Monday, 2 December 2013
Tak Payahlah Duk Jahanamkan Umno Sebab Naikkan Tarif Elektrik, Jahanamkan Diri Sendiri Dulu Sebab Kita Kuat Menipu
Akhirnya cakap-cakap kosong tentang kenaikan tarif elektrik, telah menjadi kenyataan apabila Menteri terbabit mengumumkan, bermula dari 1 Januari 2014, kadar baru perlu dibayar oleh pengguna sama ada di Semenanjung atau pun di Sabah.
Cakap-cakap kosong ini sebenarnya bukanlah teori semata-mata tetapi berdasarkan kepada perjanjian antara Kerajaan dengan TNB. Sesiapa pun yang jadi Kerajaan, akan terikat sepenuhnya dengan perjanjian konsesi yang memberikan kelebihan dan keuntungan besar kepada TNB dengan semua cara kerana memang telah tercatat, dalam tempoh-tempoh tertentu TNB berhak menaikkan tarif untuk pengguna. Kerajaan pula tidak ada cara lain, kecuali terpaksa menyemak dan mempersetujui kadar baru.
Kalau tidak, Semenanjung Malaysia dan Sabah tidak akan ada bekalan elektrik kerana TNB takut rugi.
Memang jahanam sangatlah perangai TNB yang kerja mereka hanya mencekik darah rakyat Malaysia. Silap Kerajaan Malaysia ialah terlalu gelojoh sangat nak swastakan syarikat-syarikat milik kerajaan pada zaman Mahathir dulu. Kononnya nak cepat maju.
Memanglah cepat maju dan memang cepat meningkat sosio ekonomi rakyat Malaysia. Tapi pada masa yang sama, rakyat juga terbeban dengan pelbagai masalah pembayaran kos.
Ada juga orang-orang kita yang ambil kesempatan balun Kerajaan Malaysia UBN. Kita kata inilah caranya UBN balas budi rakyat Malaysia yang dah menangkan mereka sebagai kerajaan.
Tapi kita juga terlupa satu perkara... baru dua tiga hari lepas pun.
Semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tidak ada satu pun yang menunjukkan penurunan termasuklah yang berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai jamban, cukai sampah mahupun cukai parkir. Semua cukai-cukai berkenaan telah dinaikkan setiap tahun pada kadar yang tinggi dari tahun 2008 sehinggalah sekarang. Malah, kadar bayar air juga telah dinaikkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.
Kita cucuk rakyat Malaysia tentang perangai gelojoh UBN tapi kita sembunyi-sembunyikan perangai hodoh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang kita kuasai. Yang terbarai pun, cuma mendadak dan sangat tinggi melibatkan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan ADUN Selangor. Yang tidak disebutkan ialah cukai tanah dan premium tanah yang telah dinaikkan lagi pada tahun ini. Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng pula, langsung tak berani sebut berapa kenaikan gajinya sendiri.
Kenapa kita senyap sunyi dalam hal perbuatan menjahanamkan rakyat yang dilakukan oleh pihak kita tapi kita cukup seronok bercakap tentang kenaikan yang dibuat oleh UBN? Apakah kerana kita buat, maka ia jadi halal dan perlu tapi kalau UBN buat, maka ianya adalah satu kesalahan dan zalim?
Come on la... rakyat bukannya bodoh dan bukannya buta. Jangan main politik dan putar belit maklumat dengan cara sehina ini. Kalau benar kita berjuang untuk rakyat, yang mana menekan rakyat, kita balun ler...
Apa yang susah sangat nak putar belit dan senangkan hati perut kaum penindas?
No comments:
Post a Comment