Sunday, 24 November 2013

Abang Mat Timbalan Presiden PAS Kerana Menipu?


Pemilihan Agung PAS kali ini benar-benar mencalit arang. Buruk bebenor dan amat memalukan!

Itu sajalah yang aku boleh katakan sepanjang sejarah aku jadi perwakilan parti. Pemilihan2 sebelum ini berjalan lancar dalam suasana penuh ukhwah dan keimanan. Berbeza kali ini, pemilihan telah diserapi sepenuhnya tangan-tangan ghaib dari DAP dan PKR yang meletakkan atau lebih tepat lagi memperkudakan individu-individu tertentu dalam PAS sendiri.

Mungkin pendapat aku ini agak keterlaluan dan dianggap telah membocorkan rahsia parti. Namun aku berdiri pada yang haq dan berpegang kepada suruhan Rasulullah s.a.w, berkata benarlah walaupun pahit.

Inilah kepahitan yang perlu ditelan sebagai ahli PAS. Selama ini kita menjadikan Umno sebagai topeng untuk menyelindungi dan menutup kerak kohong, bisul nanah dalam parti kita sendiri. Tetapi seperti juga kata orang tua2, bangkai gajah tak boleh ditutup dengan sehelai daun.

Aku tidak ada sebarang permusuhan peribadi dengan Abang Mat. Malah sebelum dia menjadi pemimpin kanan dalam PAS lagi, aku sudah sering bersama-samanya untuk berceramah di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung. Lebih banyak masanya aku jadi pemandu untuk membawa Abang Mat yang digelarkan sebagai Ayam Sabung PAS.

Sebagai anggota jemaah, aku berpegang kepada prinsip perjuangan. Bagi aku, Abang Mat bukannya seorang pemimpin yang boleh diharap untuk jemaah ini. Tangan-tangan ghaib di belakangnya, bayang-bayang Lim Guan Eng dan DAP yang cukup kuat di belakangnya, menjadikan Abang Mat sebagai virus yang boleh merosakkan parti dalam jangka panjang.

Benar, parti kita sekarang mendapat sokongan anak muda. Tetapi bagaimana pula dengan nilai-nilai Islamiyyah yang telah dipupuk dan dibajai oleh kaum ulama yang melihat Islam sebagai satu-satunya cara penyelesaian kepada masalah dan maslahat ummat di Malaysia? Adakah kita sanggup merelakan matlamat menghalalkan cara dan sentiasa mengatakan kita sahaja yang betul tapi kalau orang lain buat, kita katakan salah?

Dalam perjuangan Islam, tidak ada istilah, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Yang haram kekal haram. Tidak ada kaedah yang boleh menghalalkan yang haram walaupun atas nama perjuangan Islam.

Apa lagi bencana dan malapetaka yang lebih hebat selain daripada keruntuhan jiwa dan jiwa yang sentiasa kacau dan resah?

Nampaknya, doa kita agar Allah Taala turunkan bala kepada Tentera Ahzab, dan meng'k.o'kan Umno, sedang berbalik kepada kita sama ada kita sedar atau tidak. Mudah untuk kita katakan, semua ini salah Umno kerana sebahagian besar daripada kita, hatinya telah ditutup dan dihijab oleh Allah Taala sehingga kita tidak nampak kesalahan dan kelemahan sendiri.

Aku tetap percaya kepada janji-janji Rasulullah s.a.w bahawa seandainya kepimpinan diberikan kepada golongan yang tidak berhak, yang datang kepada ummat bukannya kebaikan, bahkan malapetaka.

Dan kita sudah pun berhadapan dengannya sekarang. Sesiapa yang berada di Stadium Melawati Shah Alam, sepanjang Muktamar Ke-59 PAS, pastinya tahu, dapat melihat dan merasai maksud kata-kata aku.

No comments:

Post a Comment