam UBN tetapi majoriti ahli UBN menentang. Bila hajatnya ditentang itulah, Anwar Ibrahim buat macam-macam cerita dan isu dari setiap pelusuk dan penjuru negara.
Yang diseret dan diheret ke sana ke mari adalah PAS. PAS jugalah yang menyediakan segala keledai dan lembu untuk berdemonstrasi bagi kepentingan politik Anwar Ibrahim.
Dari awal lagi, bukan sedikit anggota Jemaah Islam PAS yang tidak bersretuju dengan kesungguhan kepimpinan nak berkawan baik dengan Anwar Ibrahim. Sebusuk-busuk Mahathir, tak adalah pernah dia mengumpamakan Tuan-Tuan Guru kita yang dihormati sebagai ulama selipar atau sebagainya. Sebaik-baik Anwar Ibrahim, apa label terburuk dan terhina yang tidak pernah dilemparkan kepada kita.
Ada di kalangan kita yang cuba menyedapkan hati sendiri. Kononnya, Anwar sudah bertaubat dan tahu tentang keburukan UBN. Jadi, kita kena bagi peluang kepada dia. Hakikatnya, manusia seperti Anwar Ibrahim takkan berubah sebab dalam kejahatan UBN, dialah kejahatan paling buruk yang pernah dilahirkan oleh UBN. Dan kita pula mengambil, mengangkat dan menjulangnya sebagai wali kita.
Sekarang, terimalah nasib buruk kita yang kita sendiri tempah.
Aku tak tahu nak sorok mana muka kalau benar Anwar Ibrahim masuk UBN macam yang diura-urakan. Tapi aku teringin sangat nak tengok kawan-kawan kita yang beria-ia sangat menyokong dan membesar-besarkan Anwar Ibrahim melebihi kepimpinan parti sendiri kalau ianya benar-benar menjadi realiti. Nak tengok sangat sama ada muka mereka bertukar jadi biru pekat atau biru muda.
Tapi itulah yg di hasratkan oleh Pas,PKR keluar dari PR,keman nak di tuju itu PKR punya pasal.Kalau PKR keluar Selangor P.Pinang dan Kelantan tetap di bawah PKR,kerusi PKR tidak memberi makna pun utk PR berkuasa.
ReplyDeleteDAP pun sebenarnya sudah lebih intim dgn PAS berbanding dgn PKR,faktor Mat Sabu yg suddah bertapak kuat dalam PAS cukup di senangi DAP,sedikit masa lagi Mat Sabu akan jadi Presiden,bukan ke Mat sabu sangup makan babi semeja dgn LGE ?.Lagi pun Pas lebih tunduk pada DAP berbanding PKR,sehingga NI dan hudu pun Pas boleh korbankan demi DAP,begitu juga undang-undaang kedai guntingnyadi Kelantan.
Pas cukup gembira jika PKR out,keran semua jawatan penting yg syaratnya misti di sandang oleh org Melayu Pas yg bakal menjadi tuan punya.Pas benar-benar bertuah menjadi org kesayangan DAP.
PKR pun apa ada,semua kemenangan yg di perolehinya hasil dari pertolongan Pas dan DAP.Jika Pas bertanding dengan PKR dalam piliharaya nanti,confirm Pas akan menang,kerana org Cina lebih rela sokong Pas berbanding PKR.Mampuslah PKR,pengundi PKR berapa kerat,kalau bertanding 3 penjuru pun Pas mampu menang,BN tewas dan PKR hilang wang pertaruhan itulah matlamatnya.
PAS dan DAP sudah adik ababg sekarang.