Tuesday, 15 October 2013

Abang Mat Merajuk Sebab Tahu Orang PAS Sungai Limau Tak Suka Dia

Aku dah dengar soksek dr Sg Limau tentang Abang Mat yg dah merajuk sbb dia ditolak dari jd calon di DUN Sungai Limau. Byk juga reaksi ttg cerita Abang Mat kita ni. Ada yg kata, tak patutlah seorg yg byk pengalaman mcm Abang Mat ditolak jd calon. Ada juga yg kata, Abang Mat bawa pengaruh buruk kpd PAS dan kalau Abang Mat jd calon, selama2nya PAS tak blh rampas Kedah balik.

Deme lupa kut, Abang Mat pernah jadi AP Kuala Kedah. Kuala Kedah tu, tang mana duduknya? Bukan kat Kedah ke? Udah gitu, yg tumpor bebenor tu, ngape yop?

Aku kenai Abang Mat ni dr zaman 80an dulu. Pernah jadi penemannya berceramah sana-sini sampaikan org panggil dia Ayam Sabung PAS sbb ceramahnya hebat. Penganjur suka kalau Abang Mat berceramah. Selain isi ceramahnya yang berfakta sampaikan org kata, Abang Mat ni sebenarnya dibela Dr.Mahathir, yg plg penting, kantung derma penuh senantiasa.

Hebat daya dan aura Abang Mat sampai ler sekarang. Masa Abang Mat jadi AP Kuala Kedah dulu pun, suara Abang Mat amat lantang dan ditakuti.

Kalau nak kata Abang Mat bkn lagi produk laris PAS masakini, kenapa plak Abang Mat cukup laku utk ceramah? Di Sungai Limau nanti pun, Abang Mat yg akan dibawa utk berceramah dan kempen. Abang Mat yg ditugaskan utk berkempen dan tarik pengaruh seramai2nya pengundi Sungai Limau.

Kata ditolak tapi yg disorong ke depan utk berkempen, Abang Mat juga.

Bab syiah tu, aku rasa bkn masalah besar sgt pun. Di negara ni pun, berapa ramai yg ngaku Islam tapi liat sgt nak sembahyang. Kalau sembahyang pun, mata dan badan sgt liat. Sembahyang pun setakat sembahyang jumaat. Dan ghoper kaum Kristian sembahyang hari Ahad jer pun.

Apa sgtlah yg nak ditakutkan dgn Syiah kalau sembahyang tak dijaga. Ada sesetengah tu, mengucap pun tak berapa nak lepas.

Kita sekarang ni, bkn cerita bab akidah. Yg penting, menang dulu. Bila dah menang, barulah kita cerita bab akidah. Kita sekarang ni kan darurat. Bila darurat, makan babi pun boleh. Ustazah lip-lap Umno, Mashitah Ibrahim pun kata, perempuan boleh lacurkan diri bila darurat.

Bab Syiah pun mcm tu jugalah. Tak patut sgtlah Abang Mat ditolak dan dikecewakan semata2 atas tuduhan beragama Syiah sdgkan tuduhan tu, takder bukti yang sahih pun.

No comments:

Post a Comment