Tuesday, 24 December 2013

Najib Ingat Duit Boleh Selesaikan Semua Masalah


Biarpun sekarang yang menjadi isu adalah kerana pengurangan nilai wang dalam tangan kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan, tetapi pujukan menggunakan duit sepertimana yang diamalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebenarnya satu penghinaan kepada rakyat.

BR1M merupakan antara penghinaan terhadap rakyat Malaysia.

Walaupun tidak dinafikan, yang paling ramai beratur dan tidak sabar untuk mengambil wang BR1M adalah mereka yang menjadi ahli jemaah Islam, namun sesuatu yang harus kita lihat ialah, dalam sebuah tamadun termaju sekalipun, akan ada segelintir yang masih hidup dalam kemunduran. Tidak sahaja mundur fizikal tetapi juga mundur mental.

Golongan yang mengambil wang BR1M dan bersungguh-sungguh pula membuat salinan borang selain berkempen kononnya, itu adalah WANG RAKYAT dan kita berhak ke atas wang tersebut, sebenarnya merupakan golongan yang disebutkan di atas.

Tanpa sedar, mereka inilah yang memalitkan penghinaan dan aib kepada jemaah kita. Lebih-lebih lagi yang galak bergambar dan dengan bangga menunjukkan wang BR1M yang mereka ambil kemudian menaburkan di jalanraya, konon-kononnya bertujuan untuk menghina.

BR1M telah menjadi senjata makan tuan. Kerajaan Najib telah berbelanja besar untuk merasuah rakyat tetapi keputusan PRU13 pula menunjukkan, kadar peningkatan sokongan untuk Barisan Nasional merosot teruk. UMNO berjaya tambah kerusi pun, bukan kerana BR1M tetapi kerana kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin PAS khususnya dalam beberapa isu membabitkan akidah dan tahaluf siyasi bersama-sama PKR dan DAP.

Kalau PAS berjaya membuktikan bahawa tahaluf siyasi yang kita perkatakan secara rasmi pada tahun 2008 telah meletakkan PAS sebagai dominan dalam Pakatan Rakyat, UBN pasti akan hancur walau berbilion-bilion ringgit dicurahkan kepada rakyat untuk tujuan rasuah politik.

Kerajaan Najib sekarang ini sudah mula berkempen tentang BR1M. Walaupun tidak kelihatan bersungguh-sungguh memandangkan bahang kemarahan rakyat ekoran peningkatan kos sedang memuncak, tetapi BR1M dilihat cubaan untuk menyejukkan keadaan tersebut.

Biarkanlah Najib dengan kegilaannya itu. Biarkanlah Najib dengan kehidupan bercorak bangsawan dan terus gila dengan ayat-ayat 'bermutu tinggi' yang tidak difahami oleh orang kampung seperti 'makmal', 'rasionalisasi subsidi' dan sebagainya.

Yang penting, BR1M sekali lagi akan bertukar menjadi senjata yang membunuh UBN dan kita hanya perlu menusukkan senjata itu untuk benar-benar memupuskan UBN pada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment